லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

SESEORANG GURU BESAR BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP :

SESEORANG GURU BESAR BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP :

1)Pentadbiran pengurusan dan ikhtisas sekolah. (Ketua Eksekutif Pentadbiran Sekolah Rendah)


2)Visi, Misi, Matlamat dan Objektif sekolah mengikut Polisi Kementerian Pendidikan dan Negara.


3)Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah.


4)Peraturan keselamatan harta dan nyawa di sekolah.


5)Pembangunan fizikal, ketenteraman, keselamatan, keceriaan, kebersihan sekolah dll.


6)Perancangan dalam semua bidang dan aktiviti di sekolah.


7)Proses bimbingan kepada semua anggota warga sekolah.(Guru, murid & AKS ).


8)Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum dan Ko-kurikulum Sekolah Rendah.


9)Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Sekolah Rendah.


10) Pengerusi Lembaga Tatatertib dan Disiplin murid-murid di sekolahnya sendiri.


11) Pendaftaran Persatuan / Kelab yang wujud dan diluluskan penubuhannya di sekolahnya.


12) Perhubungan 'Mesra Pelanggan' dengan pihak di luar dan dalam dunia pendidikan.


13) Menjadi Ketua Protokol bagi semua acara yang wujud di sekolah rendah khususnya ..


14) Setiap perjawatan yang dilulus dan diwujudkan di sekolahnya.


15) Semua surat-menyurat antara sekolahnya dengan pihak di luar sekolah.


16) Mewakili sekolahnya secara RASMI dalam apa sahaja Majlis yang menuntut kehadirannya.


17) Mengurus Asrama jika ada.


18) Keanggotaan dalam Pertubuhan Ikhtisas bagi Guru-Guru Besar seperti Majlis Guru Besar (MGB).


19) Ex-OfficioPersatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ). ( Kerana Perjawatannya sebagai seorang Guru Besar = Penasihat P.I.B.G.)


20) Lain-lain tugas yang diarahkan oleh 'Stake Holder'nya iaitu PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia dari masa hingga ke semasa.