TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM
TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM
1. Merancang aktiviti kokurikulum sepanjang tahun./ Rancangan Jangka Panjang / Pendek.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun
3. Menentukan peraturan ko-kurikulmn sekolah
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar dan berjaya.
6. Memastikan kemudahan tempat untuk semua aktiviti mencukupi dan selamat untuk digunakan. Memastikan semua peralatan dan tempat dalam keadaan sempurna dan selamat.
7. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh
8. Mengadakan program-program latihan intensif kepada pasukan elit.
9. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah,negeri kebangsaan.
10. Menyelesaikan semua masalah yang berbangkit dalam sepanjang perjalanan aktiviti yang dirancang.
11. Mengadakan hari-hari kemuncak dalam aktiviti kokurikulum seperti hari perkhemahan pasukan beruniform, Pesta Olahraga Tahunan, Hari kokurikulum dan sebagainya.
12. Meningkatkan kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya kokurikulum sebagai sebahagian daripada pendidikan
13. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
14. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Ko-kurikulum dan kegiatan lain.
15. Menilai aktiviti ko-kurikulum dan membuat laporan tahunan.
16. Memastikan konsep sukan untuk sernua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
17. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
18. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
1. Setiausaha Sukan Sekolah adalah juga Guru Kanan Pendidikan Jasmani.
2. Menjadi penasihat utama kepada Guru Besar/Penolong Kanan (Kokurikulum) mengenai aktiviti-aktiviti sukan dan pendidikan jasmani.
3. Merancang aktiviti/program olahraga dan permainan sekolah untuk jangka pendek dan jangka panjang. Dalam menjalankan tugas ini rujukan dibuat kepada Majlis Sukan Sekolah yang beliau menjadi setiausahanya.
4. Mengadakan jadual atau takwim sukan.
5. Menjadi pegawai perhubungan di antara sekolah ini dengan sekolah-sekolah lain di lapangan sukan.
6. Mengagihkan tugas-tugas bersangkutan dengan sukan di kalangan staf.
7. Merancang keperluan/kemudahan/kewangan untuk sukan.
8. Memesan (dengan persetujuan Guru Besar), menerima, memasukkan serta mengawal stok peralatan sukan dan pendidikan jasmani.
9. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Teknik Sukan Sekolah.
10. mengagihkan murid-murid kepada pasukan rumah-rumah.
11. Merancang pertandingan-pertandingan peringkat sekolah.
12. Mengurus penyertaan pasukan sekolah dalam pertandingan-pertandingan luar dengan kerjasama dari guru pengawas permainan atau jurulatih olahraga sekolah.
13. Mewakili sekolah dalam mesyuarat-mesyuarat MSS negeri atau darah apabila diperlukan.
14. Menjadi setiausaha kepada Majlis Sukan sekolah dan menyimpan semua minit-minit mesyuarat yang bersangkutan dengannya. ,
15. Menyimpan semua rekod-rekod yang perlu misalnya:Pemenang-pemenang pertandingan antara rumah Kemenangan wakil sekolah baik dalam kegiatan perseorangan atau berpasukan.
16. Mengendalikan papan kenyataan sukan dan galakan-galakan sukan
TUGAS PENGURUS PASUKAN SEKOLAH
- Memastikan bahawa semua peserta pasukan sekolah telah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga masing-masing untuk menyertai pertandingan/aktiviti yang akan disertai oleh mereka.
- Mengurus pengangkutan pergi dan balik bagi para peserta pasukan sekolah.
- Menyediakan alat-alat keperluan permainan/olahraga dan minuman untuk peserta pasukan sekolah.
- Bertanggungjawab terhadap kebajikan peserta pasukan sekolah semasa pertandingan sedang dijalankan.
- Memastikan semua peserta pasukan sekolah selamat sampai ke rumah masing-masing setelah tamat pertandingan yang mereka sertai.
TUGAS GURU RUMAH SUKAN
- Menubuhkan jawatankuasa rumah sukan serta merancang dan menjalankan aktiviti/kegiatan sukan rumah berkenaan.
- Mewujudkan peraturan bagi rumah sukan berkenaan.
- Menentukan agar kedatangan dan penyertaan murid dalam semua aktiviti/kegiatan rumah sukan berkenaan dicatat.
- Membentuk, melatih dan menyediakan wakil rumah sukan berkenaan untuk pertandingan-pertandingan antara rumah-rumah sukan.
- Memastikan agar semua murid mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan antara rumah-rumah sukan.
- Menyediakan serta melengkapkan semua rekod yang perlu bagi rumah sukan berkenaan dan menyerahkan satu laporan tahunan bagi rumah sukan tersebut kepada Guru Penolong Kanan(KK) /Setiausaha Sukan Sekolah untuk simpanan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diberi oleh Guru Penolong Kanan (KK)/Setiausaha Sukan Sekolah dari semasa ke semasa.
TUGAS GURU PERMAINAN
1. Membentuk jawatankuasa.
2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim ko-kuriulum sekolah.
6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan / kelas / sekolah.
7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah
8. Menguruskan surat kebenaran ibubapa / penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusm pertandingan yang disertai.
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik selamat dan mencukupi untuk digunakan.
13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan
14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkannya
15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang ( johan daerah/ negeri, wakil daerah / negeri dan negara ).
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
TUGAS PENYELARAS PERSATUAN/BADAN BERUNIFORM
- Menyediakan perlembagaan bagi badan yang di bawah jagaannya.
- Menubuhkan persatuan/Kelab/Badan yang berkenaan.
- Mengadakan Mesyuarat Agung dan melantik Jawatankuasa. Kertas peringatan mesyuarat dan senarai nama pemegang jawatan mestilah dihantar kepada Guru Besar/Penolong Kanan(KK). Nama-nama jawatankuasa sepatutnya dihantar dalam tempoh seminggu selepas mesyuarat agung.
- Menjadi penasihat dan menentukan bahawa aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada ahli ada dijalankan dalam tempoh yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.
- Merancang program tahunan, penggalan, bulanan dan mingguan.
- Mengurus dan membimbing murid-murid mengurus kewangan persatuan/kelab/badan.
- Menggalakkan penyertaan murid-murid melalui kempen penggalakan dan menyedarkan tentang faedah penyertaan mereka.
- Mendaftar ahli-ahli.
- Menentukan semua murid menjalankan aktiviti di luar sekolah setelah mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga masing-masing.
- Mengendali peruntukan papan kenyataan mereka.
- Menggunakan rekod-rekod kegiatan murid untuk tujuan diisi dalam Sijil Berhenti Sekolah murid.
- Menyediakan laporan tahunan dan penyata kira-kira wang peruntukan yang berbaki untuk simpanan Guru Besar/Penolong Kanan (KK)
- Mengurus semua surat menyurat dengan orang perseorangan atau badan luar dengan melalui pihak Guru Besar.
- Menjadi perantara antara persatuan/kelab/badan dengan Guru Besar/Guru Penolong Kanan(KK).
- Menjadi Penasihat pemimpin rombongan-rombongan rasmi di bawah anjuran persatuan/kelab/badan yang di bawah kelolaannya.
- Memastikan Persatuan/Badan Beruniform mempunyai buku kegiatan masing-masing.
- Membahagikan buku-buku tersebut kepada guru-guru kanan berkenaan.
- Memungut serta menyemak buku-buku tersebut sekurang-kurangnya sepenggal sekali dan diserahkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan berkenaan untuk ditandatangani.
- Pada akhir tahun persekolahan buku-buku tersebut hendaklah dipungut dan diserahkan kepada guru-guru penolong kanan berkenaan untuk disimpan.
- Mengendali tugas-tugas yang diberi oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan(KK).
TUGAS GURU PENASIHAT PERSATUAN / KELAB
1. Membentuk jawatankuasa persatuan / kelab.
2. Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah.
3. Memastikan adanya perlembagaan / peraturan.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada Penyelaras
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan persatuan / kelab dengan cara yang sesuai.
8. Membuat anggaran perbelanjaan / pendapatan.
9. Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan persatuan / kelab.
10. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.
11. Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan / kelab.
12. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Ko-kurikulum, Hari Sukan, Hari Ucapan, Hari Guru dan lain-lain.
13. Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
14. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
15. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar / disebarkan di kalangan ahli.
16. .Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Pennghargaan kepada Jawatankuasa Ko-kurikulum.
TUGAS PENYELARAS PERSATUAN UNIT BERUNIFORM
1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan / kelab / unit beruniform.
2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaraskan semua aktiviti.
4. Menyediakan borang kebenaran lbubapa / penjaga untuk pelajar memasuki persatuan / kelab / unit beruniform.
5. Menentukan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan difailkan.
7. Memastikan mesyuarat agong dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
8. Menguruskan Buku / Kad Kokurikulum.
9. Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua pelajar.
10. Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di bilik Bimbingan dan Kaunseling.
11. Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti
12. Borang memasuki persatuan.
13. Borang senarai AJK dan ahli.
14. Buku Laporan Kegiatan.
15. Fail-fail yang diperlukan.
16. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.
17. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod.
18. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian ko-kurikulum sekolah
.