TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS
A.
Buku Daftar Kedatangan
1. Melengkapkan Buku
Jadual Kedatangan :(a) No pendaftaran (b) Nama penuh murid (c) Bangsa (d)
Tarikh masuk kelas (e) No. Sijil
beranak (f) tarikh lahir (g) Tempat
lahir (h) Agama
(I) Nama ibubapa (j) Pekerjaan bapa/penjaga (k) Alamat penuh (l)
No. telefon rumah/pejabat (m)
Layak/tidak layak SPBT
2. Menanda kehadiran harian murid
3. Merumus keselurhan kehadiran pada setiap hujung bulan pesrekolahan
4. Mencatat perpindahan atau kemasukan baru murid dari masa ke semasa
5. Menghubungi ibu bapa/penjaga sekiranya murid ponteng berturut-turut
selama tiga hari
6. Menghubungi ibubapa/penjaga untuk pengesahan peribadi daripada
doktor bagi murid yang tidak dapat hadir
B.
Pengurusan Wang Rampai/Yuran Khas
1. Mengutip wang
rampai/yuran khas untuk tujuan sesuatu hal khususnya seperti UPSR, derma
jogaton, derma kilat seperti untuk badan-badan amal dari masa ke semasa
2. Merekod semua wang kutipan sebelum diserahkan kepada Pembantu Takbir
3. Mengendalikan pesanan buku teks atau buku kerja bagi pihak murid.
C.
Perkara-Perkara Akademik
1. Merekodkan
keputusan setiap keputusan ujian di dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar.
2. Mengisi markah peperiksaan/ujian semesta dalam Borang Markah Besar.
3. Mengemaskinikan Buku Penilaian Kemajuan Murid Berasaskan Sekolah
(PKBS)
4. Memastikan papan kenyataan di adalam kelas dimanafaatkan dengan
sepenuhnya seperti mempamerkan jadual waktu, peraturan-peraturan sekolah, notis
Guru Besar, jadual kegiatan KK, rooster tugas murid, dsb.
5. Mengawasi kekemasan, kebersihan dan keselesaan di adalam kelas untuk
P & P
D.
bantuan Kewangan Dan Biasiswa
1. Mengenalpasti
murid yang memerlukan bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Biasiswa
Yayasan Sarawak(BYS) atau mana-mana pertubuhan lain
2. Memaklumkan kepada Penolong kanan (HEM) murid yang memerlukan
bantuan pakaian seragam, kasut atau beg anjuran Jabatan Pendidikan.
3. Mengenalpasti murid yang layak atau tidak layak diberi pinjaman buku
teks anjuran Jabatan Pendidikan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
E Mengendalikan tugas-Tugas Lain
1. Mengenalpasti dan melantik Ketua kelas/Pembantunya pada permulaan
penggal.
2. Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan khidmat bimbingan dan
kauseling
3. Mengenalpasti murid yang ada masalah kesihatan, ekonomi, rumah
tangga, yatim piatu, emosi dan mental
4. Melaksanakan tugas seprti yang diarahkan oleh JP/GB/PK/PP dari masa
kesemasa.