லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN SEKOLAH

BAHAGIAN A : PENGENALAN DISIPLIN

1 .      DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai:
“…….kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat .”

2 .    MATLAMAT DISIPLIN
Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal, dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

3 .    PRINSIP – PRINSIP ASAS DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut:
v  Keadilan dan layanan sama rata
v  Pertimbangan minat dan keperluan pelajar
v  Kebebasan tertakluk kepada undang-undang
v  Amalan menghormati seseorang individu
v  Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis
v  Perpaduan masyarakat dan Negara

4.  TUJUAN
·         Untuk memupuk semangat dan perasaan kepunyaan terhadap sekolah
·         Untuk Menggalakkan pelajar membina peribadi dan akhlak yang baik dan murni
·         Untuk menanam semangat berdisiplin di kalangan pelajar
·         Untuk memupuk semangat setiakawan, kerjasama dan perasaan tanggungjawab di kalangan pelajar-pelajar
·         Untuk memupuk semangat bermasyarakat di kalangan warga sekolah
  • Untuk melahirkan warganegara yang benar-benar bertanggungjawab kepada agama, bangsa, tanah air, ibubapa, guru, sekolah dan diri sendiri


BAHAGIAN B :  PERHUBUNGAN PELAJAR

1.  PERHUBUNGAN PELAJAR DENGAN PELAJAR
            Pelajar mestilah menunjukkan dan mengekalkan persahabatan dan muhibah di antara pelajar di dalam dan di luar sekolah.
            Pelajar kelas atas hendaklah memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar kelas bawah.
            Pelajar mestilah menunjukkan dan mengamalkan gerak-geri dan tutur bahasa yang sopan dan mulia dalam segala perhubungan.
            Pelajar hendaklah bekerjasama dalam segala bidang kegiatan pelajar, persatuan, olahraga dan sebarang usaha kebajikan.
            Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya ada pelajar yang mengganggu atau mengancam kebebasan pelajar lain, menjatuhkan maruah mana-mana pelajar lain, di khalayak ramai.

2.  PERHUBUNGAN PELAJAR DENGAN PENGAWAS
            Pelajar mestilah menganggapkan semua pengawas sekolah sebagai ketua pelajar dan hendaklah mematuhi segala arahan yang diberikan. Pengawas-pengawas adalah wakil Guru Besar dalam pengawalan disiplin sekolah.
            Pelajar hendaklah menghormati semua pengawas dan tindakan tatatertib akan diambil sekiranya ada mana-mana pelajar yang cuba melawan secara fizikal atau menggunakan perkataan-perkataan, mencemar atau menjatuhkan maruah pengawas-pengawas sekolah.
            Pelajar digalakkan meminta nasihat dan pertolongan daripada pihak pengawas sekiranya terdapat sebarang masalah.
            Pengawas-pengawas hendaklah menjalankan tugas penuh rasa tanggungjawab seperti yang diarahkan. Pengawas-pengawas dipertanggungjawabkan untuk memastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan sekolah, ketertiban dan kesopanan pelajar.
            Pengawas-pengawas berhak:-
                                 i.    Menegur / melarang kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
                               ii.    Menahan pelajar / kenderaan pelajar yang melanggar peraturan-peraturan sekolah.
                              iii.    Mencatat nama dan butir-butir mengenai pelajar yang melakukan kesalahan.
                              iv.    Memberi nasihat dan membetulkan sebarang kesilapan  pelajar.
                                v.    Membuat laporan kepada pihak sekolah.
                              vi.    Merujukkan mana-mana pelajar yang melakukan kesalahan kepada guru-guru / Guru Disiplin/ Guru Besar.

3.  PERHUBUNGAN PELAJAR DENGAN GURU
            Pelajar mestilah menghormati semua guru (sama ada mengajarnya atau tidak) dalam semua keadaan, tempat dan masa.
            Pelajar mestilah mematuhi segala arahan guru di dalam atau di luar bilik darjah.
            Pelajar hendaklah menunjukkan peribadi yang mulia (gerak-geri dan tutur kata yang sopan) semasa berhadapan dengan guru pada sebarang tempat dan masa.
            Semua pelajar digalakkan menemui guru-guru berkenaan jika terdapat sebarang masalah, berbincang dengan terus terang dan sanggup menerima nasihat-nasihat yang berfaedah. (Guru dengan pelajar pada masa yang ditetapkan).
            Pelajar henedaklah memandang guru-guru sebagai tempat untuk mendapat bimbingan pelajar, pendidikan peribadi yang baik dan bantuan-bantuan serta nasihat-nasihat dalam segala gerak kerja.
            Pelajar mesti mengucap salam apabila bertemu dengan Guru/ Guru Besar/ Penolong Kanan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

4.  PERHUBUNGAN PELAJAR-PELAJAR DENGAN MASYARAKAT
            Semua pelajar dikehendaki sentiasa berkeadaan insaf dan bertanggungjawab menerima dan mematuhi Undang-undang Negara, Rukunegara dan Tatasusila bangsa
            Pelajar-pelajar hendaklah menunjukkan peribadi yang mulia semasa berhadapan dengan orang-orang yang lebih tua dan berlemah lembut dengan orang-orang yang lebih muda
            Pelajar-pelajar digalakkan mendampingi masyarakat dalam semua kegiatan kebajikan yang tidak mengganggu perkembangan pelajaran dan pendidikan.
            Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa bertanggungjawab menjaga dan meningkatkan nama baik sekolah ini.

BAHAGIAN C : PERATURAN-PERATURAN AM

1. PAKAIAN ( Pek. Bil. 9/75( c ), 4/76 ) – Sila rujuk Lampiran    
Hendaklah mematuhi peraturan yang diluluskan oleh Kementerian pendidikan Malaysia.

1.1.  Pelajar Lelaki

1.1.1. Semasa di sekolah dimestikan memakai pakaian seragam sekolah. Pelajar mesti memakai seluar panjang biru gelap dengan kemeja putih. Pengawas diwajibkan memakai baju kemeja warna biru muda dan seluar panjang berwarna biru gelap.
1.1.2. Pelajar lelaki yang memakai kemeja lengan panjang, hendaklah membutangkan di hujungnya.
1.1.3. Seluar-seluar yang tidak kemas, tidak sopan dan ketat tidak boleh dipakai sama sekali. Panjang seluar mesti melebihi buku lali, apabila berdiri tegak. Semua pelajar dikehenedaki memakai sarung kaki putih. Sarung kaki berbelang tidak dibenarkan.
1.1.4. Tali pinggang hanya boleh dipakai dalam warna perang/hitam sahaja. Kepala tali pinggang mestilah tidak melebihi saiz 4x3sm, tidak berukir atau berhias, lebar tali pinggang antara 2 hingga 3 sm.
1.1.5. Pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher.

1.2.  Pelajar Perempuan
1.2.1. Pakaian seragam pelajar perempuan ialah kain dan baju putih. Pelajar dilarang memakai  :
v  Baju dan kain yang jarang dan nipis
v  Kain yang singkat ( atas dari buku lali )
v  Kain yang ketat, jenis berselisih dan `A line `

1.3.  Pakaian Seragam Pengawas Sekolah
1.3.1.            Pengawas Lelaki
a.        Baju biru lengan panjang
b.        Seluar panjang berwarna biru gelap
c.        Lencana pengawas dan bertali leher
d.        Kasut kulit hitam
e.        Stokin berwarna hitam
f.         Tali pinggang warna hitam.
g.        Songkok hitam.

1.3.2 Pengawas Perempuan.
a.       Blaus berlengan panjang warna biru
b.       Kasut kulit hitam
c.       Stokin berwarna hitam
d.       Lencana pengawas dan bertali leher bagi yang bukan Islam.

1.4. Semua Pelajar

1.4.1. Semua pelajar dimestikan memakai lencana sekolah di sebelah kiri dan lencana nama di sebelah kanan baju/mini telekung , pada setiap masa berada di sekolah.
1.4.2. Mesti memakai kasut putih kanvas kecuali pengawas sekolah yang dimestikan memakai kasut kulit hitam. Selipar tidak dibenarkan kecuali kaki cedera atau sebagainya.
1.4.3. Topi, pakaian jenis jeans dan jaket jeans tidak boleh digunakan di kawasan sekolah semasa persekolahan.
1.4.4. Tidak dibenarkan memakai sebarang jenis barang kemas seperti gelang, cincin, subang, rantai dan lain-lain, kecuali untuk tujuan keagamaan dan mesti mendapat surat kebenaran ibu-bapa.
1.4.5. Tidak dibenarkan menghias muka dengan solekan.
1.4.6. Ditegah menyimpan kuku panjang/mewarnakan kuku.
1.4.7. Pelajar dilarang mendedahkan dada dengan tidak membutangkan baju (Lelaki/ Perempuan )
1.4.8. Pelajar ditegah membuat tatu pada mana-mana bahagian badan (Peraturan Lengkap : Sila Rujuk Buku Panduan Salah Laku Dan Hukuman)

2.  PENDIDIKAN JASMANI

2.1.  Semasa latihan jasmani , semua pelajar mesti berada di padang / gelanggang dengan pakaian sukan selewat-lewatnya 5 minit setelah loceng berbunyi dan berada semula di kelas 5 minit sebelum loceng berbunyi.

2.2       Pakaian Pelajar Lelaki

2.2.1    Seluar panjang/pendek berwarna gelap/track suit
2.2.2    Baju ‘T’ berlambang sekolah
2.2.3    Berkasut sekolah

2.3                Pakaian Pelajar Perempuan

2.1.1. Seluar panjang berwarna gelap/track suit
2.1.2. Baju T` berlambang sekolah
2.1.3. Berkasut sekolah

3.  RAMBUT ( Pek. Bil. 2/76 ) – Sila Rujuk lampiran A
         
3.1     Lelaki
Setiap pelajar dilarang berambut panjang . Semua pelajar dikehendaki memotong rambut mengikut saiz 4,2 seperti yang dipersetujui Jawatankuasa PIBG.
3.1.1   Di belakang         2        -         Saiz 2
3.1.2   Di depan              4        -         Saiz 4
3.1.3   Di sebelah tepi              -         Saiz 2
3.1.4   Di atas                           -         Saiz 4
3.1.5   Misai dan janggut - Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut atau keduanya .

3.2     Pelajar Perempuan Bukan Islam
Bagi pelajar perempuan bukan Islam rambut hendaklah jangan jatuh sehingga ke bahu. Ikatan rambut sebagai tocang ( plait ) atau ponytail dibenarkan. Pelajar yang berambut panjang hendaklah mengikat rambut dengan reben biru/putih.

4.  WAKTU PERSEKOLAHAN
4.1.      Waktu persekolahan bagi pelajar-pelajar adalah seperti dinyatakan dalam Jadual Waktu Sekolah
4.2.      Semua pelajar dimestikan hadir ke sekolah selewat-lewatnya lima minit sebelum loceng pertama dibunyikan
4.3.      Semua pelajar yang menghadiri aktiviti kokurikulum sekolah mestilah hadir sekurang-kurangnya lima minit sebelum aktiviti itu bermula
4.4.      Pelajar mesti berada  dalam kawasan sekolah sebelum pukul 7.20 pagi
4.5.      Pelajar yang sampai ke sekolah selepas masa yang telah ditetapkan  dianggap lewat dan tindakan sewajarnya akan dikenakan
4.6.      Bagi pelajar yang datang lewat ke sekolah sebanyak tiga kali berturut-turut atau lebih akan dibawa ke pengadilan Lembaga Pengawas/Lembaga Disiplin. Hukuman yang sesuai akan dikenakan

5.  MASA PULANG
         
5.1.      Pelajar tidak boleh pulang sebelum arahan diberi/loceng akhir dibunyikan. Semua pelajar dikehendaki keluar dari kelas dengan tidak membuat bising.
5.2.      Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi arahan pengawas-pengawas bertugas semasa di tempat basikal/jalan raya’
5.3.      Pelajar yang mengalami masalah untuk pulang hendaklah melaporkan segera kepada guru bertugas

6.  KELUAR KELAS KETIKA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

6.1.      Pelajar yang ingin keluar kelas kerana urusan tertentu mestilah mendapat kebenaran guru
6.2.      Kad kebenaran keluar kelas hendaklah dilekatkan pada baju kemeja/blaus/

7.  MASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  

7.1.      Apabila Guru/Guru Besar/Pelawat masuk ke kelas semua pelajar hendaklah bangun dan memberi salam/mengucap selamat.
7.2.      Pelajar dikehendaki menjaga ketenteraman kelas.
7.3.      Pelajar mesti mendapat kebenaran guru untuk keluar/masuk kelas sekiranya ada urusan penting di luar kelas.
7.4.      Apabila guru tiada di dalam kelas, Ketua Kelas bertanggungjawab menjaga  dan mengawalnya dan semua pelajar mesti mematuhi arahan Ketua Kelas
7.5.      Pelajar ditegah makan/minum dalam kelas.


8.   MASA REHAT

8.1.      Pada waktu rehat pelajar-pelajar dilarang berada dalam kelas, kecuali dalam keadaan tertentu.
8.2.      Semua pelajar tidak dibenar meninggalkan (keluar) kawasan sekolah tanpa kebenaran.
8.3.      Membeli makanan dari luar kawasan sekolah semasa rehat adalah satu kesalahan.

9.   PELAJAR SAKIT /  KEMALANGAN

9.1.              Pelajar yang memerlukan rawatan di hospital boleh mengambil Surat Rawatan daripada guru bertugas dalam keadaan-keadaan berikut:
9.1.1.               Pelajar yang memerlukan rawatan di hospital pada waktu belajar hendaklah membawa surat kebenaran daripada ibu-bapa/penjaga datang ke sekolah sendiri
9.1.2.               Sekiranya kecemasan seperti kemalangan atau pelajar tiba-tiba jatuh sakit, pihak sekolah akan menguruskannya

10.     KECEMASAN

Apabila berlaku kecemasan seperti pelajar cedera , wayar elektrik terputus, kebakaran, pergaduhah dan sebagainya kendaklah dengan segera dilaporkan kepada mana-mana guru/Guru Besar supaya tindakan dapat diambil.

10.1.   Pelajar digalakkan menjaga suasana yang baik dan harmoni.
10.2.   Pelajar yang dapat mengesan tanda-tanda akan berlaku pergaduhan , hendaklah memberitahu mana-mana guru dengan segera.
10.3.   Pelajar yang terlibat dengan pergaduhan boleh dikenakan tindakan disiplin yang berat seperti digantung persekolahan/dibuang sekolah

11.        KELUAR KAWASAN SEKOLAH

11.1.   Semasa persekolahan, pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah . Jika ada urusan penting , pelajar berkenaan dikehendaki meminta kebenaran daripada guru bertugas.
11.2.   Pelajar yang memerlukan rawatan di klinik , dikehendaki mendapatkan surat dari pejabat sekolah dan ditandatangani oleh guru bertugas/Guru Besar. Setelah selesai mendapat rawatan , pulangkan semula borang tersebut kepada guru berkenaan . Pastikan pegawai perubatan menandatangani /cop jabatannya, menandakan pelajar telah dirawati. Jika diberi surat cuti, serahkan kepada guru kelas masing-masing.

12.     PERHIMPUNAN

12.1.   Diadakan pada setiap hari Isnin.
12.2.   Pelajar mesti beratur di luar kelas dan datang dengan segera ke tempat perhimpunan, sebaik-baik sahaja mendengar loceng perhimpunan.
12.3.   Semasa perhimpunan , pelajar mesti berada dalam keadaan senyap dan berbaris mengikut kelas masing-masing.
12.4.   Pelajar-pelajar mesti berdiri tegak ( jaga sedia ) apabila lagu `Negeri Johor` dan `Negaraku ` dinyanyikan dan bendera dinaikkan.

13.     AKTIVITI SEKOLAH ( KOKURIKULUM )

13.1.   Setiap pelajar mesti menjadi ahli sekurang-kurangnya dalam SATU gerak kerja sukan, SATU gerak kerja persatuan/kelab dan SATU lagi gerak kerja sukan/persatuan/kelab/unit pakaian seragam.
13.2.   Pelajar diwajibkan hadir setiap perjumpaan rumah atau persatuan/kelab seperti yang telah ditetapkan.
13.3.   Pelajar yang terpilih mewakili sekolah , mesti menerima pilihan itu sebagai penghormatan.
13.4.   Pelajar yang datang untuk aktiviti pagi/petang mestilah memakai
a)   pakaian sekolah atau
b)   uniform persatuan/sukan atau
c)   Baju T` sekolah dan seluar sekolah atau sarung/skirt sekolah dan berkasut sekolah

14.     AKTIVITI LUAR SEKOLAH

14.1.   Semua pelajar dilarang sama sekali menyertai mana-mana kelab/persatuan luar sekolah tanpa kebenaran Guru Besar.
14.2.   Pelajar dilarang mewakili mana-mana pasukan luar dalam sebarang permainan tanpa kebenaran Guru Besar

15.     MASUK KE KELAS / MAKMAL / BENGKEL/PUSAT SUMBER

15.1.   Semua pelajar mesti berbaris di luar kelas dan  masuk ke kelas apabila selesai perhimpunan pagi.
15.2.   Apabila bergerak ke makmal/padang/bengkel/atau perpustakaan , pelajar hendaklah berbaris dan bergerak dengan senyap.
15.3.   Tidak dibenarkan masuk ke makmal /bengkel atau perpustakaan sebelum pelajar mendapat arahan atau tanpa pengawasan (rujuk Peraturan ke Makmal/  Bengkel/ Perpustakaan – BAHAGIAN C)

16.     KEADAAN KELAS

16.1.   Semua pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan dan kekemasan kelas.
16.2.   Ketua dan penolong ketua kelas hendaklah mengawas kelas dan menyediakan alatan penting ( kapur, pemadam, dan lain-lain ). Jika guru lewat masuk melebihi 5 minit segera hubungi Guru Besar, Penolong Kanan.
16.3.   Lampu dan kipas boleh digunakan apabila keadaan memerlukan dan menutup segera bila tidak diperlukan lagi atau semasa hendak meninggalkan kelas.
16.4.   Buangkan sampah dan lain-lain sisa ke dalam tong-tong sampah yang disediakan. Pelajar yang bertugas hendaklah datang awal
16.5.   Setiap kelas mestilah ada Jadual Waktu Kelas, Jadual Giliran Bertugas Harian , Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Kelas, Senarai Inventori, Pelan Kedudukan Pelajar dan Diari Kelas
16.6.   Papan-papan dinding/soft board hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya
16.7.   Ketua Kelas atau penolong hendaklah mengisi borang catatan salah laku sekiranya ada pelajar melanggar peraturan sekolah.
16.8.   Bila loceng akhir berbunyi , semua pelajar hendaklah
·         Membersihkan papan hitam, memadamkan lampu dan menutup kipas
·         menyimpan barang-barang seperti pemadam, kapur dan lain-lain

17.     TIDAK HADIR KE SEKOLAH

17.1.   Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah wajib.
17.2.   Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau sesuatu sebab yang tertentu hendaklah:
·         memberitahu pihak sekolah melalui guru kelas dengan segera
·         membawa bersama-sama Surat Akuan Doktor atau Surat Kebenaran/Pemakluman daripada ibubapa atau penjaga apabila ia hadir ke sekolah
17.3.   Pelajar yang tidak hadir dan apabila hadir semula ke sekolah tanpa alasan secara bertulis daripada pihak doctor atau ibu-bapa/penjaga dianggap sebagai ponteng sekolah dan tindakan disiplin akan dikenakan.
17.4.   Seseorang pelajar yang tidak hadir melebihi tiga hari berturut-turut atau melebihi jumlah tiga hari dalam seminggu persekolahan mestilah meminta warisnya memberitahu sekolah sebab-sebab ia tidak dapat hadir secara bertulis atau datang ke sekolah sendiri. Sehubungan  itu Guru Kelas hendaklah mengirim surat peringatan pertama kepada waris pelajar jika pelajar berkenaan masih tidak hadir ke sekolah.
17.5.   Ketidakhadiran sama ada terus menerus atau terputus-putus tanpa sebarang sebab bertulis daripada waris/penjaga pelajar selama dua minggu persekolahan adalah buruk dan boleh diambil tindakan `buang sekolah` selepas surat peringatan ketiga telah dikirimkan kepada waris/penjaga pelajar

( SILA RUJUK BUKU PANDUAN SALAH LAKU DAN HUKUMAN MS 11-12 )

18. BERPINDAH/BERHENTI SEKOLAH

18.1.   Seseorang pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain/berhenti sekolah hendaklah meminta ibu bapa /penjaganya membuat permohonan melalui surat atau datang sendiri untuk urusan ini. Permohonan oleh pelajar sendiri tidak akan dilayan.
18.2.   Semua harta benda sekolah/kerajaan seperti buku-buku teks SPBT dan lain-lain yang dipinjamkan hendaklah diserah kembali kepada sekolah.

19. YURAN KHAS DAN BUKU TEKS SPBT

19.1.   Bagi pelajar yang belum menjelaskan bayaran yuran/belum mengembalikan buku teks dan lain-lain harta sekolah, pihak sekolah tidak akan mengeluarkan Sijil/Keputusan Peperiksaan Sekolah/Awam sehingga semuanya dijelaskan.
19.2.   Pelajar yang kerap ponteng sekolah dan pelajar yang tidak menguruskan/ menjaga buku teks SPBT dengan baik mungkin tidak diberi pinjaman buku teks pada tahun-tahun berikut.

20.     LAPORAN KEMAJUAN / SURAT-SURAT RASMI

20.1.   Laporan kemajuan/kad pengenalan yang diberi adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk diserah, disemak dan ditandatangani oleh ibubapa/penjaga yang sah.
20.2.   Menjadi kesalahan besar bagi pelajar menandatangani sendiri Buku Laporan Kemajuan. Buku ini hendaklah diserah semula kepada guru Kelas, apabila  selesai ditandatangani oleh penjaga.
20.3.   Setiap pelajar mestilah bertanggungjawab menyampaikan segala surat rasmi sekolah kepada ibu bapa/penjaga dengan segera

21.     HARTA BENDA SEKOLAH

21.1.   Semua barang, alat, perkakas yang berada di dalam bangunan dan kawasan sekolah menjadi hak sekolah.
21.2.   Pelajar ditegah mengambil, meminjam ( harta sekolah ) tanpa kebenaran dan akan diambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang mengganggu dan merosakkannya.
21.3.   Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga dengan baik harta sekolah . Jika ada kerosakan hendaklah dilaporkan dan pelajar yang merosakkannya hendaklah mengganti atau membayar kerosakan itu.
21.4.   Pelajar ditegah menconteng di papan hitam, cermin, meja, almari, papan kenyataan dan dinding bangunan sekolah/kantin dan bangunan-bangunan lain dalam kawasan sekolah.

22. BARANG-BARANG LARANGAN

22.1.   Ditegah membawa masuk sebarang bentuk senjata , makanan/minuman tidak halah, alat muzik untuk hiburan ke dalam kawasan sekolah.
22.2.   Adalah menjadi kesalahan membawa, mengedar atau menghisap rokok atau sebarang jenis DADAH.
22.3.   Adalah menjadi satu kesalahan membawa gambar, VCD, tape dan apa juga risalah lucah untuk tontonan sendiri atau orang lain

23. KEHILANGAN WANG

23.1.   Pelajar yang kehilangan barang hendaklah melaporkan segera kepada Guru Disiplin setiap kelas
23.2.   Pelajar yang menjumpai barang-barang di mana sahaja dalam kawasan sekolah, hendaklah menyerahkannya kepada mana-mana guru/pengawas. Adalah menjadi kesalahan kepada pelajar yang menyimpan tanpa kebenaran

24. ALATAN PELAJARAN

24.1.   Setiap pelajar mestilah menyediakan segala alatan pelajaran yang perlu, (buku-buku bantuan SPBT  disediakan bagi pelajar yang layak)
24.2.   Setiap pelajar adalah bertanggungjawab mengenai kebersihan, kerosakan dan kehilangan buku-buku atau lain-laian peralatan yang dipinjamkan oleh pihak sekolah.

25.     KENDERAAN

25.1.   Basikal dan motosikal yang digunakan mestilah berkeadaan lengkap dengan loceng, lampu, tongkat, brek, kunci, termasuk lesen memandu dan topi kaledar bagi motosikal. Lampu motorsikal hendaklah dinyalakan setiap waktu ( Peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia).
25.2.   Ketika berada di sekolah semua basikal dan motorsikal mestilah diletakkan dengan teratur di tempat yang di sediakan dan hendaklah berkunci.
25.3.   Pelajar ditegah berkumpul di bangsal basikal/motorsikal sebarang masa.
25.4.   Semua basikal/motorsikal adalah dilarang meletakkan / menyimpan di luar kawasan sekolah . Sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
26. KAWALAN DAN LALU LINTAS.

26.1.   Semua pelajar dikehendaki mematuhi undang-undang keselamatan jalan raya dan peraturan-peraturan perjalanan dalam kawasan sekolah yang ditetapkan.
26.2.   Semua pengguna basikal/motorsikal semasa dalam kawasan sekolah hendaklah mematuhi peraturan berikut:
·         kelajuan tidak melebihi 8 kmj
·         tidak bersaingan antara satu sama lain
·         tidak bising atau mengganggu ketenteraman
·         mestilah memikirkan keselamatan diri dan juga orang lain
26.3.   Pelajar yang berjalan kaki mestilah berjalan mengikut barisan yang ditetapkan.
26.4.   Pengguna-pengguna bas hendaklah berbaris dan jangan berebut-rebut semasa naik/turun dari bas

27.     KAWASAN DAN TEMPAT LARANGAN

27.1.   Persekitaran rumah guru
27.2.   Tempat letak kereta guru-guru dan Guru Besar
27.3.   Tempat letak basikal dan motosikal pelajar-pelajar
27.4.   Persekitaran kafeteria pada masa pelajaran sedang dijalankan ( kecuali mendapat kebenaran )
27.5.   Kawasan 5 meter dari pintu pagar besar sewaktu pelajaran sedang dijalankan
27.6.   Ditegah masuk ke Makmal Sains, Makmal Kemahirah Hidup, Pejabat Sekolah, Bilik Guru , Washroom Guru dan bilik-bilik khas kecuali diberi kebenaran
27.7.   Ditegah berada di dalam kelas pada waktu REHAT, kecuali dengan kebenaran
28.     PEJABAT SEKOLAH DAN BILIK GURU

28.1.   Pelajar dilarang berkumpul di hadapan/dalam pejabat sekolah/bilik guru
28.2.   Pelajar dibenar seorang demi seorang masuk berurusan dalam pejabat/bilik guru, kecuali dikehendaki sebaliknya
28.3.   Pelajar dilarang sama sekali membuat bising dalam/sekitar pejabat/bilik guru ketiika melintasinya.

29.     KAFETERIA

29.1.   Pelajar dibenar berada di kafeteria pada masa rehat sahaja. Masa-masa lain mestilah dengan kebenaran / arahan guru.
29.2.   Pelajar mestilah makan di kafeteria sahaja (makanan ditegah dibawa ke tempat lain ).
29.3.   Pelajar dilarang membuat bising di kafeteria.
29.4.   Pelajar mestilah :
·         berbaris dengan tertib apabila membeli makanan/minuman
·         meletakkan bekas-bekas makanan/minuman ( pinggan , gelas, botol dan lain-lain ) di tempat yang ditentukan

30.     WASHROOM

30.1.   Kebenaran keluar ke washroom semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan tertakluk kepada budi bicara setiap guru mata pelajaran.
30.2.   Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan washroom.
30.3.   Pelajar hendaklah menutup paip air selepas menggunakannya

BAHAGIAN D : PERATURAN-PERATURAN DALAM BILIK KHAS
1 .    MAKMAL SAINS
1.1.      Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan dan tidak sesiapa pun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru
1.2.      Bahan kimia atau alat-alat dari makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru
1.3.      Pelajar tidak dibenar berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan untuk mereka tanpa kebenaran guru
1.4.      Pelajar dilarang bermain dengan segala peralatan dan kelengkapan makmal
1.5.      Radas-radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas ianya digunakan
1.6.      Radas-radas yang telah digunakan juga hendaklah disimpan ketempat asalnya
1.7.      Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru
1.8.      Setiap kerosakan /pecahan atau hal kemalangan perlulah dilapor dengan serta-merta kepada guru ataupun kakitangan makmal
1.9.      Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu Bunsen
1.10.   Kayu mancis , kertas turas atau sebarang sampah pepejal tidak boleh dibuang ke dalam atau di bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah
1.11.   Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah
1.12.   Makanan/minuman tidak dibenarkan dibawa ke dalam bilik makmal
1.13.   Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal
1.14.   Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum
1.15.   Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas dan makmal mesti ditinggalkan dengan bersih lagi kemas selepas tiap-tiap waktu makmal
1.16.   Bahan kimia/peralatan sains hanya boleh diguna atas arahan dan panduan guru
1.17.   Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk memastikan bahan kimia yanag akan digunakan itu betul
1.18.   Sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Oleh itu jangan membazir bahan kimia
1.19.   Bahan-bahan kimia pepejal perlu diambil dengan menggunakan spatula dan bukan dengan menggunakan jari
1.20.   Botol mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya
1.21.   Bahan kimia biasanya beracun dan mengakis jangan cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun dalam bentuk larutan
1.22.   Pelajar tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru
1.23.   Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi setiap masa
1.24.   Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan ini.

2 .    MAKMAL KEMAHIRAN HIDUP   
2.1.      Pelajar mestilah berpakaian kemas, bersih, dan rapi, jangan memakai baju yang besar dan berlengan panjang untuk mengelakkan daripada termasuk atau tersangkut ke bahagian-bahagian mesin
2.2.      Jangan masuk ke makmal tanpa kebenaran guru
2.3.      Apabila berada dalam makmal, jangan keluar tanpa kebenaran guru
2.4.      Kawasan kerja hendaklah tertib
2.5.      Sentiasa mengikut arahan guru apabila melaksanakan kerja amali
2.6.      Jangan berlari, bermain atau bergurau di dalam makmal
2.7.      Bersihkan minyak /gris yang tertumpah di atas lantai dengan serta-merta supaya dapat mengelak daripada tergelincir
2.8.      Jika anda berasa ragu-ragu tentang penggunaan sesuatu alat, tanyalah guru anda
2.9.      Apabila membawa alat-alat, arahkan matanya ke bawah dan rapat ke sisi anda
2.10.   Jangan simpan alat-alat yang tajam di dalam saku
2.11.   Jangan melempar atau membaling alat-alat kepada rakan anda
2.12.   Jangan menggunakan mesin, jika anda tidak pasti cara penggunaannya. Dapatkan kebenaran guru terlebih dahulu, sebelum menggunakan sebarang mesin
2.13.   Matikan mesin, jikalau anda terpaksa meninggalkan kerja itu walaupun sebentar
2.14.   Tutup suis alatan elektrik selepas menggunakannya
2.15.   Pastikan tangan anda tidak basah sebelum menggunakan alatan elektrik
2.16.   Beritahu dahulu kepada guru jika terdapat mesin atau alat-alat yang rosak
2.17.   Laporkan segera kepada guru jika berlaku sebarang kemalangan
2.18.   Matikan pengaliran arus elektrik sebelum memeriksa sebarang perkakas elektrik
2.19.   Tentukan semua alatan elektrik yang berkuasa tinggi dibumikan
2.20.   Tentukan mesin dan alatan dalam keadaan bersih dan baik selepas digunakan
2.21.   Simpan semula alat-alat yang telah digunakan di tempat yang betul
2.22.   Gunakan alat-alat yang betul untuk sesuatu tugasan
2.23.   Jangan sentuh sebarang kelengkapan/alatan/bahan-bahan dalam makmal yang tidak kena mengena dengan kerja anda
2.24.   Lakukan kerja amali anda dengan sabar, berhati-hati dan dengan penuh tumpuan

3 .    PUSAT SUMBER/PERPUSTAKAAN

3.1        Setiap pelajar dimestikan memakai  pakaian seragam sekolah yang lengkap
3.2        Pelajar yang hendak meminjam buku hendaklah menggunakan kad perpustakaan . Bagi pelajar yang hilang kad dan ingin mendapatkan kad baru, bayaran akan dikenakan
3.3        Pelajar mestilah melekatkan gambar berukuran kad pengenalan di ruang yang telah ditetapkan. Pelajar yang tidak melekatkan gambarnya tidak dibenarkan meminjam buku
3.4        Setiap pelajar dibenarkan meminjam dua buah buku
3.5        Pelajar yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda 10 sen bagi satu hari
3.6        Pelajar hanya dibenarkan meminjam buku selama satu minggu atau dua minggu. Tetapi hendaklah disemak oleh pengawas media terlebih dahulu
3.7        Pelajar hanya dibenarkan meminjam buku mengiku jadual pada hari yang ditetapkan
3.8        Setiap pelajar tidak dibenarkan membawa masuk sebarang buku melainkan buku pinjaman perpustakaan
3.9        Setiap buku yang telah dibaca hendaklah diletakkan di tempat asalnya
3.10     Setiap pelajar tidak dibenarkan meminjam /memulangkan buku untuk pelajar lain kecuali berlaku sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan
3.11     Pelajar hendaklan menjaga suasana tenang Pusat Sumber

4 .    BILIK SENI LUKIS
4.1        Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik lukisan tanpa guru
4.2        Sebelum masuk , tentukan pelajar – pelajar tidak membawa sebarang benda-benda lain kecuali alat –alat lukisan sahaja,
4.3        Jangan membawa masuk sebarang jenis makanan atau minuman
4.4        Jangan membuat bising dan jangan terlalu banyak bergerak semasa berada/membuat kerja di dalam bilik lukisan. Ini akan mengganggu pelajar-pelajar lain
4.5        Semua pelajar  bertanggungjawab  menjaga kebersihan  bilik lukisan
4.6        Pelajar-pelajar yang bertugas menyapu lantai pada hari yang tertentu di kelas masing-masing , bertanggungjawab juga menyapu  semasa berada di bilik lukisan
4.7        Tentukan kerusi-kerusi diletakkan dengan kemas sebelum meninggalkan bilik lukisan dan pastikan juga tidak tertinggal apa-apa benda sebelum keluar
4.8        Jangan sentuh atau conteng pada kerja-kerja lukisan atau kerja-kerja kraftangan yang terdapat di dalam blik lukisan
4.9        Gunakan kemudahan bilik lukisan dengan bertanggungjawab . Jangan merosakkan perabot bilik lukisan kerana ini akan menghalang semua pelajar daripada menikmati kemudahan-kemudahan ini.
4.10     Mengoyak, mengotori, menconteng sesuatu dan merosakkan kerja-kerja lukisan/kraftangan yang terdapat di dalam bilik lukisan adalah salah di sisi peraturan bilik lukisan. Tindakan disiplin boleh dikenakan kepada pelajar-pelajar yang terlibat

BAHAGIAN E :  GERAK KERJA KOKURIKULUM

1.  PAKAIAN SERAGAM DAN PERSATUAN

a)           Tiap-tiap pelajar diwajibkan mengambil bahagian yang aktif sekurang-kurangnya dalam satu jenis kegiatan pakaian seragam , persatuan , kelab dan permainan. Kegiatan-kegaiatan yang diwajibkan itu boleh diplih dari kumpulan
a.           Pakaian Seragam
§  Pengakap
b.           Persatuan/Kelab
§  Matematik
§  Bahasa Inggeris
§  Sains

b)           Pelajar-pelajar diwajibkan menghadiri setiap perjumpaan/ mesyuarat persatuan/ kelab yang ia akan menjadi ahli dan mengambil bahagian cergas di dalamnya.

2.  KELAB DAN PERMAINAN

Bagi kegiatan kelab dan sukan, setiap pelajar dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya satu jenis permainan yang dipilih daripada jenis-jenis berikut  :
a)           Kelab
v  Keselamatan Jalan Raya
v  Komputer

b)           Permainan
v  Bola Jaring
v  Olahraga
v  Badminton
v  Catur
v  Bola Sepak
v  Sadukudu

3.  PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN/SUKAN
a)           Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian yang dikhaskan untuk permainan/sukan . Pakaian khas ini dipakai hanya oleh mereka yang sebenarnya menghadiri kegiatan /perjumpaan pada hari yang berkenaan
b)           Setiap aktiviti yang dikelolakan oleh pelajar-pelajar mesti diketahui dan dipersetujui oleh Guru Penasihat
c)           Semua surat rasmi mesti ditunjukkan kepada Guru Penasihat
d)           Semua surat yang hendak dikirimkan kepada pihak-pihak yang berkenaan mesti ditandatangani oleh Guru Besar atau guru yang berkenaan
e)           Semua penyokong pasukan sekolah untuk sebarang acara antara sekolah mestilah memakai pakaian seragam sekolah denagn lengkapnya
f)            Jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kesan buruk/menjejaskan nama baik sekolah semasa memberi sokongan kepada pasukan sekolah. Tindakan disiplin akan diambil ke atas mereka yang melanggar peraturan ini

4.  PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN/KELAB

a)           Semua persatuan /kelab sekolah mestilah patuh kepada undang-undang Pelajaran 1952 (The school societies Regulations 1956 ) dan hendaklah membuat perkara berikut serta menyerahkan Perlembagaan lengkap dan benar persatuan/kelab itu serta daftar penuh ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab kepada Guru Besar
b)           Semua persatuan/kelab mestilah membuat rancangan kegiatannya dan guru berkenaan hendaklah bertindak sebagai penasihat
c)           Guru penasihat mestilah menentukan persatuan/kelab masing-masing bergerak dengan aktif dan berkesan serta bertanggungjawab terhadap kawalan disiplin ahli-ahlinya
d)           Menentukan semua aktiviti atau rombongan adalah terkawal dan diuruskan dengan sempurna mengikut undang-undang polisi sekolah dan Jabatan Pendidikan
e)           Memberi latihan dan pengalaman yang wajar untuk mewujudkan pelajar yang berdedikasi, berkerjasama, bertanggungjawab, kepercayaan diri dan lain-lain sikap yang baik
f)            Mengawal dan bertanggungjawab terhadap semua peraturan, perjumpaan, urusan, dan kemajuan persatuan/kelab yang dikelolakan olehnya
g)           Menyelaras semua aktiviti persatuan/kelab di bawah jagaannya dan melaporkan kepada Setiauasaha Kokurikulum / Guru Besar dari semasa ke semasa tentang perkembangan dan kegiatan persatuan/kelabnya

5.  PERLAKSANAAN PERSATUAN/KELAB

a)           Menubuhkan persatuan/kelab dan melantik ahli jawatankuasanya
b)           Mengadakan peraturan dan undang-undang sendiri
c)           Menyimpan rekod nama ahli jawatankuasa dan ahli-ahli. Satu senarai nama ahli jawatankuasa dengan butir-butir peribadinya yang lengkap hendaklah diserahkan kepada setiausaha persatuan/kelab untuk disimpan
d)           Menetapkan tarikh , hari dan masa perjumpaan
e)           Guru penasihat persatuan/kelab mestilah hadir pada tiap-tiap kali perjumpaan dengan ahli-ahli persatuan/kelab dan melaporkan dengan segera kepada Guru Besar jika ada sebarang penyelewengan
f)            Menyediakan sebuah buku untuk mencatatkan segala kegiatan yang dijalankan oleh persatuan/kelab
g)           Buku ini hendaklah diserahkan kepada penolong kanan/Guru Besar melalui setiauasaha persatuan/kelab untuk pengetahuan dan ditandatangani
h)           Persatuan/kelab hendaklah menggunakan papan kenyataan sekolah untuk mempamerkan /memberitahu maklumat atas segala kegiatan persataun/kelab kepada ahli-ahlinya
i)             Tiap-tiap persatuan/kelab mestilah mempunyai Perlembagaan dan Objektif-objektif masing-masing (Rujuk Lampiran A )
j)             Rancangan kegaiatan persatuan/kelab tersebut hendaklah diatur untuk setahun
k)           Seberapa boleh rancangan kegiatan hendaklah yang boleh memberi kesedaran, semangat bekerjasama dan faedah kepada ahli-ahlinya tanpa mengira kaum

6.  PERLEMBAGAAN PERSATUAN/KELAB
a)           Perlembagaan ialah dokumen yang mengandungi peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip pergerakan persatuan/kelab
b)           Beberapa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam sesuatu perlembagaan dicadangkan seperti di bawah
v  Nama persatuan/kelab/badan beruniform
v  Objektif/Tujuan
v  Keanggotaan : Peraturan berkenaan dan keanggotaan dan bilangan ahli
v  Jawatankuasa :  Ahli-ahli dalam AJK persatuan adalah seperti berikut
v  Masa mesyuarat
v  Kewangan : Yuran bulanan atau tahunan

Diterbitkan oleh:
Lembaga Disiplin Sekolah