லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS

PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS
1.Pengurusan dan organisasi kelas
vMembentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah, Bendahari , AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan , memastikanAJK Kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam , menyapu lantai , mengelap tingkap , menyusun kerusi meja dan membuang sampah.Memastikan AJK keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke semasa , menyediakan langsir dan bunga (jika perlu ) untuk kelas
vMenentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
·Jadual waktu
·Jadual tugas
·Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam diinventorikan.
·Moto kelas
·Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
vMenentukan kawat elektrik , kipas angin dan Lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
vMelaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.
vMembimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas
vMengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar.Tabung ini adalah bertujuan:Keceriaan kelas dan Kebajikan pelajar.

2. Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar
vMenandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat
vMenentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis
vMemastikan data terkini pelajar di dalam kelas
vMemastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggarakan seperti yang diarahkan:
vBuku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan (Bilik Tatasusila)
vMenjamin keselamatan buku tersebut.

3.Laporan pelajaran, sijil berhenti, surat akuan
vMemastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar
vMengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik , kokurikulum dan fizikal dalam kad kemajuan pelajar bagi setiap semester / penggal
vMenyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa
vMengambil kad 001 dari penyelaras kad 001
vMenyediakan dan mengisi "Mark Sheet" bagi setiap peperiksaan sekolah dan Kad 001
vSijil berhenti dan surat akuan bagi pelajar yang meneruskan persekolahan.

4.Masalah pembelajaran , kesihatan diri dan disiplin
vMenggalakan , motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik
vMenggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan mernberikan hadiah(jika perlu}
vSentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar
vMelaporkan kepada Guru Kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar
vMelaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.
vMelaporkan kepada Guru Tatasusila jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah
vMelaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut :
vMendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang "Melanggar peraturan Sekolah' yang dapat diperoleh dari penyelaras Darjah atau Bilik Tatasusila
vMenghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.

5.Buku Teks dan Bantuan
vMemastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar
vMengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa
vMemulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT.
vMengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.

6. Kutipan yuran dan derma
vMengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayarkesemua yuran sekaligus.
vMengutip derma PIBG
vMengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan
vMengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat
vMenyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta Buku kutipan yuran kepada GB.
vMenyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG.

7.Pendaftaran pelajar baru
vMenerima kemasukan pelajar baru dari Penyelaras Darjah
vMendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar daripada Penolong Kanan HEM.
vMenentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.
vMenentukan menerima kad kernajuan pelajar dan kad 001 dari sekolah yang terdahulu
vMenentukan rumah sukan
vMengambil butir-butir diri yang diperlukan.

8.Murid keluar
vMenentukan borang SPBT , Kad Kemajuan Pelajar dan kad 001 dihantar ke pejabat
vMenentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tahun 6
vMenentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima
vMenentukan buku teks telah dipulangkan.

9.Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain
vMenentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.
vMemastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarainama mereka mengikut persatuan , kelab dan unit beruniform yang dipilih kepada penyelaras kokurikulum.