லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

TUGAS GURU MATA PELAJARAN

TUGAS GURU MATA PELAJARAN
  1. Melahirkan rasa penuh keinsafan, belas kasihan, timbang rasa dan bertanggungjawab terhadap semua murid.
  2. Menyediakan target pencapaian setiap mata pelajaran melalui Sasaran Kerja Tahunan (SKT) masing-masing.
  3. Sentiasa melampirkan Sukatan dan Buku Panduan Khas bersama Buku Persediaan Mengajar semasa mengajar.
  4. Menanda Rekod Prestasi Murid secara berterusan.
  5. Menyediakan sebaik-baiknya Rancangan Pelajaran serta memecahkan kepada semester, bulanan dan harian.
  6. Memecahkan mata pelajaran kepada tajuk, gerakerja serta mencatat alatan-alatan yang perlu dan sesuai digunakan.
  7. Menyediakan carta-carta, bahan bantu mengajar dan lembaran kerja bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
  8. Membuat saranan bagi menyediakan buku-buku panduan, rujukan dan juga buku kerja murid yang terbaik.
  9. Mengadakan perbengkelan menyediakan soalan-soalan ujian/penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
  10. Menyarankan jumlah buku tulis yang perlu untuk setiap orang murid bagi setiap mata pelajaran.
  11. Memastikan alat-alat yang akan digunakan bagi setiap mata pelajaran itu mencukupi.
  12. Memastikan semua buku kerja dan buku latihan diperiksa dan diberi komen yang membina.