Objektif
Berikut adalah di antara beberapa objektif yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran:
- Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran/pembelajaran.
- Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan murid-murid terhadap pembelajaran.
- Memperbaiki prestasi murid-murid dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
- Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.
Pentadbiran
- Guru kanan mata pelajaran yang dilantik oleh Guru Besar akan mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran dengan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru mata pelajaran berkenaan. Seorang setiausaha akan dilantik dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat.
- Panitia mata pelajaran perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali sepenggal. Mesyuarat ini sebaik-baiknya membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran/pembelajaran mata pelajaran tersebut termasuk hal-hal penilaian dan ujian.
- Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia ke mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
Peranan Panitia
Berikut adalah di antara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:
- Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia.
- Menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu darjah dan juga di antara darjah di mana ada kaitan.
- Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
- Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid-murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di perpustakaan sekolah.
- Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.
- Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
- Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta penyelesaian kepada masalah atau isu-isu tersebut.
- Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.
- Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.
- Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekolah-sekolah di dalam kelompok yang sama.
- Menentukan penggunaan sukatan pelajaran yang terkini.
- Mencantumkan penggunaan alat pandang dengar dan kaedah pengajaran/pembelajaran yang terkini.
- Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan penggal.
- Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan bulanan untuk menilai prestasi pembelajaran murid.
- Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dengan mengkaji serta mencari jalan untuk meningkatkan tahap pencapaian dari semasa ke semasa.
- Mengkaji dan menilai buku-buku teks yang baru untuk dipilih dan digunakan di sekolah.
- Menentukan jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan dan rujukan guru.
- Bertanggungjawab untuk menentukan pembelian/membuat alat-alat pandang dengar dan merekodkan barang-barang tersebut dalam buku stok masing-masing.
- Mengkaji dan menentukan jenis buku kerja bagi tiap-tiap kelas jika diperlukan.
- Menyelia dan menyemak buku latihan dan rampaian murid.
- Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk persetujuan pihak sekolah.
- Bersama-sama memikul tanggungjawab meningkatkan prestasi murid.
- Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sepenggal sekali atau lebih kerap jika diperlukan.
- Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru dan sebagainya.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang ditentukan dan diarahkan oleh Guru Besar.