GURU BESAR BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP :
Guru Besar selaku Ketua Profesional dan Pentadbiran tugasnya dibantu oleh:‑
1.Guru Penolong Kanan 1 ( Kurikulum & Pentadbiran )
2.Guru Penolong Kanan I I ( Hal Ehwal Murid )
3.Guru Penolong Kanan Kokurikulum
4.Guru Penyelaras Pendidikan Khas
Tugas-tugas yang dijalankan secara keseluruhannya adalah menguruskan perjalanan pentadbiran am sekolah, menyelia pelaksanaan kurikulum supaya selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelaksanaan program pendidikan tambahan dan khidmat bantu, memajukan kegiatan ko-kurikulum, memberikan pimpinan profesional kepada semua guru dan memupuk kerjasama antara sekolah dengan masyarakat melalui pertubuhan-pertubuhan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Ahli Lembaga Pengurus Sekolah.
1. KURIKULUM
1.1 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
1.2 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Lima Tahun Sekolah
1.3 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Buku Pelajaran Sekolah (SPBT / Bukutambahan )
1.4 Mewujudkan sistem pengurusan dan penyeliaan kurikulum yang berkesan
1.5 Merancang dan -menggalakkan penyeliaan, pembuatan alat pengajaran dan pembelajaran serta mengawal pembelian
1.6 Mengadakan kursus-kursus dalaman berkaitan dengan kurikulum dan profesionalisme.
1.7 Merancang pemilihan guru-guru untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan pihak-pihak lain.
1.8 Menentukan program kurikulum sekolah berjalan dengan licin dan lancar melalui pengesanan dan penilaian yang teliti.
1.9 Mengadakan program-program dan aktiviti pendidikan bagi meningkatkan prestasi termasuk pemulihan dan bimbingan.
1.10 Menentukan supaya rancangan Radio dan TV Pendidikan diikuti olehsemuamurid
1.11 Memastikan Pusat Sumber Sekolah berfungsi sepenuhnya.
1.12 Mewujudkan iklim akademik yang memberangsangkan di sekolah.
1.13 Mengajar sekurang-kurangnya lima waktu seminggu.
2.KOKURIKULUM
2.1 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kokurikulum sekolah.
2.2 Memastikan perancangandanpelaksanaan kokurikulum berjalan dengan berkesan.
2.3 Mengadakan program-program dan aktiviti kokurikulum bagi meningkatkan prestasi termasuk pemulihan dan bimbingan.
2.4 Meluluskan peruntukan kewangan untuk kegiatan dan pembelian alatan.
2.5 Menimbang untuk memberi persetujuan kepada tenaga pengajar kegiatan ko kurikulum yang datang daripada pihak luar.
3.PERKHIDMATAN TADBIRAN:Perjawatan
3.1 Memastikan dengan apa jua cara supaya tiap-tiap orang guru mempunyai Surat Kebenaran Mengajar dan Perakuan Pendaftaran Guru ( yang mana berkenaan ) dengan seberapa segera atau lain-lain perakuan.
3.2 Menentukan rekod-rekod peribadi dan data guru dan kakitangan sentiasa dalam keadaan kemas kini.
3.3 Melaporkan kekosongan dan memohon pengisian jawatan guru dan kakitangan sekolah.
3.4 Memaklumkan dan memproses permohonan kenaikan pangkat dan permohonan ke jawatan-jawatanlain daripada guru-guru dan kakitangan.
3.5 Menjadi Penilai Semula Laporan Nilai Prestasi untuk guru dan kakitangan yang telah dinilai oleh penilai pertama dan menjadi penilai pertama kepada Laporan Nilai Prestasi Guru-guru Penolong Kanan / Penyelia Petang / Guru Cemerlang / Guru Time Base.
3.6 Menyalurkan maklumat-maklumat Peperiksaan Am Kerajaan / Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kepada guru-guru dan kakitangan yang terlibat.
3.7 Menyemak dan menandatangani Penyata Perubahan Gaji guru dan kakitangan (akibat dari: Cuti Tanpa Gaji, Pertukaran, Tindakan Tatatertib, Pengesahan Jawatan, Pengesahan Perlantikan, Pertukaran Kategori dan lain-lain).
3.8 Menimbulkan kenaikan gaji tahunan guru-guru dan kakitangan dan meluluskan mana-mana yang layak.
3.9 Menimbangkan Pengesahan Jawatan guru-guru dan kakitangan dan memperakukan Sijil Pengesahan yang mana layak.
3.10 Menjadi Pengerusi Pelapor Lembaga Tatatertib sekolah.
3.11 Memperakukan permohonan ke Jawatan Berpencen guru-guru dan kakitangan.
3.12Menimbangkanpermohonan cuti sambilan guru-guru dan cuti tahunan kakitangandan meluluskan yang mana layak.
3.13 Memproses dan melanjutkan permohonan cuti guru-guru dan kakitangan.
3.14 Menguruskan proses pencen guru-guru dan kakitangan.
3.15 Melanjutkan permohonan perletakan jawatan guru-guru dan kakitangan.
3.16 Merancang, mengurus, mengarah dan menyelia segala aktiviti sekolah supaya berjalan dengan licin dan lancar.
3.17 Melaksanakan proses penghapuskiraan harta benda sekolah mengikut prosedur yang telah ditentukan.
3.18 Menimbangkan dan melanjutkan permohonan menggunakan harta benda sekolah daripada pemohon luar.
Pembangunan dan Bekalan
3.19 Merancang pembangunan projek-projek baru dan kemudahan asas di sekolah darimasa ke semasa.
3.20 Menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan / gantian dari masa ke semasa.
Kewangan
3.21 Menjadi Pengerusi Kewangan dan Pemegang Amanah Harta Tetap sekolah.
3.22 Memastikan penyeliaan gaji dan elaun mengikut arahan Jabatan.
3.23 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan.
3.24 Mengurus dan mengawal kutipan Wang Suwa sekolah.
3.25 Menyediakan tuntutan Wang Bantuan Kerajaan.
3.26 Mengawal dan mengemaskini buku akaun sekolah.
3.27 Menyelesaikan pembayaran segaja perbelanjaan sekolah.
3.28 Menentukan setiap penerimaan, dan pembayaran dibuat mengikut prosedur kewangan.
3.29 Menyediakan Laporan Akaun Sekolah yang belum beraudit.
3.30 Mengambil tindakan Laporan Audit.
3.31 Menyelenggarakan panjar wang runcit mengikut peraturan yang ditentukan.
3.32 Menguruskan hapuskira hutang yuran murid dan hutang lapuk sekolah.
Hal Ehwal Murid
3.33 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Murid.
3.34 Menjadi Pengerusi Jawatan kuasa Disiplin Sekolah dan mengawasi supaya undang-undang dan peraturan sekolah sentiasa dipatuhi oleh murid-murid.
3.35 Mewujudkan kemudahan–kemudahan yang maksimum untuk membantu
pembelajaran murid.
3.36 Memastikan supaya hal-hal kebajikan dan sosial murid seperti kesihatan, rawatan kecemasan dan lain-lain kesulitan yang dihadapi oleh murid sentiasa di titik beratkan.
3.37 Menyedia dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan di sekolah.
3.38 Mengadakan kemudahan kesihatan di sekolah.
3.39 Memastikan supaya rekod–rekod laporan kemajuan, disiplin dan kesihatan murid-murid sentiasa dalam kemaskini.
3.40 Meneliti dan mclanjutkan permohonan murid-murid yang layak mendapat bantuan biasiswa dan bantuan lain.
3.41 Merancang program lawatan sambil belajar dan mempastikan lawatan itu menghasilkan pembelajaran kepada :urid-murid.
3.42 Mewujud dan mengekalkan iklim fizikal sekolah yang balk.
3.43 Mewujudkan perhubungan yang baik di kalangan anggota masyarakat sekolah.
3.44 Mewujudkan kerjasama dan perhubungan dua hala yang baik dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
3.45 Mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang erat dengan sekolah-sekolah.
3.46 Mewujudkan suasana perhubungan yang baik dengan agensi–agensi kerajaan dan swasta setempat.
3.47 Melibatkan diri dalam aktiviti–aktiviti masyarakat (mana yang sesuai).
3.48 Menjadi Setiausaha Lembaga Pengurus Sekolah/Ahli Pengawal Kewangan.
4. AM
4.1 Memastikan pekeliling dan siaran diteliti, dibincang dan disampaikan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
4.2 Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Pengarah Pendidikan Negeri atau ,dari Kementerian Pendidikan dari masa ke semasa.