லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

SENARAI TUGAS HARIAN GURU BESAR

               SENARAI TUGAS HARIAN 
GURU BESAR 


1.Melaksanakan peranan, tugas dan tanggung jawab Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi dengan berkesan agar apa yang patut ada mesti ada, hendaklah berfungsi dan sentiasa dalam keadaan bersih. Menjalinkan jaringan kerja dengan Stake holder, lain-lain organisasi Kerajaan dan Bukan Kerajaan dan juga anggota masyarakat setempat dan rakyat Malaysia amnya.

2.Mengutamakan perihal ehwal setiap aspek pengurusan Kurikulum, yang menjadi tonggak kepada kerja utama di sekolah dengan dibantu oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum.


3.Memantau pelaksanaan aktiviti dan pengurusan Kokurikulum di sekolah yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum.


4.Memastikan pengurusan Hal Ehwal Murid yang dipandu oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM ) berjalan dengan licin dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan.


5.Memberikan perhatian yang amat teliti dalam hal ehwal Pengurusan Kewangan sekolah dan memastikan pembudayaan segala urusan kewangan dan perakaunan sekolah dituruti dengan mematuhi prosedur-prosedur yang dikuatkuasakan.


6.Sama ada Guru Besar hadir atau sebaliknya, Guru Besar bertanggungjawab memastikan setiap hal ehwal Pengurusan Pejabat berjalan lancar dengan pematuhan kepada setiap peraturan yang diguna pakai dan berkuat kuasa.


7.Guru Besar hendaklah memperuntukkan sebahagian daripada masanya untuk menguruskan perjalanan Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal sekolah agar pembangunan prasarana dan kemudahan fizikal dapat selari dengan "Core Business" di sekolah iaitu pengurusan Kurikulum.


8.Memantau perkembangan hal ehwal Kebajikan dan Kerjaya anggota warga sekolah yang di bawah kawalannya agar setiap perkembangan pengurusan anggota berada di dalam pengetahuan Guru Besar.


9.Memperuntukkan sedikit perhatian dalam perjalanan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah bagi memastikan P.I.B.G. dapat berfungsi dengan berkesan membantu sekolah.


10.Memikirkan masa hadapan kendiri melalui Laluan Kerjaya, keanggotaan dalam badan profesional dan Kesatuan, pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat, amalan kehidupan beragama dan melaksanakan tanggungjawab sosial yang dalam kemampuan pelaksanaannya.