KURIKULUM
STRATEGI DAN PELAKSANAAN KURIKULUM
Pengagihan Tugas Guru
Pentadbir sekolah membuat pengagihan tugas semua guru. Guru-guru dapat
merancang aktiviti yang akan dilaksanakan dalam bidang tugas masing-masing
dengan penuh dedikasi.
Mesyuarat & Taklimat Guru
Diadakan dari semasa ke semasa mengikut kepentingan sesuatu perkara.
Pihak pentadbir akan mengemukakan pelbagai agenda untuk pengetahuan dan
perbincangan bersama guru-guru. Guru-guru akan membuat maklum balas berupa
cadangan, persetujuan atau bangkangan.
Mesyuarat Kurikulum
Dilaksanakan selepas sesuatu ujian atau peperiksaan dalaman sekolah
diadakan. Membincangkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan kurikulum di
samping laporan keputusan ujian atau peperiksaan oleh Ketua-Ketua Bidang.
Mesyuarat Panitia
Semua panitia
melalui Ketua Panitia perlu membuat mesyuarat panitia berdasarkan tarikh yang
telah ditetapkan oleh setiausaha kurikulum. Antara tujuan mesyuarat ialah untuk
merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan,
menyelaraskan rancangan mengajar, menentukan pembuat soalan ujian/peperiksaan,
dan sebagainya. Mesyuarat ini biasa diadakan selepas waktu persekolahan.
Pengagihan dan Penempatan Murid
a) Tahun 1
hingga 6.
Murid ditempatkan mengikut keupayaan dan tahap kognitif mereka. Pembahagian murid dilakukankan dengan melihat pencapaian mereka semasa peperiksaan penggal yang dilaksanakan pada pertengahan dan akhir tahun. Di sini terdapat dua kelas bagi tahap 1 iaitu kelas A dan Kelas B.
Bagi murid tahap 2 terdapat tiga kelas iaitu kelas A, kelas B dan kelas
C..
Tujuan pengagihan adalah :-
Memudahkan
penyusunan jadual waktu.
Meningkatkan
keberkesanan dalam P&P.
Memudahkan
pengurusan kelas.
Jadual Waktu Induk
Jadual
waktu induk mengalami beberapa rombakan kerana perpindahan guru-guru lama dan
kedatangan guru-guru baru. Bagi Tahun 6, jadual waktu induk dibuat bagi
mengimbangi keperluan murid menghadapi peperiksaan UPSR. Jadual ini hanya
melibatkan tahun 6 dan hanya untuk matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains.
Ujian dan Peperiksaan
a) Ujian Bulanan.
Ujian dilaksanakan bagi semua matapelajaran dan diadakan sebulan sekali agi mengukur kelemahan-kelemahan murid dalam matapelajaran-matapelajaran tertentu. Ujian ini hanya dilaksanakan mengikut kemahiran-kemahiaran tertentu dalam matapelajaran-matapelajaran yang diuji.
Ujian dilaksanakan bagi semua matapelajaran dan diadakan sebulan sekali agi mengukur kelemahan-kelemahan murid dalam matapelajaran-matapelajaran tertentu. Ujian ini hanya dilaksanakan mengikut kemahiran-kemahiaran tertentu dalam matapelajaran-matapelajaran yang diuji.
b)
Peperiksaan penggal/semester.
Peperiksaan diadakan bagi kesemua matapelajaran. Peperiksaan ini dilaksanakan bagi mengukur tahap penguasaan murid dalam kesemua matapelajaran yang dipelajari dalam sesuatu penggal persekolahan. Keputusan peperiksaan inilah yang akan menentukan kedudukan kelas murid pada tahun peralihan mereka.
Cara pelaksanaan ujian/peperiksaan
Setiausaha Peperiksaan Dalaman menyediakan jadual ujian/peperiksaan dan
dilaksanakan secara berpusat. Tatacara pengendalian ujian/peperiksaan diedarkan
kepada semua guru dan kelas.Masa yang diperuntukkan adalah berdasarkan Lembaga
Peperiksaan untuk peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman adalah :-
mengikut kesesuaian terhadap suatu matapelajaran dan dipersetujui dalam
mesyuarat panitia.
Pusat Sumber Sekolah
Dipertanggungjawabkan di bawah kelolaan seorang guru penyelaras dan dibantu
oleh beberapa orang guru lain. Masing-masing diberikan agihan tugas supaya
Pusat Sumber Sekolah dapat berfungsi dengan baik dan efisyen.
Kelas Tambahan
Cuma terdapat satu kategori kelas tambahan iaitu :-
a) Kelas tambahan peperiksaan UPSR
Diadakan hanya bagi kelas peperiksaan iaitu tahun 6.
Program Motivasi
a) Motivasi Perkampungan UPSR
Dilaksanakan sekali pada setiap tahun iaitu pada bulan Ogos. Perkampungan ini dilaksanakan bagi membantu murid-murid tahun 6 untuk lebih yakin dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal dihadapi pada bulan September.
Kelas Pemulihan
Diberikan kepada murid-murid tahap 1 dan 2 yang terlalu lemah mengikuti kelas
biasa. Murid yang mengikuti kelas pemulihan ini akan diasingkan pada waktu
P&P Bahasa Melayu dan diajar oleh seorang guru lain.
Kelas
pemulihan matapelajaran Matematik (PROBIM) dijalankan bagi kelas yang mempunyai
kebolehan sederhana dalam Matematik.
Analisa Kehadiran
Analisa kehadiran pelajar
dilakukan oleh guru-guru kelas. Pelajar yang ponteng akan diberi surat amaran
dan disusuli oleh surat gantung jika ketidakhadiran mereka ke sekolah
berterusan.
Bank Soalan
Pembuat soalan
ujian/peperiksaan perlu menghantar 5 salinan soalan kepada panitia yang
berkaitan. Ketua Panitia pula perlu menyerahkan 3 salinan kepada pusat sumber
dan 1 salinan kepada Ketua Bidang dijadikan bank soalan. Sementara ketua
panitia sendiri perlu menyimpan 1 salinan untuk tujuan yang sama. Selain itu,
pembuat soalan juga perlu membuat analisa item dan masukkan soalan terpilih ke
dalam komputer.
Hari Ucapan dan Penyampaian
Hadiah
Diadakan untuk menghargai para pelajar yang cemerlang dalam bidang
kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Diharap dengan penghargaan ini akan dapat
memberikan motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang di masa hadapan.
Kursus
a) Kursus
Luaran
Kursus bestari yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berterusan melatih guru-guru bestari. Pihak sekolah juga menghantar guru-guru bagi mengikuti kursus skema pemarkahan bagi matapelajaran peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Sabah di peringkat negeri
b) Kursus
Dalaman
Guru-guru terus diberikan kursus berkaitan dengan bestari dan IT dari semasa ke semasa.
Sementara guru-guru yang telah mengikuti kursus skema pemarkahan pula mengadakan kursus dalaman kepada gura-guru dan pelajar-pelajar di sekolah.
Buku Rekod Mengajar
Semua guru
wajib menghantar buku rekod mengajar setiap hari Isnin dan Jumaat untuk tujuan
penyemakan.
