KOKURIKULUM
PENGENALAN
Proses pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja
berlaku di bilik darjah malah kegiatan ko-kurikulum juga merupakan proses
pembelajaran tidak formal dan dianggap penilaian yang juga penting untuk
mengukur tahap kecemerlangan pelajar. Kegiatan ko-kurikulum merupakan amalan
yang mengandungi nilai-nilai murni, pembinaan sahsiah, rohani dan jasmani
pelajar seterusnya dapat membentuk pelajar yang seimbang dan bersesuaian dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Menerusi kegiatan ini, pelajar digalakkan membina
daya kepemimpinan, berdikari, berpersatuan, menjalin perpaduan serta
berinteraksi. Penglibatan pelajar adalah meliputi gerak kerja Rumah Sukan,
Kelab Permainan, Persatuan Akademik dan Pasukan Pakaian Seragam.
MOTTO KO-KURIKULUM
"Ko-Kurikulum Ke Arah Kecemerlangan"
merupakan motto bagi kegiatan ko-kurikulum sekolah ini. Motto ini bersesuaian
dengan matlamat kerajaan melalui Falsafah Pendidikan Negara yang ingin
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi 'JERI'. Kesinambungan apa yang
dipelajari di kelas dapat diteruskan oleh pelajar dalam gerak kerja
ko-kurikulum sesuai dengan minat, bakat dan kebolehan pelajar. Di samping itu
melalui aktiviti luar kelas ini dapat memperlihatkan perbezaan individu pelajar
yang ketara untuk dikesan dan dinilai oleh setiap guru.
i.
Menyeimbangkan antara perkembangan mental
(akademik) dengan jasmani, sosial emosi dan jasmani pelajar.
ii.
Pengukuhan interaksi dan intergrasi di kalangan
pelajar sekolah.
iii.
Meningkatkan minat, bakat, kemahiran dan daya
kepimpinan pelajar.
iv.
Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian
dan pemupukan nilai-nilai murni.
v.
Pengukuhan dan pengayaan tentang perkara-perkara
berfaedah di samping membina kesejahteraan diri.
vi.
Pengukuhan sijil akademik dengan sijil
ko-kurikulum.
Biasanya aktiviti yang dijalankan dilakukan melalui
perancangan takwim persatuan yang melibatkan aktiviti pengujian dari bilik
darjah seperti aspek projek kumpulan, pertandingan kuiz, pidato, perbahasan,
membuat BBM, tayangan video, projek mengendalikan kawasan sekolah, tilawah
al-Quran, menyertai pertandingan, menganjur aktiviti pertandingan semasa Hari
Perkhemahan Ko-kurikulum dan belajar sambil melawat. Secara tidak langsung
gerak kerja ini dapat memberi peluang kepada pelajar menambah ilmu pengetahuan
di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua aspek.
Aktiviti yang dilaksanakan juga berdasarkan takwim.
Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti mempelajari teori permainan,
undang-undang permainan, tayangan video, latihan dan kaedah bermain, menyertai
pertandingan permainan peringkat MSSDG, MSSBT, dan seterusnya ke peringkat yang
lebih tinggi. Di samping itu, pada Hari Perkhemahan Ko-kurikulum, kelab
permainan juga merupakan salah satu bahagian penganjur aktiviti pertandingan.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti ini dapat
meningkat kemahiran dan skil di samping dapat mengisi masa lapang secara
berfaedah serta membina kesihatan mental dan fizikal pelajar-pelajar.
PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
Pertandingan dalam semua aktiviti pertandingan yang
dianjurkan pada hari perkhemahan seperti pertandingan kawad kaki, pertandingan
khemah, pertandingan memasak, pertandingan akademik, permainan, kuiz dan
lain-lain lagi. Ada
juga pasukan yang menjalankan aktiviti perkhemahan sendiri/gabungan sebelum
Hari Perkhemahan Ko-kurikulum sekolah.
Aktiviti luar kelas ini adalah bertujuan untuk
memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran, pengetahuan am, dan
pengalaman mengenai cara hidup berdisiplin, berdikari, bekerjasama, berani,
kerajinan dan sebagainya, yang mana nilai-nilai ini nantinya akan menjadi
panduan kepada pelajar apabila mereka kembali kepada masyarakat.
Biasanya aktiviti-aktiviti yang
dijalankan melibatkan pengajaran aspek-aspek teori dan amali. Salah satu
aktiviti wajib dalam Pasukan Pakaian Seragam ini ialah aktiviti kawad kaki. Setiap tahun semua Pasukan
Pakaian Seragam akan mengikuti pertandingan perbarisan semasa Hari Sukan
Tahunan Sekolah dijalankan. Bagi pelajar-pelajar yang terbaik dalam kawad kaki
akan diambil untuk menyertai pasukan perbarisan sekolah ke pertandingan lintas
hormat semasa Kejohanan Olahraga MSSDG berlangsung.
Setiap Pasukan Pakaian Seragam
akan menyertai Hari Perkhemahan Ko-kurikulum sebagai peserta
Sekolah di bawah Setiausaha
Sukan Sekolah berjaya menganjur pertandingan merentas desa, sukan tahunan
sekolah di antara empat rumah sukan setiap tahun. Rumah sukan yang mengambil
bahagian ialah Rumah Sukan Biru, Rumah Sukan Merah, Rumah Sukan Kuning dan
Rumah Sukan Hijau.
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains & Matematik
- Kemahiran Hidup
- Pendidikan Islam
- IPendidikan Seni Visual
- Kajian Tempatan
- Kelab Muzik
PENGENALAN
Peningkatan prestasi akademik sesebuah sekolah adalah hasil daripada perancangan
dan pelaksanaan kurikulum yang sistematik. Sepanjang tahun, Bahagian Pengurusan
Kurikulum merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menjamin
kecemerlangan yang berterusan. Penekanan diberikan kepada tahun 6 memandangkan mereka akan menghadapi
peperiksaan UPSR. Di samping itu kelas yang mengambil ujian dan peperiksaan
dalaman sekolah juga tidak diketepikan. Hasil gabungan mereka ini diharap akan
dapat meneruskan kecemerlangan akademik dan seterusnya mengharumkan lagi nama sekolah.