லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN


1.            Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah

2.            Merekodkan segala kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman/denda yang dikenakan ke atas murid-murid.

3.            Menjadi Penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah

4.            Membantu Guru Besar dalam menentukan supaya peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya

5.            Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga Pengawas Sekolah serta merujukkannya kepada Guru Besar, jika perlu

6.            Membantu Guru Besar dalam mengesan kesalahan-kesalahan besar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara ataupun pembuangan sekolhah. Beliau juga dikehendaki mengesahkan kesalahan-kesalahan itu.

7.            Sentiasa berhubung rapat dengan guru bimbingan dan kauseling untuk menyelesaikan masalah-masalah murid dan juga dalam membantu menyelesaikan murid-murid yang bermasalah.

8.            Sentiasa berusha untuk menanamkan semangat patuh kepada arahan-arahan sekolah di kalangan murid-murid.

9.            Bekerjasama dengan guru-guru bertugas mingguan/harian dan Lembaga Pengawas Sekolah untuk tujuan menguruskan kawalan murid-murid pada hari perhimpunan dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah

10.          Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah

11.          Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.