லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

HAL EHWAL MURID

HAL EHWAL MURID
MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID
  • Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dab menyuburkan potensi kepimpinan.
OBJEKTIF
  • Memahami konsep dan peranan seta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
  • Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
  • Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.
PENGENALAN
Bahagian Hal Ehwal Murid merupakan satu cabang penting dalam pentadbiran sesebuah sekolah.  Selain berperanan dalam soal-soal yang berkaitan dengan kebajikan murid, bahagian ini juga berfungsi menyelaraskan bahagian-bahagian yang bernaung di bawahnya. Kefahaman terhadap fungsi sebenar bahagian HEM amat penting bagi semua guru kerana kebajikan murid dan segala permasalahan yang timbul berkaitan dengan murid perlu ditangani dengan bijaksana. Perlu juga ditegaskan bahawa kelancaran dan keberkesanan bahagian ini mendokong kuat ke arah merealisasikan matlamat pendidikan di negara kita. Laporan tahunan bahagian HEM setidak-tidaknya dapat dijadikan panduan kepada semua guru untuk memahami dan melaksanakan tugasan khususnya tugasan yang berhubung dengan bahagian ini.

MATLAMAT BAHAGIAN HEM SK BERPUSAT BUM-BUM
      i.        Membantu Guru Besar dalam pentadbiran yang berkaitan dengan kebajikan murid dan menyelesaikan permasalahan yang timbul di kalangan murid khususnya dalam soal disiplin dan peraturan.
    ii.        Membantu dan menyelaraskan bahagian-bahagian yang bernaung di bawah HEM agar setiap bahagian bergerak dengan lebih berkesan dan berkualiti tinggi.
   iii.        Membantu Guru Besar dalam aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
   iv.        Memastikan semua murid menikmati perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan mereka.
     v.        Memastikan disiplin dan peraturan sekolah dalam keadaan yang memuaskan dan terkawal.


BIDANG TUGAS BAHAGIAN HEM

        i.            Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan soal disiplin murid dan menentukan bentuk tindakan yang perlu diambil.
      ii.            Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa dan bantuan am, pendaftaran pelajar, dan insuran perlindungan murid. 
    iii.            Membuat analisa kehadiran murid secara bulanan, penggal dan tahunan.
   iv.            Menyemak buku kedatangan pelajar dan fail demerit murid, menghantar analisa kehadiran murid dan salah laku ke Bahagian HEM Kota Kinabalu secara bulanan.
     v.            Menyelaraskan penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah, aktiviti kesihatan dan kebersihan murid serta menguatkuasakan peraturan sekolah.
   vi.        Melaksanakan arahan dan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan oleh Guru Besar.

BADAN-BADAN UTAMA DI BAHAGIAN HEM

1.    Lembaga Disiplin Sekolah.
a.     Memastikan segala peraturan dan disiplin sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi oleh murid.
b.     Memastikan penerapan nilai-nilai murni di kalangan murid dilaksanakan dengan berkesan.
c.     Menasihati Lembaga Disiplin Sekolah dan pengawas dalam melaksanakan tanggungjawab.
d.     Mengambil tindakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan terhadap kes salah laku di kalangan pelajar.
e.     Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin murid.  

2.   Skim Pinjaman Buku Teks.

a.      Menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku-buku teks.
b.     Mengurus data-data penerima, mengawal buku-buku stok, bilik atau stor buku teks.
c.     Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.

3.   Pengurusan Asrama.
a.     Menentukan kemasukan dan penempatan murid di asrama.
b.     Membantu pentadbiran memilih dan menyelia warden serta penyelia asrama.
c.     Memastikan kebersihan diselia dan mewujudkan keceriaan asrama.
d.     Menyelaras waktu belajar dan keselamatan asrama.
e.     Mengurus kebajikan, kesahsiahan dan disiplin penghuni asrama.



4.   Biasiswa dan Bantuan Am.
a.      Menubuhkan panel pemilihan dan menapis penerima biasiswa.
b.     Menyelenggarakan biasiswa dan bantuan am.
c.     Mengemaskini rekod biasiswa kepada murid.

5.Pendaftaran Sekolah.

a.     Memastikan pengendalian pendaftaraan murid ke Tahun 1 ke kelas yang ditentukan.          
b.     Merekod data dan maklumat murid sebagai sumber rujukan.
c.     Mendaftar murid secara sistematik dalam buku rekod pendaftaran dan memberi bilangan atau nombor pendaftaran.

6.   Bimbingan Dan Kaunseling/Kerjaya.

a.      Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
b.     Menyelaras dan menyediakan rekod murid bagi tujuan bimbingan dan kaunseling.
c.      Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi murid baru.
d.     Mengundang penceramah bagi tujuan kaunseling dan kerjaya.

7.Insuran Perlindungan Pelajar.

a.     Memastikan setiap murid berdaftar di sekolah ini mempunyai polisi perlindungan insuran.
b.     Mengurus pembayaran yuran takaful oleh murid kepada Syarikat Takaful Malaysia.
c.     Mengurus tuntutan yang berkaitan kepada Syarikat Takaful Malaysia jika berlaku sebarang kemalangan ke atas murid.

8.   Kelab Staf.

a.      Merancang aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi staf sekolah.
b.     Menjaga kebajikan staf sekolah.
c.     Menerima dan menyambut pelawat dan luar.

SISTEM PENGURUSAN HEM

        i.     Sistem pengurusan HEM SJKT LL adalah berasaskan kepada arahan yang dikeluarkan oleh Bahagian HEM di Jabatan Pelajaran Johor.. Bahagian HEM akan diuruskan oleh seorang guru Penolong Kanan yang dilantik oleh Jabatan atau lantikan guru besar dan bertanggungjawab menguruskan hal ehwal murid.

      ii.            Penolong Kanan HEM akan menyelaraskan setiap bahagian bergerak dengan program dan perancangan masing-masing. Setiap bahagian di bawah HEM mempunyai seorang guru yang dilantik khas mengetuai bahagian masing-masing.

    iii.            Mesyuarat awal sesi diadakan oleh Penolong Kanan HEM dengan guru-guru yang dilantik bagi mewakili bahagian masing-masing. Segala maklumat dan arahan daripada bahagian HEM JPNJ akan disampaikan melalui surat ataupun taklimat.

   iv.        Penolong Kanan HEM akan memeriksa setiap fail bahagian-bahagian yang bernaung di bawahnya untuk memastikan pengurusan berjalan dengan teratur. Pemeriksaan dijalankan secara bulanan dan akhir tahun. Setiap bahagian bertanggungjawab menyediakan laporan separuh penggal dan akhir tahun.

     v.        Penolong Kanan HEM juga bertanggungjawab menganalisa kehadiran pelajar pada setiap hujung bulan bagi kehadiran harian dan kelas tambahan. Ini bertujuan untuk memastikan kes-kes ponteng sekolah akan dikenalpasti atau dibendung puncanya serta mencari jalan mengatasinya.

PROGRAM KELAS TAMBAHAN


Program ini sebenarnya terletak di bawah pentadbiran kurikulum sekolah, namun bahagian HEM bertanggungjawab memastikan kehadiran pelajar dalam program ini memuaskan dan sempurna. Program kelas tambahan biasanya akan bermula pada penggal kedua persekolahan sehingga bulan September sesi berkenaan. Program kelas tambahan ini diadakan khusus untuk kelas-kelas peperiksaan sahaja iaitu kelas UPSR.