லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

SENARAI TUGAS GURU DATA

SENARAI TUGAS GURU DATA

Peringkat                        : Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan                           : Guru Data Sekolah DG41/DGA32/DGA29
Waktu Bertugas               : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi waktu
     bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi)


1.       Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua (PGB).

2.       Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah  yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat  Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.

a)       Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:
                                                               i.      Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;
                                                             ii.      Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
                                                            iii.      Staf bukan guru;
                                                           iv.      Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
                                                             v.      Pendaftaran PTK;
                                                           vi.      Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

b)       Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks dll.

c)       Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.

d)       Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah  bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.


3.       Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah.

4.       Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS).

5.       Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH

Adalah menjadi tanggungjawab Guru Data:

1.       Mengemas kini data EMIS Online.

2.       Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.

3.       Memastikan data disemak dan disahkan.

4.       Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh: catatan atau alasan bagi turun/naik (perubahan) data enrolmen dan ditentu sah oleh GPK1 selaku Pengurus Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke PPD.

5.       Memastikan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS Online disemak dan disahkan oleh PGB sebelum dihantar ke PPD.

6.       Menyimpan dengan baik segala dokumen (bahan bercetak atau elektronik) berkaitan pengurusan data EMIS Online.

7.       Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat sekolah dengan baik. Segala kerosakan peralatan/perisian/talian internet hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Maklumat, PPD dengan segera supaya kutipan data tidak terganggu.

8.       Membuat salinan backup data pada setiap kutipan melalui proses muat turun dan menyimpan disket backup dengan baik.

9.       Jika berlaku kerosakan komputer /talian internet segala urusan kemas kini hendaklah dilakukan di sekolah berhampiran/PKG/PPD/JPN/KPM.

10.   Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan data disimpan di tempat yang selamat kerana ia merupakan bahan terkawal dan sulit.


PROSEDUR PENYERAHAN DATA KUTIPAN SEKOLAH

  1. Ralat data yang berkaitan yang dipapar dari aplikasi Utiliti Semak Ralat Data Online dibersihkan.

  1. Pihak sekolah menyerahkan Cetakan Semak Ralat Data Online kepada JU atau Pegawai Maklumat Daerah yang telah disahkan PGB/PK1.

  1. Pihak sekolah perlu mengesahkan data sekolah, catatan/alasan naik/turun (perubahan) data enrolmen, dan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS Online.

SENARAI SEMAK EMIS

Berikut adalah senarai bahan berkaitan EMIS yang perlu ada di sekolah:

  1. Fail EMIS sekolah
  2. Cetakan Analisa data kutipan Januari, April, Jun dan Oktober tahun semasa.
  3. Sistem Utiliti Semak Ralat Data Online terkini
  4. Manual Pengguna Utiliti EMIS Online terkini
  5. Buku Definisi Variabel EMIS Online terkini
  6. Kemaskini data dari masa ke semasa.
  7. Muat turun data EMIS Online sekolah setiap akhir bulan.
  8. Koleksi disket arkib kutipan-kutipan terdahulu
  9. Koleksi Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang terdahulu yang dicetak dari aplikasi EMIS .

TUGAS GURU DATA SEBAGAI SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)

  1. Memastikan data dalam bentuk soft copy serta bercetak yang disediakan setelah disemak, dan ditentu sah bagi menghasilkan data dan maklumat yang berkualiti, sahih dan menepati masa.

  1. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Maklumat Sekolah (pengantara) dalam rangkaian maklumat antara sekolah, PPD, JPN dan KPM.

  1. Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan peringkat sekolah.



  1. Memastikan mesyuarat JMPS dilakukan pada akhir bulan Januari, April, Jun dan Oktober (kutipan perdana) iaitu sebelum data EMIS Online dimuat turun oleh PPD / JPN / KPM.
GARIS PANDUAN PENYELENGGARAAN EMIS PERINGKAT SEKOLAH

AKTIVITI
PROSES
TINDAKAN
RUJUKAN
Taklimat/
Penjelasan

Menghadiri taklimat berkaitan dengan EMIS Online
Pengetua/     Guru Besar
Surat arahan
Kemasukan dan pengemas –kinian data sekolah
1)      memasukkan dan mengemas kini data
2)      membuat semakan menggunakan aplikasi Utiliti dan Verifikasi Asas
3)      membetulkan ralat data yang berkaitan yang dipapar
4)      menyediakan catatan atau laporan ralat terutama tentang turun/naik maklumat enrolmen untuk dihantar ke PPD
5)      memastikan data yang tersimpan dalam komputer di sekolah adalah data terkini yang telah dikemas kini dan diperbaiki selepas verifikasi terakhir dijalankan  

Maklumat Sekolah
Profil Am
Pengurusan Sekolah
Kedudukan Sekolah
Kawasan
Bangunan
Bilik-bilik di sekolah
Kuarters Guru
Peralatan
Kemudahan Sukan
Tandas
Kenderaan
Tempat letak kenderaan

Maklumat Asrama
Bangunan Asrama
Bilik-bilik Asrama
Peralatan


Maklumat Staf (Guru & Bukan Guru)
Maklumat Peribadi
Perkhidmatan
Tugas Khas
Tarikh-tarikh
Kelulusan Akademik
 Kelulusan Ikhtisas
Guru Data
































Guru Data dan Pembantu Tadbir
Manual Definisi Variabel EMIS Online












Dokumen berkaitan:
- pelan sekolah: keluasan sekolah, bilangan dan, kegunaan bilik, bilangan blok, jenis padang/ gelanggang dll.
- penubuhan sekolah
- penyerahan sekolah
- geran tanah
- keadaan bangunan dari JKR
dll.




Pelan asrama
- bilangan dan kegunaan bilik
- bilangan blok
- jenis padang/ gelanggang
dll.

Fail Peribadi Guru dan staf
Dokumen berkaitan:
- sijil akademik
- sijil ikhtisas
- jadual waktu peribadi
dll.
AKTIVITI
PROSES
TINDAKAN
RUJUKAN








































Kokurikulum
Bukan Guru
Latihan Dalam Perkhidmatan/PTK
Elaun
Mata pelajaran Ajar
Sejarah Perkhidmatan

1)       menyediakan nota penerangan ringkas untuk
dilampirkan bersama borang pengisian/ pengemaskinian maklumat
2)      mengagihkan borang dan jadual yang berkaitan kepada mereka yang berkenaan
3)      menjelaskan cara mengisi borang/jadual tersebut dengan betul dan tepat
4)      memaklumkan tarikh mengumpul semula borang tersebut
5)      memastikan borang-borang berkenaan telah diterima dan diisi dengan lengkap
6)      memasukkan dan mengemaskinikan  data dalam EMIS Online

Maklumat Enrolmen
Enrolmen Murid dan Bilangan Kelas
Bilangan Murid Yatim
Bilangan Murid Intervensi 3M
Maklumat Murid Thn. 1 dari Prasekolah Tahun Lepas
Bilangan Murid Khas
Bilangan Murid dan Kelas Mengikut MP Elektif-KBSM/ Tambahan KBSR
Bilangan Murid POL
Bilangan Murid ke Tingkatan Peralihan/Tingkatan 1
Enrolmen Murid Tahun 1 dari/tanpa Prasekolah
Bilangan Murid Beragama Islam
Bilangan Murid Mengulang
Bilangan Pemegang Biasiswa
Bilangan Penghuni Asrama
Bilangan Murid Mendaftar Tahun 1
Bilangan Murid Cicir (Berhenti sekolah dan tidak meneruskan pelajaran)
Bilangan Murid Cicir (Berhenti sekolah dan  meneruskan dalam sistem lain)
Bilangan Warga Negara Asing
Kelas Cantum























Guru Data





















PK HEM
Penyelaras/Guru Tingkatan
Guru Panitia/Bidang MP

Dokumen berkaitan:
-       Rekod/Jadual Kehadiran Murid setiap Tahun/ Tingkatan
-       senarai murid contoh:
menerima biasiswa, yatim, mengikut subjek elektif, Islam, mendaftar Tahun/Ting. 1, warganegara asing dll.


AKTIVITI
PROSES
TINDAKAN
RUJUKAN









Penghantaran data sekolah ke PPD
1)      mengemaskini data berdasarkan dokumen yang berkaitan
2)      membuat semakan menggunakan aplikasi Utiliti dan Verifikasi Asas
3)      menganalisis naik/turun (perubahan) data seperti yang terdapat dalam output kuiri Verifikasi Asas
4)      menyediakan catatan/alasan bagi maklumat dalam 3)

1)      melakukan muat turun data ke dalam disket untuk keselamatan data.
2)      mencetak Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah.
3)      mendapatkan tandatangan pengesahan daripada PK1 dan Pengetua/Guru Besar dalam Laporan yang dicetak.
4)      melakukan proses muat turun dalam disket.
5)      melabelkan disket serta tarikh kutipan dan disimpan ditempat khas.
6)      menyerahkan data sekolah bersama Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS serta catatan naik/turun enrolmen ke PPD.
7)      melaporkan segala masalah berkaitan Pengurusan data kepada Pegawai Maklumat Daerah di PPD.











Guru Data