PERATURAN SJK TAMIL
LANADRON,PANCHOR
BAHAGIAN
A : PENGENALAN DISIPLIN
1
. DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai:
“…….kesanggupan seseorang individu menghormati dan
mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan
kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau
membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain,
kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menganggu kepentingan
orang lain, kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan
mempunyai semangat tolong-menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia
ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat .”
2 . MATLAMAT DISIPLIN
Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebagai manusia yang dapat
memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan. Disiplin diri bagi
setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia
yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal, dan progresif.
Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta
mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.
3 . PRINSIP – PRINSIP ASAS DISIPLIN
Disiplin di
sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut:
v
Keadilan dan layanan sama rata
v
Pertimbangan minat dan keperluan pelajar
v
Kebebasan tertakluk kepada undang-undang
v
Amalan menghormati seseorang individu
v
Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan
berharmonis
v
Perpaduan masyarakat dan Negara
4.
TUJUAN
·
Untuk memupuk semangat dan perasaan
kepunyaan terhadap sekolah
·
Untuk Menggalakkan pelajar membina
peribadi dan akhlak yang baik dan murni
·
Untuk menanam semangat berdisiplin di
kalangan pelajar
·
Untuk memupuk semangat setiakawan,
kerjasama dan perasaan tanggungjawab di kalangan pelajar-pelajar
·
Untuk memupuk semangat bermasyarakat di
kalangan warga sekolah
- Untuk melahirkan warganegara yang benar-benar
bertanggungjawab kepada agama, bangsa, tanah air, ibubapa, guru, sekolah
dan diri sendiri
BAHAGIAN B : PERHUBUNGAN PELAJAR
1. PERHUBUNGAN
PELAJAR DENGAN PELAJAR
Pelajar mestilah menunjukkan dan
mengekalkan persahabatan dan muhibah di antara pelajar di dalam dan di luar
sekolah.
Pelajar kelas atas hendaklah memberi
nasihat dan bimbingan kepada pelajar kelas bawah.
Pelajar mestilah menunjukkan dan
mengamalkan gerak-geri dan tutur bahasa yang sopan dan mulia dalam segala
perhubungan.
Pelajar hendaklah bekerjasama dalam
segala bidang kegiatan pelajar, persatuan, olahraga dan sebarang usaha
kebajikan.
Tindakan tatatertib akan diambil
sekiranya ada pelajar yang mengganggu atau mengancam kebebasan pelajar lain,
menjatuhkan maruah mana-mana pelajar lain, di khalayak ramai.
2. PERHUBUNGAN
PELAJAR DENGAN PENGAWAS
Pelajar mestilah menganggapkan semua
pengawas sekolah sebagai ketua pelajar dan hendaklah mematuhi segala arahan
yang diberikan. Pengawas-pengawas adalah wakil Guru Besar dalam pengawalan
disiplin sekolah.
Pelajar hendaklah menghormati semua
pengawas dan tindakan tatatertib akan diambil sekiranya ada mana-mana pelajar
yang cuba
melawan secara fizikal atau menggunakan perkataan-perkataan, mencemar atau
menjatuhkan maruah pengawas-pengawas sekolah.
Pelajar digalakkan meminta nasihat dan
pertolongan daripada pihak pengawas sekiranya terdapat sebarang masalah.
Pengawas-pengawas hendaklah menjalankan
tugas penuh rasa tanggungjawab seperti yang diarahkan. Pengawas-pengawas
dipertanggungjawabkan untuk memastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan
sekolah, ketertiban dan kesopanan pelajar.
Pengawas-pengawas berhak:-
i. Menegur
/ melarang kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
ii. Menahan
pelajar / kenderaan pelajar yang melanggar peraturan-peraturan sekolah.
iii. Mencatat
nama dan butir-butir mengenai pelajar yang melakukan kesalahan.
iv. Memberi
nasihat dan membetulkan sebarang kesilapan
pelajar.
v. Membuat
laporan kepada pihak sekolah.
vi. Merujukkan
mana-mana pelajar yang melakukan kesalahan kepada guru-guru / Guru Disiplin/
Guru Besar.
3. PERHUBUNGAN
PELAJAR DENGAN GURU
Pelajar mestilah menghormati semua guru
(sama ada mengajarnya atau tidak) dalam semua keadaan, tempat dan masa.
Pelajar mestilah mematuhi segala arahan
guru di dalam atau di luar bilik darjah.
Pelajar hendaklah menunjukkan peribadi
yang mulia (gerak-geri dan tutur kata yang sopan) semasa berhadapan dengan guru
pada sebarang tempat dan masa.
Semua pelajar digalakkan menemui
guru-guru berkenaan jika terdapat sebarang masalah, berbincang dengan terus
terang dan sanggup menerima nasihat-nasihat yang berfaedah. (Guru dengan
pelajar pada masa yang ditetapkan).
Pelajar henedaklah memandang guru-guru
sebagai tempat untuk mendapat bimbingan pelajar, pendidikan peribadi yang baik
dan bantuan-bantuan serta nasihat-nasihat dalam segala gerak kerja.
Pelajar mesti mengucap salam apabila
bertemu dengan Guru/ Guru Besar/ Penolong Kanan sama ada di dalam atau di luar
kawasan sekolah.
4. PERHUBUNGAN
PELAJAR-PELAJAR DENGAN MASYARAKAT
Semua pelajar dikehendaki sentiasa
berkeadaan insaf dan bertanggungjawab menerima dan mematuhi Undang-undang
Negara, Rukunegara dan Tatasusila bangsa
Pelajar-pelajar hendaklah menunjukkan
peribadi yang mulia semasa berhadapan dengan orang-orang yang lebih tua dan
berlemah lembut dengan orang-orang yang lebih muda
Pelajar-pelajar digalakkan mendampingi
masyarakat dalam semua kegiatan kebajikan yang tidak mengganggu perkembangan
pelajaran dan pendidikan.
Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa
bertanggungjawab menjaga dan meningkatkan nama baik sekolah ini.
BAHAGIAN C : PERATURAN-PERATURAN
AM
1. PAKAIAN ( Pek. Bil. 9/75( c
), 4/76 ) – Sila rujuk Lampiran
Hendaklah mematuhi peraturan
yang diluluskan oleh Kementerian pendidikan Malaysia .
1.1. Pelajar
Lelaki
1.1.1. Semasa
di sekolah dimestikan memakai pakaian seragam sekolah. Pelajar mesti memakai
seluar panjang biru gelap dengan kemeja putih. Pengawas diwajibkan memakai baju
kemeja warna biru muda dan seluar panjang berwarna biru gelap.
1.1.2. Pelajar
lelaki yang memakai kemeja lengan panjang, hendaklah membutangkan di hujungnya.
1.1.3. Seluar-seluar
yang tidak kemas, tidak sopan dan ketat tidak boleh dipakai sama sekali.
Panjang seluar mesti melebihi buku lali, apabila berdiri tegak. Semua pelajar
dikehenedaki memakai sarung kaki putih. Sarung kaki berbelang tidak dibenarkan.
1.1.4. Tali
pinggang hanya boleh dipakai dalam warna perang/hitam sahaja. Kepala tali
pinggang mestilah tidak melebihi saiz 4x3sm, tidak berukir atau berhias, lebar
tali pinggang antara 2 hingga 3 sm.
1.1.5. Pelajar
lelaki diwajibkan memakai tali leher.
1.2. Pelajar
Perempuan
1.2.1. Pakaian
seragam pelajar perempuan ialah kain dan baju putih. Pelajar dilarang
memakai :
v
Baju dan kain yang jarang dan nipis
v
Kain yang singkat ( atas dari buku lali
)
v
Kain yang ketat, jenis berselisih dan
`A line `
1.3. Pakaian
Seragam Pengawas Sekolah
1.3.1.
Pengawas
Lelaki
a.
Baju biru lengan panjang
b.
Seluar panjang berwarna biru gelap
c.
Lencana pengawas dan bertali leher
d.
Kasut kulit hitam
e.
Stokin berwarna hitam
f.
Tali pinggang warna hitam.
g.
Songkok hitam.
1.3.2 Pengawas Perempuan.
a.
Blaus berlengan panjang warna biru
b.
Kasut kulit hitam
c.
Stokin berwarna hitam
d.
Lencana pengawas dan bertali leher bagi
yang bukan Islam.
1.4. Semua
Pelajar
1.4.1. Semua
pelajar dimestikan memakai lencana sekolah di sebelah kiri dan lencana nama di
sebelah kanan baju/mini telekung , pada setiap masa berada di sekolah.
1.4.2. Mesti
memakai kasut putih kanvas kecuali pengawas sekolah yang dimestikan memakai
kasut kulit hitam. Selipar tidak dibenarkan kecuali kaki cedera atau
sebagainya.
1.4.3. Topi,
pakaian jenis jeans dan jaket jeans tidak boleh digunakan di kawasan sekolah
semasa persekolahan.
1.4.4. Tidak
dibenarkan memakai sebarang jenis barang kemas seperti gelang, cincin, subang,
rantai dan lain-lain, kecuali untuk tujuan keagamaan dan mesti mendapat surat kebenaran ibu-bapa.
1.4.5. Tidak
dibenarkan menghias muka dengan solekan.
1.4.6. Ditegah
menyimpan kuku panjang/mewarnakan kuku.
1.4.7. Pelajar
dilarang mendedahkan dada dengan tidak membutangkan baju (Lelaki/ Perempuan )
1.4.8. Pelajar
ditegah membuat tatu pada mana-mana bahagian badan (Peraturan Lengkap : Sila
Rujuk Buku Panduan Salah Laku Dan Hukuman)
2. PENDIDIKAN
JASMANI
2.1. Semasa
latihan jasmani , semua pelajar mesti berada di padang / gelanggang dengan pakaian sukan
selewat-lewatnya 5 minit setelah loceng berbunyi dan berada semula di kelas 5
minit sebelum loceng berbunyi.
2.2
Pakaian Pelajar Lelaki
2.2.1
Seluar panjang/pendek berwarna gelap/track
suit
2.2.2
Baju ‘T’ berlambang sekolah
2.2.3
Berkasut sekolah
2.3
Pakaian Pelajar Perempuan
2.1.1. Seluar
panjang berwarna gelap/track suit
2.1.2. Baju
T` berlambang sekolah
2.1.3. Berkasut
sekolah
3. RAMBUT
( Pek. Bil. 2/76 ) – Sila Rujuk lampiran A
3.1 Lelaki
Setiap pelajar dilarang berambut panjang . Semua
pelajar dikehendaki memotong rambut mengikut saiz 4,2 seperti yang dipersetujui
Jawatankuasa PIBG.
3.1.1
Di belakang 2 - Saiz
2
3.1.2
Di depan 4 - Saiz 4
3.1.3
Di sebelah tepi - Saiz 2
3.1.4
Di atas - Saiz 4
3.1.5
Misai dan janggut - Pelajar lelaki
tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut atau keduanya .
3.2 Pelajar
Perempuan Bukan Islam
Bagi pelajar perempuan bukan Islam rambut hendaklah jangan jatuh
sehingga ke bahu. Ikatan rambut sebagai tocang ( plait ) atau ponytail
dibenarkan. Pelajar yang berambut panjang hendaklah mengikat rambut dengan
reben biru/putih.
4. WAKTU
PERSEKOLAHAN
4.1. Waktu
persekolahan bagi pelajar-pelajar adalah seperti dinyatakan dalam Jadual Waktu
Sekolah
4.2. Semua
pelajar dimestikan hadir ke sekolah selewat-lewatnya lima minit sebelum loceng pertama dibunyikan
4.3. Semua pelajar yang menghadiri aktiviti kokurikulum sekolah mestilah
hadir sekurang-kurangnya lima
minit sebelum aktiviti itu bermula
4.4. Pelajar
mesti berada dalam kawasan sekolah
sebelum pukul 7.20 pagi
4.5. Pelajar
yang sampai ke sekolah selepas masa yang telah ditetapkan dianggap lewat dan tindakan sewajarnya akan
dikenakan
4.6. Bagi pelajar yang datang lewat ke sekolah sebanyak tiga kali
berturut-turut atau lebih akan dibawa ke pengadilan Lembaga Pengawas/Lembaga
Disiplin. Hukuman yang sesuai akan dikenakan
5. MASA
PULANG
5.1. Pelajar
tidak boleh pulang sebelum arahan diberi/loceng akhir dibunyikan. Semua pelajar
dikehendaki keluar dari kelas dengan tidak membuat bising.
5.2. Pelajar-pelajar
hendaklah mematuhi arahan pengawas-pengawas bertugas semasa di tempat
basikal/jalan raya’
5.3. Pelajar
yang mengalami masalah untuk pulang hendaklah melaporkan segera kepada guru
bertugas
6. KELUAR
KELAS KETIKA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6.1. Pelajar
yang ingin keluar kelas kerana urusan tertentu mestilah mendapat kebenaran guru
6.2.
Kad
kebenaran keluar kelas hendaklah dilekatkan pada baju kemeja/blaus/
7. MASA
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
7.1. Apabila
Guru/Guru Besar/Pelawat masuk ke kelas semua pelajar hendaklah bangun dan
memberi salam/mengucap selamat.
7.2. Pelajar
dikehendaki menjaga ketenteraman kelas.
7.3. Pelajar
mesti mendapat kebenaran guru untuk keluar/masuk kelas sekiranya ada urusan
penting di luar kelas.
7.4. Apabila
guru tiada di dalam kelas, Ketua Kelas bertanggungjawab menjaga dan mengawalnya dan semua pelajar mesti
mematuhi arahan Ketua Kelas
7.5. Pelajar
ditegah makan/minum dalam kelas.
8.
MASA REHAT
8.1. Pada
waktu rehat pelajar-pelajar dilarang berada dalam kelas, kecuali dalam keadaan
tertentu.
8.2. Semua
pelajar tidak dibenar meninggalkan (keluar) kawasan sekolah tanpa kebenaran.
8.3. Membeli makanan dari luar kawasan sekolah semasa rehat adalah satu
kesalahan.
9.
PELAJAR SAKIT / KEMALANGAN
9.1.
Pelajar yang memerlukan rawatan di
hospital boleh mengambil Surat Rawatan daripada guru bertugas dalam
keadaan-keadaan berikut:
9.1.1.
Pelajar yang memerlukan rawatan di
hospital pada waktu belajar hendaklah membawa surat kebenaran daripada ibu-bapa/penjaga
datang ke sekolah sendiri
9.1.2.
Sekiranya kecemasan seperti kemalangan
atau pelajar tiba-tiba jatuh sakit, pihak sekolah akan menguruskannya
10.
KECEMASAN
Apabila berlaku kecemasan
seperti pelajar cedera , wayar elektrik terputus, kebakaran, pergaduhah dan
sebagainya kendaklah dengan segera dilaporkan kepada mana-mana guru/Guru Besar
supaya tindakan dapat diambil.
10.1. Pelajar
digalakkan menjaga suasana yang baik dan harmoni.
10.2. Pelajar
yang dapat mengesan tanda-tanda akan berlaku pergaduhan , hendaklah memberitahu
mana-mana guru dengan segera.
10.3. Pelajar
yang terlibat dengan pergaduhan boleh dikenakan tindakan disiplin yang berat
seperti digantung persekolahan/dibuang sekolah
11.
KELUAR KAWASAN SEKOLAH
11.1. Semasa
persekolahan, pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah .
Jika ada urusan penting , pelajar berkenaan dikehendaki meminta kebenaran
daripada guru bertugas.
11.2. Pelajar
yang memerlukan rawatan di klinik , dikehendaki mendapatkan surat dari pejabat sekolah dan ditandatangani
oleh guru bertugas/Guru Besar. Setelah selesai mendapat rawatan , pulangkan
semula borang tersebut kepada guru berkenaan . Pastikan pegawai perubatan
menandatangani /cop jabatannya, menandakan pelajar telah dirawati. Jika diberi surat cuti, serahkan
kepada guru kelas masing-masing.
12. PERHIMPUNAN
12.1. Diadakan
pada setiap hari Isnin.
12.2. Pelajar
mesti beratur di luar kelas dan datang dengan segera ke tempat perhimpunan,
sebaik-baik sahaja mendengar loceng perhimpunan.
12.3. Semasa
perhimpunan , pelajar mesti berada dalam keadaan senyap dan berbaris mengikut
kelas masing-masing.
12.4. Pelajar-pelajar
mesti berdiri tegak ( jaga sedia ) apabila lagu `Negeri Johor` dan `Negaraku `
dinyanyikan dan bendera dinaikkan.
13. AKTIVITI
SEKOLAH ( KOKURIKULUM )
13.1. Setiap
pelajar mesti menjadi ahli sekurang-kurangnya dalam SATU gerak kerja sukan,
SATU gerak kerja persatuan/kelab dan SATU lagi gerak kerja
sukan/persatuan/kelab/unit pakaian seragam.
13.2. Pelajar
diwajibkan hadir setiap perjumpaan rumah atau persatuan/kelab seperti yang
telah ditetapkan.
13.3. Pelajar
yang terpilih mewakili sekolah , mesti menerima pilihan itu sebagai
penghormatan.
13.4. Pelajar
yang datang untuk aktiviti pagi/petang mestilah memakai
a)
pakaian sekolah atau
b)
uniform persatuan/sukan atau
c)
Baju T` sekolah dan seluar sekolah atau
sarung/skirt sekolah dan berkasut sekolah
14. AKTIVITI
LUAR SEKOLAH
14.1. Semua
pelajar dilarang sama sekali menyertai mana-mana kelab/persatuan luar sekolah
tanpa kebenaran Guru Besar.
14.2. Pelajar
dilarang mewakili mana-mana pasukan luar dalam sebarang permainan tanpa
kebenaran Guru Besar
15. MASUK
KE KELAS / MAKMAL / BENGKEL/PUSAT SUMBER
15.1. Semua
pelajar mesti berbaris di luar kelas dan
masuk ke kelas apabila selesai perhimpunan pagi.
15.2. Apabila
bergerak ke makmal/padang/bengkel/atau perpustakaan , pelajar hendaklah
berbaris dan bergerak dengan senyap.
15.3. Tidak
dibenarkan masuk ke makmal /bengkel atau perpustakaan sebelum pelajar mendapat
arahan atau tanpa pengawasan (rujuk Peraturan ke Makmal/ Bengkel/ Perpustakaan – BAHAGIAN C)
16. KEADAAN
KELAS
16.1. Semua
pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan dan kekemasan kelas.
16.2. Ketua
dan penolong ketua kelas hendaklah mengawas kelas dan menyediakan alatan
penting ( kapur, pemadam, dan lain-lain ). Jika guru lewat masuk melebihi 5
minit segera hubungi Guru Besar, Penolong Kanan.
16.3. Lampu
dan kipas boleh digunakan apabila keadaan memerlukan dan menutup segera bila
tidak diperlukan lagi atau semasa hendak meninggalkan kelas.
16.4. Buangkan
sampah dan lain-lain sisa ke dalam tong-tong sampah yang disediakan. Pelajar
yang bertugas hendaklah datang awal
16.5. Setiap
kelas mestilah ada Jadual Waktu Kelas, Jadual Giliran Bertugas Harian , Senarai
Nama Ahli Jawatankuasa Kelas, Senarai Inventori, Pelan Kedudukan Pelajar dan
Diari Kelas
16.6. Papan-papan
dinding/soft board hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya
16.7. Ketua
Kelas atau penolong hendaklah mengisi borang catatan salah laku sekiranya ada
pelajar melanggar peraturan sekolah.
16.8. Bila
loceng akhir berbunyi , semua pelajar hendaklah
·
Membersihkan papan hitam, memadamkan
lampu dan menutup kipas
·
menyimpan barang-barang seperti
pemadam, kapur dan lain-lain
17. TIDAK
HADIR KE SEKOLAH
17.1.
Kehadiran ke sekolah pada hari-hari
persekolahan adalah wajib.
17.2.
Pelajar yang tidak hadir kerana sakit
atau sesuatu sebab yang tertentu hendaklah:
·
memberitahu pihak sekolah melalui guru
kelas dengan segera
·
membawa bersama-sama Surat Akuan Doktor
atau Surat Kebenaran/Pemakluman daripada ibubapa atau penjaga apabila ia hadir
ke sekolah
17.3.
Pelajar yang tidak hadir dan apabila
hadir semula ke sekolah tanpa alasan secara bertulis daripada pihak doctor atau
ibu-bapa/penjaga dianggap sebagai ponteng sekolah dan tindakan disiplin akan
dikenakan.
17.4.
Seseorang pelajar yang tidak hadir
melebihi tiga hari berturut-turut atau melebihi jumlah tiga hari dalam seminggu
persekolahan mestilah meminta warisnya memberitahu sekolah sebab-sebab ia tidak
dapat hadir secara bertulis atau datang ke sekolah sendiri. Sehubungan itu Guru Kelas hendaklah mengirim surat peringatan pertama
kepada waris pelajar jika pelajar berkenaan masih tidak hadir ke sekolah.
17.5.
Ketidakhadiran sama ada terus menerus
atau terputus-putus tanpa sebarang sebab bertulis daripada waris/penjaga
pelajar selama dua minggu persekolahan adalah buruk dan boleh diambil tindakan
`buang sekolah` selepas surat peringatan ketiga telah dikirimkan kepada
waris/penjaga pelajar
( SILA RUJUK BUKU PANDUAN SALAH
LAKU DAN HUKUMAN MS 11-12 )
18. BERPINDAH/BERHENTI
SEKOLAH
18.1. Seseorang
pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain/berhenti sekolah hendaklah meminta
ibu bapa /penjaganya membuat permohonan melalui surat atau datang sendiri untuk urusan ini.
Permohonan oleh pelajar sendiri tidak akan dilayan.
18.2. Semua
harta benda sekolah/kerajaan seperti buku-buku teks SPBT dan lain-lain yang
dipinjamkan hendaklah diserah kembali kepada sekolah.
19. YURAN
KHAS DAN BUKU TEKS SPBT
19.1. Bagi
pelajar yang belum menjelaskan bayaran yuran/belum mengembalikan buku teks dan
lain-lain harta sekolah, pihak sekolah tidak akan mengeluarkan Sijil/Keputusan
Peperiksaan Sekolah/Awam sehingga semuanya dijelaskan.
19.2. Pelajar
yang kerap ponteng sekolah dan pelajar yang tidak menguruskan/ menjaga buku
teks SPBT dengan baik mungkin tidak diberi pinjaman buku teks pada tahun-tahun
berikut.
20.
LAPORAN KEMAJUAN / SURAT-SURAT RASMI
20.1. Laporan
kemajuan/kad pengenalan yang diberi adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk
diserah, disemak dan ditandatangani oleh ibubapa/penjaga yang sah.
20.2. Menjadi
kesalahan besar bagi pelajar menandatangani sendiri Buku Laporan Kemajuan. Buku
ini hendaklah diserah semula kepada guru Kelas, apabila selesai ditandatangani oleh penjaga.
20.3. Setiap
pelajar mestilah bertanggungjawab menyampaikan segala surat rasmi sekolah kepada ibu bapa/penjaga
dengan segera
21.
HARTA BENDA SEKOLAH
21.1. Semua
barang, alat, perkakas yang berada di dalam bangunan dan kawasan sekolah
menjadi hak sekolah.
21.2. Pelajar
ditegah mengambil, meminjam ( harta sekolah ) tanpa kebenaran dan akan diambil
tindakan terhadap pelajar-pelajar yang mengganggu dan merosakkannya.
21.3. Setiap
pelajar bertanggungjawab menjaga dengan baik harta sekolah . Jika ada kerosakan
hendaklah dilaporkan dan pelajar yang merosakkannya hendaklah mengganti atau
membayar kerosakan itu.
21.4. Pelajar
ditegah menconteng di papan hitam, cermin, meja, almari, papan kenyataan dan
dinding bangunan sekolah/kantin dan bangunan-bangunan lain dalam kawasan
sekolah.
22. BARANG-BARANG
LARANGAN
22.1. Ditegah
membawa masuk sebarang bentuk senjata , makanan/minuman tidak halah, alat muzik
untuk hiburan ke dalam kawasan sekolah.
22.2. Adalah
menjadi kesalahan membawa, mengedar atau menghisap rokok atau sebarang jenis
DADAH.
22.3. Adalah
menjadi satu kesalahan membawa gambar, VCD ,
tape dan apa juga risalah lucah untuk tontonan sendiri atau orang lain
23. KEHILANGAN
WANG
23.1. Pelajar
yang kehilangan barang hendaklah melaporkan segera kepada Guru Disiplin setiap
kelas
23.2. Pelajar
yang menjumpai barang-barang di mana sahaja dalam kawasan sekolah, hendaklah
menyerahkannya kepada mana-mana guru/pengawas. Adalah menjadi kesalahan kepada
pelajar yang menyimpan tanpa kebenaran
24. ALATAN
PELAJARAN
24.1. Setiap
pelajar mestilah menyediakan segala alatan pelajaran yang perlu, (buku-buku
bantuan SPBT disediakan bagi pelajar
yang layak)
24.2. Setiap
pelajar adalah bertanggungjawab mengenai kebersihan, kerosakan dan kehilangan
buku-buku atau lain-laian peralatan yang dipinjamkan oleh pihak sekolah.
25.
KENDERAAN
25.1. Basikal
dan motosikal yang digunakan mestilah berkeadaan lengkap dengan loceng, lampu,
tongkat, brek, kunci, termasuk lesen memandu dan topi kaledar bagi motosikal.
Lampu motorsikal hendaklah dinyalakan setiap waktu ( Peraturan Jabatan
Pengangkutan Jalan Malaysia ).
25.2. Ketika
berada di sekolah semua basikal dan motorsikal mestilah diletakkan dengan
teratur di tempat yang di sediakan dan hendaklah berkunci.
25.3. Pelajar
ditegah berkumpul di bangsal basikal/motorsikal sebarang masa.
25.4. Semua
basikal/motorsikal adalah dilarang meletakkan / menyimpan di luar kawasan
sekolah . Sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu yang tidak
diingini.
26. KAWALAN
DAN LALU LINTAS.
26.1. Semua
pelajar dikehendaki mematuhi undang-undang keselamatan jalan raya dan
peraturan-peraturan perjalanan dalam kawasan sekolah yang ditetapkan.
26.2. Semua
pengguna basikal/motorsikal semasa dalam kawasan sekolah hendaklah mematuhi
peraturan berikut:
·
kelajuan tidak melebihi 8 kmj
·
tidak bersaingan antara satu sama lain
·
tidak bising atau mengganggu
ketenteraman
·
mestilah memikirkan keselamatan diri
dan juga orang lain
26.3. Pelajar
yang berjalan kaki mestilah berjalan mengikut barisan yang ditetapkan.
26.4. Pengguna-pengguna
bas hendaklah berbaris dan jangan berebut-rebut semasa naik/turun dari bas
27.
KAWASAN DAN TEMPAT LARANGAN
27.1.
Persekitaran rumah guru
27.2.
Tempat letak kereta guru-guru dan Guru
Besar
27.3.
Tempat letak basikal dan motosikal
pelajar-pelajar
27.4. Persekitaran
kafeteria pada masa pelajaran sedang dijalankan ( kecuali mendapat kebenaran )
27.5. Kawasan
5 meter dari pintu pagar besar sewaktu pelajaran sedang dijalankan
27.6. Ditegah
masuk ke Makmal Sains, Makmal Kemahirah Hidup, Pejabat Sekolah, Bilik Guru ,
Washroom Guru dan bilik-bilik khas kecuali diberi kebenaran
27.7. Ditegah
berada di dalam kelas pada waktu REHAT, kecuali dengan kebenaran
28.
PEJABAT SEKOLAH DAN BILIK GURU
28.1. Pelajar
dilarang berkumpul di hadapan/dalam pejabat sekolah/bilik guru
28.2. Pelajar
dibenar seorang demi seorang masuk berurusan dalam pejabat/bilik guru, kecuali
dikehendaki sebaliknya
28.3. Pelajar
dilarang sama sekali membuat bising dalam/sekitar pejabat/bilik guru ketiika
melintasinya.
29.
KAFETERIA
29.1. Pelajar
dibenar berada di kafeteria pada masa rehat sahaja. Masa-masa lain mestilah
dengan kebenaran / arahan guru.
29.2. Pelajar
mestilah makan di kafeteria sahaja (makanan ditegah dibawa ke tempat lain ).
29.3. Pelajar
dilarang membuat bising di kafeteria.
29.4.
Pelajar mestilah :
·
berbaris dengan tertib apabila membeli
makanan/minuman
·
meletakkan bekas-bekas makanan/minuman
( pinggan , gelas, botol dan lain-lain ) di tempat yang ditentukan
30.
WASHROOM
30.1. Kebenaran
keluar ke washroom semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan tertakluk kepada
budi bicara setiap guru mata pelajaran.
30.2. Setiap
pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan washroom.
30.3. Pelajar
hendaklah menutup paip air selepas menggunakannya
BAHAGIAN D : PERATURAN-PERATURAN
DALAM BILIK KHAS
1 . MAKMAL SAINS
1.1. Makmal
dan bilik persediaan ialah kawasan larangan dan tidak sesiapa pun dibenarkan
masuk tanpa kebenaran guru
1.2. Bahan
kimia atau alat-alat dari makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru
1.3. Pelajar
tidak dibenar berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan untuk mereka tanpa
kebenaran guru
1.4. Pelajar
dilarang bermain dengan segala peralatan dan kelengkapan makmal
1.5. Radas-radas
hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas ianya digunakan
1.6. Radas-radas
yang telah digunakan juga hendaklah disimpan ketempat asalnya
1.7. Eksperimen
tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru
1.8. Setiap
kerosakan /pecahan atau hal kemalangan perlulah dilapor dengan serta-merta
kepada guru ataupun kakitangan makmal
1.9. Kertas
tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu Bunsen
1.10. Kayu
mancis , kertas turas atau sebarang sampah pepejal tidak boleh dibuang ke dalam
atau di bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah
1.11. Kayu
mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum dibuang
ke dalam tong sampah
1.12. Makanan/minuman
tidak dibenarkan dibawa ke dalam bilik makmal
1.13. Beg
pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal
1.14. Air
pili di dalam makmal tidak boleh diminum
1.15. Kerusi
makmal hendaklah diatur dengan kemas dan makmal mesti ditinggalkan dengan
bersih lagi kemas selepas tiap-tiap waktu makmal
1.16. Bahan
kimia/peralatan sains hanya boleh diguna atas arahan dan panduan guru
1.17. Label
pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk memastikan bahan kimia yanag
akan digunakan itu betul
1.18. Sedikit
bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Oleh itu
jangan membazir bahan kimia
1.19. Bahan-bahan
kimia pepejal perlu diambil dengan menggunakan spatula dan bukan dengan
menggunakan jari
1.20. Botol
mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya
1.21. Bahan
kimia biasanya beracun dan mengakis jangan cuba merasa sebarang bahan kimia
sungguhpun dalam bentuk larutan
1.22. Pelajar
tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru
1.23. Langkah-langkah
keselamatan mesti dipatuhi setiap masa
1.24. Pihak
sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini
sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan ini.
2 . MAKMAL KEMAHIRAN HIDUP
2.1. Pelajar
mestilah berpakaian kemas, bersih, dan rapi, jangan memakai baju yang besar dan
berlengan panjang untuk mengelakkan daripada termasuk atau tersangkut ke
bahagian-bahagian mesin
2.2. Jangan
masuk ke makmal tanpa kebenaran guru
2.3. Apabila
berada dalam makmal, jangan keluar tanpa kebenaran guru
2.4. Kawasan
kerja hendaklah tertib
2.5. Sentiasa
mengikut arahan guru apabila melaksanakan kerja amali
2.6. Jangan
berlari, bermain atau bergurau di dalam makmal
2.7. Bersihkan
minyak /gris yang tertumpah di atas lantai dengan serta-merta supaya dapat
mengelak daripada tergelincir
2.8. Jika
anda berasa ragu-ragu tentang penggunaan sesuatu alat, tanyalah guru anda
2.9. Apabila
membawa alat-alat, arahkan matanya ke bawah dan rapat ke sisi anda
2.10. Jangan
simpan alat-alat yang tajam di dalam saku
2.11. Jangan
melempar atau membaling alat-alat kepada rakan anda
2.12. Jangan
menggunakan mesin, jika anda tidak pasti cara penggunaannya. Dapatkan kebenaran
guru terlebih dahulu, sebelum menggunakan sebarang mesin
2.13. Matikan
mesin, jikalau anda terpaksa meninggalkan kerja itu walaupun sebentar
2.14. Tutup
suis alatan elektrik selepas menggunakannya
2.15. Pastikan
tangan anda tidak basah sebelum menggunakan alatan elektrik
2.16. Beritahu
dahulu kepada guru jika terdapat mesin atau alat-alat yang rosak
2.17. Laporkan
segera kepada guru jika berlaku sebarang kemalangan
2.18. Matikan
pengaliran arus elektrik sebelum memeriksa sebarang perkakas elektrik
2.19. Tentukan
semua alatan elektrik yang berkuasa tinggi dibumikan
2.20. Tentukan
mesin dan alatan dalam keadaan bersih dan baik selepas digunakan
2.21. Simpan
semula alat-alat yang telah digunakan di tempat yang betul
2.22. Gunakan
alat-alat yang betul untuk sesuatu tugasan
2.23. Jangan
sentuh sebarang kelengkapan/alatan/bahan-bahan dalam makmal yang tidak kena
mengena dengan kerja anda
2.24. Lakukan
kerja amali anda dengan sabar, berhati-hati dan dengan penuh tumpuan
3 . PUSAT SUMBER/PERPUSTAKAAN
3.1
Setiap pelajar dimestikan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap
3.2
Pelajar yang hendak meminjam buku
hendaklah menggunakan kad perpustakaan . Bagi pelajar yang hilang kad dan ingin
mendapatkan kad baru, bayaran akan dikenakan
3.3
Pelajar mestilah melekatkan gambar
berukuran kad pengenalan di ruang yang telah ditetapkan. Pelajar yang tidak
melekatkan gambarnya tidak dibenarkan meminjam buku
3.4
Setiap pelajar dibenarkan meminjam dua
buah buku
3.5
Pelajar yang lewat memulangkan buku
akan dikenakan denda 10 sen bagi satu hari
3.6
Pelajar hanya dibenarkan meminjam buku
selama satu minggu atau dua minggu. Tetapi hendaklah disemak oleh pengawas
media terlebih dahulu
3.7
Pelajar hanya dibenarkan meminjam buku
mengiku jadual pada hari yang ditetapkan
3.8
Setiap pelajar tidak dibenarkan membawa
masuk sebarang buku melainkan buku pinjaman perpustakaan
3.9
Setiap buku yang telah dibaca hendaklah
diletakkan di tempat asalnya
3.10 Setiap
pelajar tidak dibenarkan meminjam /memulangkan buku untuk pelajar lain kecuali
berlaku sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan
3.11 Pelajar
hendaklan menjaga suasana tenang Pusat Sumber
4 . BILIK SENI LUKIS
4.1
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada
di dalam bilik lukisan tanpa guru
4.2
Sebelum masuk , tentukan pelajar –
pelajar tidak membawa sebarang benda-benda lain kecuali alat –alat lukisan
sahaja,
4.3
Jangan membawa masuk sebarang jenis
makanan atau minuman
4.4
Jangan membuat bising dan jangan
terlalu banyak bergerak semasa berada/membuat kerja di dalam bilik lukisan. Ini
akan mengganggu pelajar-pelajar lain
4.5
Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik lukisan
4.6
Pelajar-pelajar yang bertugas menyapu
lantai pada hari yang tertentu di kelas masing-masing , bertanggungjawab juga
menyapu semasa berada di bilik lukisan
4.7
Tentukan kerusi-kerusi diletakkan
dengan kemas sebelum meninggalkan bilik lukisan dan pastikan juga tidak
tertinggal apa-apa benda sebelum keluar
4.8
Jangan sentuh atau conteng pada
kerja-kerja lukisan atau kerja-kerja kraftangan yang terdapat di dalam blik
lukisan
4.9
Gunakan kemudahan bilik lukisan dengan
bertanggungjawab . Jangan merosakkan perabot bilik lukisan kerana ini akan
menghalang semua pelajar daripada menikmati kemudahan-kemudahan ini.
4.10 Mengoyak,
mengotori, menconteng sesuatu dan merosakkan kerja-kerja lukisan/kraftangan
yang terdapat di dalam bilik lukisan adalah salah di sisi peraturan bilik
lukisan. Tindakan disiplin boleh dikenakan kepada pelajar-pelajar yang terlibat
BAHAGIAN E : GERAK KERJA KOKURIKULUM
1. PAKAIAN
SERAGAM DAN PERSATUAN
a)
Tiap-tiap pelajar diwajibkan mengambil
bahagian yang aktif sekurang-kurangnya dalam satu jenis kegiatan pakaian
seragam , persatuan , kelab dan permainan. Kegiatan-kegaiatan yang diwajibkan
itu boleh diplih dari kumpulan
a.
Pakaian Seragam
§ Pengakap
b.
Persatuan/Kelab
§ Matematik
§ Bahasa
Inggeris
§ Sains
b)
Pelajar-pelajar diwajibkan menghadiri
setiap perjumpaan/ mesyuarat persatuan/ kelab yang ia akan menjadi ahli dan
mengambil bahagian cergas di dalamnya.
2. KELAB
DAN PERMAINAN
Bagi kegiatan kelab dan sukan, setiap pelajar
dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya satu jenis permainan yang dipilih
daripada jenis-jenis berikut :
a)
Kelab
v Keselamatan
Jalan Raya
|
v Komputer
|
b)
Permainan
v
Bola Jaring
|
v
Olahraga
|
v
Badminton
|
v
Catur
|
v
Bola Sepak
|
v
Sadukudu
|
3. PERATURAN-PERATURAN
PERMAINAN/SUKAN
a)
Pelajar-pelajar hendaklah memakai
pakaian yang dikhaskan untuk permainan/sukan . Pakaian khas ini dipakai hanya
oleh mereka yang sebenarnya menghadiri kegiatan /perjumpaan pada hari yang
berkenaan
b)
Setiap aktiviti yang dikelolakan oleh
pelajar-pelajar mesti diketahui dan dipersetujui oleh Guru Penasihat
c)
Semua surat rasmi mesti ditunjukkan kepada Guru
Penasihat
d)
Semua surat yang hendak dikirimkan kepada
pihak-pihak yang berkenaan mesti ditandatangani oleh Guru Besar atau guru yang
berkenaan
e)
Semua penyokong pasukan sekolah untuk
sebarang acara antara sekolah mestilah memakai pakaian seragam sekolah denagn
lengkapnya
f)
Jangan melakukan sesuatu yang boleh
menimbulkan kesan buruk/menjejaskan nama baik sekolah semasa memberi sokongan
kepada pasukan sekolah. Tindakan disiplin akan diambil ke atas mereka yang
melanggar peraturan ini
4. PERATURAN-PERATURAN
PERSATUAN/KELAB
a)
Semua persatuan /kelab sekolah mestilah
patuh kepada undang-undang Pelajaran 1952 (The school societies Regulations
1956 ) dan hendaklah membuat perkara berikut serta menyerahkan Perlembagaan
lengkap dan benar persatuan/kelab itu serta daftar penuh ahli jawatankuasa yang
bertanggungjawab kepada Guru Besar
b)
Semua persatuan/kelab mestilah membuat
rancangan kegiatannya dan guru berkenaan hendaklah bertindak sebagai penasihat
c)
Guru penasihat mestilah menentukan
persatuan/kelab masing-masing bergerak dengan aktif dan berkesan serta
bertanggungjawab terhadap kawalan disiplin ahli-ahlinya
d)
Menentukan semua aktiviti atau
rombongan adalah terkawal dan diuruskan dengan sempurna mengikut undang-undang
polisi sekolah dan Jabatan Pendidikan
e)
Memberi latihan dan pengalaman yang
wajar untuk mewujudkan pelajar yang berdedikasi, berkerjasama,
bertanggungjawab, kepercayaan diri dan lain-lain sikap yang baik
f)
Mengawal dan bertanggungjawab terhadap
semua peraturan, perjumpaan, urusan, dan kemajuan persatuan/kelab yang
dikelolakan olehnya
g)
Menyelaras semua aktiviti
persatuan/kelab di bawah jagaannya dan melaporkan kepada Setiauasaha
Kokurikulum / Guru Besar dari semasa ke semasa tentang perkembangan dan
kegiatan persatuan/kelabnya
5. PERLAKSANAAN
PERSATUAN/KELAB
a)
Menubuhkan persatuan/kelab dan melantik
ahli jawatankuasanya
b)
Mengadakan peraturan dan undang-undang
sendiri
c)
Menyimpan rekod nama ahli jawatankuasa
dan ahli-ahli. Satu senarai nama ahli jawatankuasa dengan butir-butir
peribadinya yang lengkap hendaklah diserahkan kepada setiausaha persatuan/kelab
untuk disimpan
d)
Menetapkan tarikh , hari dan masa
perjumpaan
e)
Guru penasihat persatuan/kelab mestilah
hadir pada tiap-tiap kali perjumpaan dengan ahli-ahli persatuan/kelab dan
melaporkan dengan segera kepada Guru Besar jika ada sebarang penyelewengan
f)
Menyediakan sebuah buku untuk
mencatatkan segala kegiatan yang dijalankan oleh persatuan/kelab
g)
Buku ini hendaklah diserahkan kepada
penolong kanan/Guru Besar melalui setiauasaha persatuan/kelab untuk pengetahuan
dan ditandatangani
h)
Persatuan/kelab hendaklah menggunakan
papan kenyataan sekolah untuk mempamerkan /memberitahu maklumat atas segala
kegiatan persataun/kelab kepada ahli-ahlinya
i)
Tiap-tiap persatuan/kelab mestilah
mempunyai Perlembagaan dan Objektif-objektif masing-masing (Rujuk Lampiran A )
j)
Rancangan kegaiatan persatuan/kelab
tersebut hendaklah diatur untuk setahun
k)
Seberapa boleh rancangan kegiatan
hendaklah yang boleh memberi kesedaran, semangat bekerjasama dan faedah kepada
ahli-ahlinya tanpa mengira kaum
6. PERLEMBAGAAN
PERSATUAN/KELAB
a)
Perlembagaan ialah dokumen yang
mengandungi peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip pergerakan persatuan/kelab
b)
Beberapa perkara yang perlu dimasukkan
ke dalam sesuatu perlembagaan dicadangkan seperti di bawah
v Nama
persatuan/kelab/badan beruniform
v Objektif/Tujuan
v Keanggotaan
: Peraturan berkenaan dan keanggotaan dan bilangan ahli
v Jawatankuasa
: Ahli-ahli dalam AJK persatuan adalah
seperti berikut
v Masa
mesyuarat
v Kewangan
: Yuran bulanan atau tahunan
Diterbitkan
oleh:
Lembaga
Disiplin Sekolah