லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BIDANG KOKURIKULUM

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN
1. Mengatur rancangan/jadual sukan sekolah sesuai dgn rancangan MSSD/MSSJ sepanjang tahun
2. Menjadi Setiausaha Majlis Sukan dan Jawatankuasa Teknik Sukan dan Juri Rayuan di sekolah.
3. Menggagihkan pelajar-pelajar mengikut rumah sukan
4. Membantu Guru Besar menetapkan Guru Kanan Rumah dan Guru-guru Rumah yang lain.
5. Membantu Guru Besar membahagikan tugas-tugas sukan dan permainan kepada guru-guru.
6. Menyelaraskan kegiatan,latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan sekolah-sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat,gelanggang dan padang.
7. Menentukan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikut ukuran yang betul.
8. Membantu Guru Besar menyediakan anggaran perbelanjaan sukan dan permainan untuk tahun berkenaan.
9. Mengaturkan rancangan lengkap untuk Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah.
10. Menyelaraskan penyertaan sekolah dlm kegiatan-kegiatan sukan yg dianjurkan oleh MSSD dan MSSJ.
11. Menjaga alat sukan dan permainan dalam keadaan baik.
12. Memastikan Buku Stok Sukan senantiasa kemaskini
13. Mengaturkan pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sukan dan permainan sekolah sekiranya perlu.
14. Membuat cadangan dan perakuan tentang peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaannya.
15. Menyediakan laporan Sukan Tahunan Sekolah.
16. Menjadi Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pengawas
17. Mencadangkan Olahragawan dan Olahragawati sekolah
18. Merancang untuk meninggikan prestasi sukan sekolah.
19. Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar dan sebagainya berkenaan dengan sukan dan permainan sama ada di peringkat daerah, zon atau negeri, sepertimana yang diarahkan oleh Pengetua, MSSD, MSSJ dan MSSM.
20. Menjalankan tugas-tugas lain yg berkaitan yg diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa.

SENARAI TUGAS GURU RUMAH SUKAN
1. Menyelaraskan kegiatan sukan dan permainan Rumah
2. Menyusun jadual bertugas guru-guru penolong sukan dan permainan Rumah
3. Mengendalikan Mesyuarat Tahunan Rumah untuk melantik Kapten Rumah, AJK dan Ketua-ketua permainan pada tarikh yang ditetapkan oleh sekolah.
4. Menentukan jadual kedatangan pelajar-pelajar dicatat tepat pada waktunya dan pakaian ahli-ahli rumah mematuhi peraturan.
5. Menentukan latihan sukan dan permainan Rumah berjalan dengan teratur dan sistematik.
6. Menentukan jurulatih untuk permainan Rumah serta ketua-ketua pasukan untuk tiap-tiap permainan.
7. Menentukan pemilihan pemain-pemain yang sesuai untuk mewakili Rumah.
8. Menyimpan rekod-rekod tentang keputusan permainan Rumah.
9. Menentukan bahawa semua ahli Rumah diberi kesempatan untuk bermain.
10. Menjadi AJK Majlis Sukan Sekolah.
11. Menentukan laporan setiap latihan Rumah dicatit dalam Buku Laporan Rumah dan Laporan Tahunan disediakan mengikut format yang ditetapkan.
12. Menentukan alat-alat yang perlu lengkap untuk latihan Rumah.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

 SENARAI TUGAS GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB
1. Menentu dan menetapkan objektif persatuan selaras dengan hasrat objektif sekolah.
2. Menentukan bahawa objektif-objektif persatuan itu dicapai.
3. Mempastikan Persatuan akademik mempunyai Perlembagaan yang diluluskan oleh Guru Besar .
4. Merancang aturan aktiviti persatuan dan mempastikannya berjalan lancar dgn menghadiri setiap mesyuarat dan kegiatannya.
5. Menggalakkan seberapa ramai pelajar menjadi ahli dan menyimpan salinan nama-nama ahli-ahli persatuan.
6. Mengadakan mesyuarat agung setahun sekali pada tarikh yang diselaraskan oleh sekolah.
7. Menyimpan dan mempastikan laporan tiap-tiap mesyuarat/kegiatan dan Laporan Tahunan disediakan dalam Buku Pelaporan Persatuan mengikut format yang ditetapkan.
8. Buku Laporan Persatuan hendaklah diserahkan kpd Guru Besar pada tarikh-tarikh yg telah ditetapkan untuk disemak.
9. Mempastikan ada kira-kira wang keluar dan masuk sekiranya pengurusan persatuan ada melibatkan wang. Persetujuan Guru Besar mestilah diperolehi terlebih dahulu.
10. Mengawasi setiap perjumpaan/kegiatan dan menentukan bahawa setiap perjumpaan/kegiatan tersebut adalah sihat dan tidak menyalahi undang-undang.
11. Melaporkan kepada Guru Besar tentang perkembangan persatuan dari semasa ke semasa.
12. Melaksanakan peraturran-peraturan sekolah.
13. Bekerjasama dengan badan-badan lain iaitu luar dan dalam sekolah dengan menyertai kegiatan/pertandingan yang sihat sekiranya dijemput berbuat demikian. Persetujuan Guru Besar  diperolehi terlebih ddahulu.
14. Menguruskan segala urusan surat menyurat melalui Guru Besar yang melibatkan gerakerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan lawatan sambil belajar. Disamping itu, hendaklah melaporkan hasil lawatan atau pertandingan kepada Guru Besar .
15. Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya dan elakkan dari disalahgunakan.
16. Menentu dan mempastikan tidak ada unsur-unsur subversif disebar/tersebar di kalangan ahli-ahli persatuan.
17. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PERMAINAN
1. Memajukan kemahiran dan minat pelajar-pelajar dalam permainan yang ditetapkan.
2. Membentuk, melatih dan membuat penilai pasukan sekolah mengikut jadual yang dirangka.
3. Berusaha mendapatkan seberapa ramai pelajar yang berminat menganggotai pasukan dan menentukan pelajar-pelajar yang berkebolehan menjadi pemain pasukan sekolah.
4. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan itu.
5. Menentukan undang-undang permainan dan perlawanan untuk perlawanan antara rumah
6. Menganjurkan perlawanan antara sekolah seberapa kerap yang mungkin
7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar termasuk surat izin ibu bapa dan memastikan pelajar-pelajar dilindungi ‘insuran’.
8. Mengumpulkan pasukan sebelum satu-satu pertandingan untuk mendengar taklimat khas oleh Guru Besar /Penolong Kanan.
9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh pasukan sekolah dan pertandingan-pertandingan peringkat sekolah.
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi permainan itu.
11. Mempastikan pelajar-pelajar pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi di samping menjunjung undang-undang dan disiplin sekolah.
12. Menentukan peralatan/gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan.
13. Merancang dengan guru-guru Rumah mengenai aktivit-aktivit tahunan di awal penggal.
14. Membentuk pasukan kedua (pelapis) sekolah untuk mengambil alih pasukan pertama pada tahun berikutnya.
15. Menilai prestasi pasukannya dalam permainannya.
16. Bertindak sebagai pengurus pasukan.
17. Menentukan laporan setiap latihan dicatat dalam Buku LaporanPasukan dan laporan tahunan disediakan mengikut format yang ditetapkan.
18. Mempastikan ada kira-kira wang keluar dan masuk sekiranya pengurusan pasukan ada melibatkan wang. Persetujuan Guru Besar mestilah diperolehi terlebih dahulu.
19. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS GURU PEMIMPIN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
1. Am:
Pada keseluruhannya Guru Pemimpin Pasukan Pakain Serragam bertanggungjawab di atas semua peraturan, latihan dan kemajuan pertubuhannya.

2. Keahlian:
2.1 Semua pelajar Darjah 1 hingga Darjah 6 diwajibkan mengganggotai salah satu daripada pertubuhan pakaian seragam yang diiktiraf oleh sekolah.
2.2 Guru pemimpin pakaian seragam bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota-anggota pasukannya dari kalangan pelajar-pelajar baru setiap awal tahun sbg tambahan kpd anggota-anggota pasukan yg sedia ada.
2.3 Satu Polisi umum tentang pembahagian keahlian diantara pertubuhan-pertubuhan pakaian seragam patutlah dirujuk sebelum pemilihan ahli-ahli dilakukan.
2.4 Satu daftaar keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod.

3. Latihan:
3.1 Guru Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam bertanggungjawab menguruskan latihan pasukannya pada hari yang ditetapkan oleh sekolah.
3.2 Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang ditetapkan itu tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran khas terlebih dahulu daripada Guru Besar
3.3 Latihan tambahan pada hari-hari selain daripada itu bolehlah diatur dan Guru Besar hendaklah dirujuk untuk maksud ini.
3.4 Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam dikehendaki menyusun rancangan latihan yg tetap sepanjang tahun. Rancangan itu mestilah melibatkan ujian-ujian tertentu yg menghasilkan sijil-sijil ataupun tanda-tanda kemajuan.
3.5 Satu salinan rancangan kegiatan sepanjang tahun hendaklah disampaiakan kpd Guru Besar pd awal tahun, tidak lewat daaaripada minggu kedua setelah diumumkan latihan Pasukan Pakaian Seragam bermula.

4. Jurulatih:
4.1 Sejauh yang boleh, Guru Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam adalah menjadi jurulatih pasukannya. Guru-guru lain yang berkenaan boleh dirundingkan untuk membantu.
4.2 Jika perlu, jurulatih dr luar boleh diuruskan dan pihak sek bersedia menimbangkan bayaran yg patut untuk jurulatih luar itu (bergantung kepada kemampuan sekolah).  Guru pemimpin hendaklah mendptkan persetujuan Guru Besar terlebih dahulu sekiranya memerlukan jurulatih luar yg melibatkan bayaran.
4.3 Bagi pasukan-pasukan yg mempunyai jurulatih yg disediakan oleh Badan Induk masing-masing, maklumat-maklumat mengenai jurulatih, skema latihan dan sebagainya hendaklah dimaklumkan kepada Guru Besar.

5. Peralatan/Keperluan
5.1 Guru Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam bertanggungjawab menentukan apa-apa juga keperluan/peralatan yang dikehendaki bagi pertubuhannya.
5.2 Sekiranya peralatan-peralatanitu bukan hak ahli-ahli persendirian. Guru Pemimpin adalah bertanggung jawab menyelenggarakan simpanannya dan menyediakan rekod untuk rujukan dan pemeriksaan.

6. Urusan-urusan:
6.1 Guru Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam bertanggungjawab menyimpan fail-fail dan lain-lain butir/maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pertubuhan berkenaan.
6.2 Mempastikan Pasukan Pakaian Seragam masing-masing mempunyai Perlembagaan yang diluluskan oleh Guru Besar atau Badan Induk Pasukan yang berkenaan.
6.3 Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk melantik atau mengesahkan perlantikan pemimpin-pemimpin dan AJK dan membentangkan program tahunan, pada tarikh yang ditetapkan oleh sekolah.
6.4 Segala laporan, rekod kehadiran, penyata kewangan(jika ada) dan lain-lain maklumat hendaklah dicatat/direkodkan dalam Buku Laporan Pasukan mengikut format yang ditetapkan. Buku Laporan ini hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk disemak mengikut tarikh yang ditetapkan.
6.5 Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga apabila diperlukan untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah.
6.6. Melaksanakan tugas-tugas lain yg berkaitan yg diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa.