லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

BIDANG TUGAS MAJLIS KURIKULUM dan KOKURIKULUM

BIDANG TUGAS MAJLIS KURIKULUM

1. Keanggotaan Majlis Kurikulum adalah seperti berikut:
    1.1 Pengerusi        :Guru Besar
    1.2 Timb Pengerusi          :Guru Penolong Kanan 1
    1.3 Naib Pengerusi           :Guru Penolong Kanan HEM
    1.4 Setiausaha      :Setiausha Peperiksaan
    1.6 Ahli-ahli
            1.6.2 Semua Pengerusi Panitia Matapelajaran
            1.6.3 Penyelaras Pusat Sumber
            1.6.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling
            1.6.5 Guru Perpustakaan

2. Peranan Majlis
    Bertanggungjawab meninggikan taraf pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya pelajar-pelajar dapat menunjukkan prestasi yang baik di semua peringkat peperiksaan

3. Tugas-tugas Majlis
3.1 Menilai dan meneliti laporan dari setiap panitian
3.2 Mengkaji Sukatan Pelajaran Baru (jika ada) dan membuat syor-syor atau teguran terhadap kesesuaian untuk diperakukan oleh Majlis Kurikulum Sekolah dan seterusnya untuk dimajukan kepada Majlis Kurikulum Negeri jika dikehendaki.
3.3 Mengkaji dan menilai buku teks/buku-buku tambahan yang digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaiannya. Jika didapati tidak sesuai, akan dimajukan kpd Jawatankuasa Kurikulum Negeri.
3.4 Menilai Rancangan Kerja.
3.5 Menentukan perjalanan Panitia-panitia matapelajaran
3.6 Menganalisa prestasi pelajar-pelajar dalam ujian/peperiksaan dalam/Peperiksaan UPSR serta mengealpasti kelemahan-kelemahan dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah peningkatan prestasi yang sewajarnya.
3.7 Merancang dan mengelolakan kursus-kursus ‘in house’ untuk semua guru sekolah.
3.8 Sentiasa mengikuti perkembangan baru kursus-kursus pengajian Kementerian Pendidikan
3 9 Berusaha untuk memperbanyakkan bahan sumber pendidikan di sekolah
3.10 Menyedari/mengetahui mengenai program-program radio dan TV pendidikan
3.11 Mengetahui mengenai bahan-bahan rujukan yang ada di perpustakaan
3.12 Penyelarasan penilaian bulanan/penggal/tahunan
3.13 Penyelaras latihan-latihan pelajar
3.14 Memberi panduan kepada guru-guru matapelajaran
4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

SENARAI TUGAS MAJLIS KO-KURIKULUM
1. Keanggotaan Majlis Ko-Kurikulum adalah seperti berikut
    1.1 Pengerusi        : Guru Besar
    1.2 Timb Pengerusi          : Guru Penolong Kanan 1
    1.3 Naib Pengerusi           : Guru Penolong Kanan HEM
    1.4 Setiausaha      : GPK Ko-kurikulum
    1.5 Ahli-ahli
            1.5.1 Semua Pengerusi Panitia Matapelajaran
            1.5.2 Setiausha Sukan
            1.5.3 Guru-guru Persatuan/Kelab
            1.5.4 Guru-guru Pasukan Pakai Seragam
            1.5.5 Guru-guru Penasihat Sukan dan Permainan
2. Peranan Majlis Bertanggungjawab merangkapelaksanaan dan menyelaraskan semua aktiviti ko-kurikulum di sekolah dengan tujuan melibatkan semua pelajar.
3. Tugas-tugas Majlis
3.1 Menyediakan takwim kegiatan mingguan untuk sepanjang tahun mulai bulan pertama persekolahan
3.2 Mengelolakan pemilihan persatuan,kelab,permainan dan pasukan seragam di kalangan pelajar-pelajar melalui guru-guru kelas
3.3 Menyelaras dan menyelia kegietan-kegiatan koko sama ada pada hari-hari persekolahan atau hujung minggu
3.4 Menguruskan pelaksanaan Hari Pasukan Pakaian Seragam atau Hari Ko-kurikulum dan sebarang aktiviti lain seperti semasa Hari Mesyuarat Agung PIBG,Hari Guru dan sebagainya.
3.5 Mengadakan mesyuarat sekali sepenggal atau lebih kerap lagi,jika perlu
3.6 Menentukan tarikh dan menyelaraskan perjalanan Mesyuarat Agung Ko-Kurikulum pd awal pagi
3.7 Menyelaraskan pengedaran dan pengumpulan laporan perjalanan semua kegiatan ko-kurikulum setiap penggal dan pada akhir tahun
3.8 S/U Majlis Ko-Kurikulum bertanggungjawab melaporkan kepada Guru Besar sebarang perkembangan yang wajar dilaporkan dari semasa ke semasa
3.9 Sentiasa mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar dan peningkatan pencapaian dalam semua kegiatan ko-kurikulum
4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KECERIAAN DAN KEINDAHAN SEKOLAH
1. Keanggotaan Jawatankuasa ini terdiri daripada guru-guru dan pekerja-pekerja sekolah
2. Bertanggungjawab keatas setiap aspek keceriaan dan keindahan sekolah
3. Mengadakan mesyuarat sekali sepenggal atau lebih kerap lagi,jika perlu
4. Menyediakan satu rancangan induk (Rancangan Jangka Panjang) dan rancangan mengikut
    penggal (Rancangan Jangka Pendek)
5. Melibatkan guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar melalui kelas,pasukan atau
    persatuan mereka dalam setiap kegiatan yang dirancang
6. Melaporkan kepada Pengetua terhadap kemajuan setiap rancangan yang dijalankan
7. Antara rancangan-rancangan yang perlu diberi keutamaan adalah setiap berikut :
    7.1 Kawalan kebersihan bilik-bilik,bangunan dan persekitaran sekolah
    7.2 Penjagaan tandas
    7.3 Penjagaan kerusi,meja dan perabot sekolah (dengan kerjasama Jawatankuasa Perabot)
    7.4 Mengindahkan kawasan-kawasan dalam dan diluar sekolah
    7.5 Penanaman pokok-pokok dan bunga-bunga
    7.6 Melukis mural di tembok/tempat tertentu
8. Melaksanakan tugas-tugas lain yg berkaitan yg diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa