லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

BIDANG TUGAS PANITIA MATAPELAJARAN DAN PENCATAT MINIT MESYUARAT

BIDANG TUGAS PANITIA MATAPELAJARAN
1. Guru-guru mata pelajaran berkenaan menjadi anggota panitia.
2. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini.
3. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kemaskini.
4. Bertanggungjawab menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan, Penggal dan Mingguan.
5. Memberi bimbingan kepada guru-guru yang baru atau kurang pengalaman, khususnya dari segi memahami kehendak, pendekatan dan semangat Sukatan Pelajaran dan juga aspek-aspek lain yang perlu.
6. Menyelaras penyediaan soalan2 peperiksaan dalaman, format jawapan dan pemeriksaan kertas-kertas jawapan.
7. Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari semasa ke semasa melalui:
    7.1 Kelas-kelas tambahan
    7.2 Cerramah-ceramah menjawab soalan
    7.3 Perasuan-peraduan tertentu
    7.4 Kuiz
    7.5 Bahas
8. Mencadangkan jenis-jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan atau rujukan guru.
9. Mengkaji dan menilai buku-buku teks yang baru untuk dipilih dan digunakan oleh sekolah.
10. Memberi kerjasama kepada guru SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan.
11. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran jika perlu.
12. Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi setiap tingkatan, jika perlu.
13. Pengerusi Panitia hendaklah menyemak kerja-kerja guru-guru di dalam panitianya.
14. Mengumpul sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan luar untuk semakan dan rujukan di perpustakaan sekolah.
15. Mengadakan tindakbalas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti Sukatan Pelajaran Baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru jika ada.
16. Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persetujuan pihak sekolah.
17. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi pelajar-pelajar.
18. Menetap dan melaksanakan peraturan-peraturan untuk panitianya.
19. Mengadakan sebuah Buku Laaporan Panitia untuk kegunaan mencatat minit mesyuarat. Laporan Analisa Ujian/Peperiksaabn Penggal/Peperiksaan Percubaan UPSR.
20. Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal atau lebih kerap lagi jika perlu berpandukan agenda berikut:
   20.1 Kata-kata aluan
   20.2 Mengesahkan minit mesyuarat sebelumnya
   20.3 Perkara-perkara berbangkit
   20.4 Rancangan Pelajaran Tahunan/Penggal/Mingguan/Harian
   20.5 Buku teks/rujukan/buku kerja/buku latihan
   20.6 Penyediaan soalan-soalan ujian/peperiksaan dan format jawapan
   20.7 Pemeriksaan kertas-kertas jawapan
   20.8 Penganalisaan keputusan Ujian/Peperiksaan
   20.9 Hal-hal lain
        20.9.1 Kerja-kerja latihan
        20.9.2 Program-program pemulihan/pengkayaan
        20.9.3 Masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran
        20.9.4 Penyediaan alat-alat bantuan mengajar
        20.9.5 Peruntukan perbelanjaan (budgeting)
        20.9.6 Cadangan-cadangan
21. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS GURU PENCATAT MINIT MESYUARAT/DIARI SEKOLAH
1. Mencatat Minit Mesyuarat Guru-guru setiap kali diadakan mesyuarat dalam buku khas yang disediakan.
2. Menyediakan draf Minit Mesyuarat Guru-guru untuk ditaip.
3. Membantu Guru Besar mengedarkan minit mesyuarat kepada guru-guru.
4. Menyimpan fail khas untuk semua minit Mesyuarat Guru-Guru.
5. Merekodkan setiap peristiwa/kejadian/aktiviti/kunjungan dan sebagainya setiap dalam Buku diari Sekolah.
6. Menyimpan Buku Diari Sekolah dalam keadaan selamat dan sentiasa kemaskini.
7. Menyelaraskan dengan Guru Majalah Sekolah untuk mencatatkan peristiwa-peristiwa yang perlu dilaporkan dalam majalah tahunan sekolah.
8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa