லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

SENARAI TUGAS GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH

SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN
1. Bertanggungjawab bagi menyemai sikap suka membaca di kalangan pelajar-pelajar.
2. Menguruskan pentadbiran dan pengawas perpustakaan.
3. Menguruskan penilaian bahan-bahan bacaan setelah dipersetujui terlebih dahulu oleh Guru Besar .
4. Merekodkan segala penerimaan dan pengeluaran bahan-bahan bacaan ke dalam Buku Stok dan mengemaskinikan.
5. Menentukan dan menjamin segala harta/perabot yg ada di dlm bilik perpustakaan  drp kehilangan dan kerosakan.
6. Berusaha mencari jalan bagi menambah lagi bilangan bahan-bahan bacaan di perpustakaan.
7. Memastikan kawalan yang rapi tentang pinjaman dan pemulanagan bahan-bahan bacaan di perpustakaan. Untuk tujuan ini,pengawas-pengawas perpustakaan hendaklah dilantik untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka mengikut Jadual Tugas Perpustakaan seccara bergilir-gilir.
8. Mengadakan hubungan dengan Pengerusi Panitia Mata Pelajaran tentang buku-buku/majalah yg sesuai dibeli.
9. Menjaga keceriaan dan kebersihan bilik perpustakaan dengan cara menentukan susunan rak-rak, kerusi, meja dan penyusunan buku-buku yang kemas dan teratur.
10. Menggalakkan penggunaan perpustakaan dan menambahkan semangat gemar membaca dikalangan pelajar2.
11. Mengatur jadual dan peraturan-peraturan penggunaan perpustakaan untuk pelajar-pelajar, pengawas-pengawas perpustakaan dan utk guru-guru yg ingin menggunakan perpustakaan atau membawa pelajar2 ke bilik perpustakaan.Menetukan bahawa peraturan-peraturan yg telah ditetapkan dilaksanakan dgn berkesan.
12. Menyemak dan mengemaskinikan stok di akhir tahun.
13. Menentukan bahawa kulit-kulit buku yang rosak diperbaiki, majalah-majalah yang penting dijilid, guntingan-guntingan akhbar difailkan/dibukukan mengikut tajuk-tajuk yang terpilih.
14. Menyediakan laporan lengkap mengenai penggunaan sepenuhnya perpustakaan di akhir tahun.
15. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk perpustakaan.
16. Mengagihkan peruntukan perbelanjaan tahunan untuk perpustakaan.
17. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berhubung dengan buku teks sepertimana yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa.

SENARAI TUGAS GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Am:
    Guru Pusat Ssumber Sekolah bertanggungjawab menguruskan segalahal yang berkaitan dengan Pusat Sumber.

2. Bilik Tayangan/siaran
2.1 Menyelenggara Bilik Tayangan/Siaran dngan peralatan-peralatan yang perlu dan mengatur keadaan bilik tersebut menjadikannya sesuai dan selesa untuk digunakan.
2.2 Perhatian utama perlu diberikan tentang tempat letak peti TV, papan hijau/putih, tempat duduk pelajar-pelajar dan kemudahan-kemudahan lain bagi membolehkan tayangan/siaran diikuti dengan sempurna.

3. Jadual Waktu:
3.1 Menentukan dan menyelaraskan penggunaan Bilik Tayangan/Siaran bagi kelas-kelas tertentu selaras dengan kehendak Jadual Waktu Tayangan./Siaran dan Jadual Waktu Sekolah.
3.2 Guru Pusat Sumber Sekolah hendaklah meletakkan Jadual Waktu yang disampaikan oleh Perkhidmatan Siaran Pendidikan di papan kenyataan yang diletakkan di tempat yang sesuai dalam Bilik Tayangan/Siaran.
3.3 Satu Jadual Waktu Penggunaan Bilik Tayangan/Siaran berdasarkan Jadual Waktu Sekolah, hendaklah disediakan bagi menentukan giliran penggunaan Bilik itu.
3.4 Menyelaraskan rakaman program-program Radio dan TV Pendidikan untuk simpanan dan kegunaan sekolah.
3.5 Mengendalikan kursus atau bengkel penggunaan alat-alat sepeerti TV, radio,kaset video,OHP dsbya.

4. Nota-nota Pelajaran:
4.1 Nota-nota pelajaran yg dikirimkan ke sekolah hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.
4.2 Fail-fail patut disediakan untuk tiap-tiap mata pelajaran yang berkaitan menurut kelas-kelas berkenaan. Fail-fail nota itu patut diletakkan di tempat yang sesuai bagi membolehkan guru-guru merujuknya.

5. Perhubungan dengan Pegerusi Panitia Mata Pelajaran
     Guru Pusat Sumber Sekolah patutlah berhubung dgn Guru-guru Kanan Mata Pelajaran bagi menjelaskan   soal-soal yg berkaitan dgn jadual Tayangan/Siaran, Kandungan Siaran dan segala yg berkaitan dgnnya.

6. Surat Menyurat dan Perhubungan
     Guru Pusat Sumber Sekolah bertanggungjawab di atas semua surat menyurat dan perhubungan berkaitan dengan Tayangan/Siaran Pendidikan. 

7. Keselamatan
     Guru Pusat Sumber Sekolah sedaya upaya patut mempastikan tentang keselamatan Bilik Sumber

8. Lain-lain
8.1 Mengkatalog semua peralatan yang ada di bilik Sumber serta menyimpan Buku Stok yang kemaskini.
8.2 Melaksanakan tugas-tugas lain sepertimana yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa