லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

AJK HEM

JAWATAN KUASA HAL EHWAL MURID  


KERANGKA TUGAS

 JAWATANKUASA INDUK HEM
1.      Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula.
2.      Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan diambil ke atas pelajar berkenaan.
3.      Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar,guru serta ibubapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
4.      mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat

AJK SKIM BANTUAN TUISYEN

·       Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
·       Mengenalpasti dan memilih murid tahap 2 yang layak untuk mengikuti Kelas SBT dan mengedarkan borang
·       Menyediakan jadual perlaksanaan kelas
·       Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan
·       Memantau perlaksanaan kelas SBT supaya berjalan dengan lancar
·       Memantau perlaksanaan bantuan makanan murid SBT
·       Mengurus kewangan bantuan SBT dan pengurusan murid
·       Menguruskan tuntutan guru SBT
·       Mengemaskini rekod-rekod,fail-fail,surat-menyurat dan maklumat-maklumat berkaitan.


AJK KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN ( KWAPM )

1.      Mengenalpasti dan memilih murid yg layak menerima bantuan KWAPM mengikut syarat yang ditetapkan.
2.      Mengedarkan borang kepada murid dan menghantar senarai nama kepada PPD/JPN
3.      memastikan bantuan KWAPM dibankkan dan diagihkan dengan segera
4.      Memastikan semua penerima KWAPM mempunyai akaun simpanan di BSN
5.      Edar borang penerimaan KWAPM kepada ibu bapa/penjaga
6.      Memastikan murid yang telah menerima bantuan KWAPM menggunakan wang tersebut untuk tujuan pembelajaran (yuran,alatan sekolah,uniform sekolah dll )
  
AJK RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN ( RIMUP )

1.    Merancang perlaksanaan program RIMUP sepanjang tahun (sekurang-kurangnya 2 aktiviti )
2.    Membuat kertas kerja bagi setiap program yang dibuat
3.    Membuat laporan perlaksanaan RIMUP secara berkala dan dihantar laporannya ke PPD
4.    Membuat dokumentasi bagi setiap aktiviti RIMUP
5.    Membuat tuntutan perbelanjaan dengan pembantu tadbir
6.    Mengemaskini rekod,sistem fail,surat-menyurat dan maklumat-maklumat berkaitan

AJK SEKOLAH SELAMAT & 3K

1.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
2.    Merancang aktiviti tahunan Program Bersepadu Sekolah Selamat
3.    Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program yang melibatkan aktiviti Sekolah Selamat
4.    Membahagikan tugas kepada AJK tertentu
5.    Memberi taklimat dan cermah kepada murid tentang keselamatan dari semasa ke semasa
6.    Mengemaskini rekod, fail, surat-menyurat serta maklumat berkaitan
 7.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
8.    Merancang aktiviti tahunan Program Bersepadu Sekolah Sehat
9.    Memastikan perlaksanaan aktiviti mencapai sasaran
10.  Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program yang melibatkan aktiviti Sekolah Sehat
11.  Mengemaskini rekod,fail-fail,surat-menyurat dan maklumat berkaitan


AJK DISIPLIN & PENGAWAS

1.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang 2x setahun.
2.    Meningkatkan mutu disiplin dikalangan murid dengan menguatkuasakan peraturan sekolah.
3.    Melibatkan semua warga sekolah secara lansung dan tidak lansung dalam pengawasan disiplin murid
4.    Merekod segala butiran kes disiplin
5.    Memberi taklimat dan mengingatkan murid tentang peraturan dan disiplin dari semasa ke semasa
6.    Merancang program-program yang bersesuaian untuk meningkatkan tahap disiplin murid
7.    Mengemaskini fail/rekod / SSDM

PENGAWAS:
  1. Memilih pengawas-pengawas sekolah dan membuat perlantikan rasmi (watikah perlantikan)
  2. Melatih pengawas untuk menjalankan tugas dengan penuh kepimpinan dan membahagikan tugas
  3. Menganjurkan program/kem kepimpinan pengawas

      KESALAHAN BERAT
  1. Mencatat semua kes diiplin dan kesalahan didalam buku laporan disiplin
  2. meningkatkan mutu disiplin dikalangan murid dengan menguatkuasakan peraturan sekolah.
  3. sentiasa mengingatkan murid tentang peraturan-peraturan sekolah semaa perhimpunan
  4. mewujudkan rekod disiplin / sistem pemantauan yang berkesan
  5. menerima laporan pengawas/guru bertugas dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya

      KEKEMASAN DIRI
  1. Memastikan murid-murid memakai pakaian sekolah yang lengkap semasa hari persekolahan.
  2. memastikan murid-murid tidak memakai pakaian atau perhiasan-perhiasan yang tidak bersesuaian dan tidak termaktub dalam etika pakaian murid sekolah.
  3. menentukan bahawa tindakan diambil terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah.
  4. memastikan murid lelaki sentiasa berambut pendek.

      BASIKAL
  1. memastikan basikal disusun dengan teratur mengikut tempat yang dikhaskan.
  2. membuat pemeriksaan terhadap basikal-basikal supaya selamat digunakan oleh murid.
  3. menjalankan rondaan untuk memastikan basikal-basikal murid selamat berada di tempat simpanan.

AJK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.      Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
2.      Menganjur dan mengendalikan program bimbingan,kem motivasi,kem kepimpinan pengawas  dan kemahiran belajar
3.      Bekerjasama dengan guru disiplin menangani masalah diiplin murid.
4.      Merekod semua maklumat dan mengemaskini fail & surat-menyurat
5.      Sentiasa membantu murid yang memerlukan bimbingan
6.      memberi kaunseling kepada murid-murid yang dikenalpasti mempunyai masalah disiplin.
7.      Menjadi kaunselor dalam pengurusan program dan aktiviti
8.      Membuat dokumentasi bergambar dan bertulis bagi aktiviti yang melibatkan bimbingan dan kaunseling
9.      memberi bimbingan / panduan kepada murid untuk kemasukan ke sekolah menengah dan menguruskan borang-borang yang berkaitan

AJK SPBT

1.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
2.    Mengurus Bilik Operasi Buku Teks (BOSS) dan tempat simpanan buku
3.    Menerima buku teks dan memproses buku-buku yang baru diterima
4.    Mengagih buku teks kepada murid melalui guru kelas
5.    Mengemaskini  stok buku teks
6.    Menerima bekalan buku tek dari pengedar/penerbit dan menandatangani nota serahan/invois
7.    Memberi taklimat kepada guru & murid berkaitan buku teks dari semasa ke semasa
8.    Mengemaskini rekod, fail,surat-     menyurat serta maklumat berkaitan
 AJK RMT DAN SUSU SEKOLAH

1.      Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
2.      Mengenalpasti murid layak terima RMT dan menyenaraikan nama murid mengikut nombor.
3.      Berbincang dan memilih menu yang sesuai
4.      Menyediakan rekod tugasan guru dan rekod kehadiran murid
5.      Mengemaskini rekod,fail, surat-menyurat serta maklumat berkaitan
6.      Memantau perlaksanaan semasa pembahagian makanan dari segi kualiti dan kuantiti
7.      Melengkapkan dan menceriakan papan kenyataan di sudut RMT dengan maklumat-maklumat berkaitan
9.    Memberi taklimat dan peringatan kepada murid RMT dari semasa ke semasa
10.  Menerima stok susu,memastikan susu diterima dalam keadaan baik,disimpan ditempat sesuai dan mengemaskini rekod penerimaan
11.  membahagikan kepada murid mengikut masa yang ditetapkan

AJK KANTIN SEKOLAH

1.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
2.    Membuat peraturan di kantin
3.    Memastikan kebersihan, keceriaan dan keselamatan di kantin
4.    Memastikan makanan yang dijual adalah berkhasiat,mencukupi  dan harga berpatutan
5.    Mengawal selia penyediaan dan penjualan makanan dikantin supaya kejadian keracunan dapat dielakkan
6.    Menyediakan laporan pemantauan kantin
7.    Mengemaskini rekod, fail, surat-menyurat serta maklumat berkaitan
 AJK PENCEGAHAN DADAH

1.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
2.    Merancang program pendidikan pencegahan dadah selaras dengan perancangan PPD/JPNT
3.    Mengedarkan poster dan ditampal di kawasan sekolah
4.    Merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian
5.    Mengemaskini rekod,fail,surat-menyurat dan maklumat berkaitan
 AJK KESIHATAN DAN RAWATAN

1.      Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
2.      Menceriakan bilik rawatan dan melengkapkan papan maklumat
3.      Menyelaras rekod penggunaan bilis rawatan dan memantau penggunaan bilis berkenaan
4.      Memastikan bekalan ubat-ubatan mencukupi
5.      Mengemaskini rekod,fail,surat-menyurat dan maklumat berkaitan
6.      Memberi taklimat berkaitan kesihatan kepada murid-murid dari semasa ke semasa
 AJK KEBAJIKAN & TABUNG SAYANG DISAYANG

1.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
2.    Menyediakan tabung khas kebajikan/Tabung Sayang Disayang untuk memantu murid bermasalah
3.    Merancang program untuk mengutip sumbangan disamping meningkatkan keprihatinan murid dan warga sekolah terhadap kebajikan
4.    Mengemaskini senarai nama anak-anak yatim dari semasa ke semasa
5.    Mengemaskini senarai nama murid-murid miskin
6.    Mengadakan lawatan dan memberi sumbangan kepada murid yang kematian ibu/bapa

 AJK KEMASUKAN & PERTUKARAN MURID

1.    Menerima kemasukan murid baru dan merekodkan dalam buku pendaftaran
2.    Menyemak dan mencatat maklumat murid baru,melapor pada guru kelas dan menguruskan perkara-perkara yang perlu
3.    Pertukaran murid – menguruskan borang pertukaran murid bersama fail murid yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan (buku Adab Belajar,rekod kesihatan,Borang Maklumat Murid)
4.    Memaklumkan kepada Guru Penyelaras E-Pantau tentang pertukaran keluar/ masuk murid

AJK KEBERSIHAN & KECERIAAN BILIK GURU

1.    Memastikan keceriaan dan kebersihan bilik guru
2.    Melengkapkan papan maklumat dengan maklumat-maklumat penting seperti jadual peperiksaan,surat-surat jabatan,pekeliling dan info-info terkini


AJK KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS

1.    Merancang program dan aktiviti untuk meningkatkan keceriaan dan kebersihan kelas-kelas
2.    Menganjur dan menguruskan Pertandingan Kebersihan Antara Kelas
3.    Menyediakan rekod pertandingan kebersihan
4.    Mengumumkan dan menguruskan pemberian piala kepada pemenang Kelas Terbersih setiap minggu

 AJK KEDAI PIBG SEKOLAH

1.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
2.    Mengurus kewangan kedai
3.    Memastikan pengurusan jual beli dijalankan dengan baik dan teratur.
4.    Membahagikan tugas kepada semua AJK
5.    Mempamerkan harga jualan
6.    Bertanggungjawab atas kebersihan dan keselamatan Kedai PIBG
7.    Menyediakan minit mesyuarat dan laporan kewangan untuk dibentang dalam mesyuarat guru
 AJK KELAB GURU

1.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
2.    Mengutip yuran bulanan dari ahli kelab guru
3.    Merancang aktiviti yang bersesuaian
4.    Menyampaikan sumbangan mengikut perlembagaan
5.    Menyediakan  minit mesyuarat dan laporan kewangan untuk dibentang dalam mesyuarat guru
   


AJK KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH MENENGAH

 Mengemaskini nama dan maklumat murid Tahun 6 untuk kemasukan ke sekolah menengah ( dengan kerjasama guru kelas dan guru kaunseling )
  1. Memastikan semua sijil dan surat penghargaan dibuat dan diberi kepada murid-murid yang berkelayakan.
  2. Menguruskan borang kemasukan ke sekolah menengah (PSM) dan borang rayuan ke sekolah lain (RSM)
  3. Membantu murid untuk mendapatkan borang-borang dan mengisi serta menyemak permohonan ke sekolah berasrama penuh.
  4. Membantu murid mengisi borang dan dokumen-dokumen yang berkaitan sekiranya ada murid yang ingin menyemak semula keputusan UPSR
  5. Membantu murid mengisi borang-borang serta menyemak permohonan ke sekolah MRSM,sekolah menengah agama persekutuan atau negeri, sekolah elit dan premier, PERKAYA dan sebagainya


AJK SKIM SIMPANAN / TABUNGAN

  1. Memastikan semua murid menyertai skim simpanan / tabungan
  2. Menggalakkan murid-murid menabung
  3. Menyampaikan maklumat kepada murid berkaitan dengan urusan membuka akaun dan penyimpanan wang.
  4. Menyediakan borang-borang berkaitan dan berurusan dengan pihak bank (BSN)
  5. Menyimpan senarai nama murid yang mempunyai akaun bank