லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

PANDUAN PENGURUSAN GURU BESAR :

Pengurusan & Pentadbiran
PANDUAN PENGURUSAN GURU BESAR :

PRA SYARAT PEMANGKUAN TUGAS GURU BESAR
( PROSES EMPOWERMENT / PENURUNAN KUASA )
 
Guru Penolong Kanan ( 1 ) dituntut menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaannya ( Guru Besar ) di sekolah. GPK ( 1 ) akan mematuhi segala panduan dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Guru Besar. Apabila ke dua-dua Guru Besar dan GPK ( 1 ) tiada di sekolah, tugas ini akan diambil alih oleh GPK ( HEM ) pula. Jika ke tiga-tiga mereka yang disebut tadi serentak tidak berada di sekolah, tugas, tanggungjawab, peranan dan fungsi Guru Besar akan disandang oleh GPK ( Kokurikulum ). Jika ditakdirkan mereka yang tersebut di atas, ke empat-empatnya juga tiada di sekolah pada hari yang sama, maka Guru Media dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas, tanggungjawab, peranan dan fungsi seorang Guru Besar. Secara teorinya, jika masih berlaku ke lima-lima individu pengurusan atasan yang dinyatakan tadi tiada di sekolah pada waktu yang sama, maka Guru Besar berhak melantik mana-mana Ketua Jabatan atau guru penolong lain sebagai Pegawai Bertanggungjawab menggantikannya sepanjang tempoh ketiadaan ke semua yang disebutkan?tadi.

Di SKPP9(2) juga, GPK ( 1 ), GPK ( HEM ), dan GPK ( Kokurikulum ) akan secara musyawarah berkongsi menjalankan tugas, tanggungjawab, peranan, dan fungsi mereka bertiga seperti yang tertera dalam Buku Panduan dan Deskripsi tugas, secara kolektif. Dalam lain perkataan, setiap GPK mampu menjalankan amanah yang diperturunkan kepadanya dengan berkesan tanpa mengira kepada siapakah bidang sesuatu aktiviti itu patut ditujukan. Dengan ini, ditegaskan sekali lagi, bahawa setiap GPK tanpa mengira hierakinya mampu menjalankan tugasan atau menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi tanpa perlu merujuk kepada individu GPK yang sepatutnya. Sebagai contoh, seorang bapa datang ke sekolah untuk meminta rekod aktiviti kokurikulum anaknya. Jika orang pertama yang ditemuinya, secara kebetulan ialah GPK ( 1 ), maka beliau akan terus menangani masalah itu sendiri tanpa perlu merujukkan bapa ( pelanggan ) tersebut kepada GPK ( Kokurikulum ); iaitu Pegawai Bertanggungjawab sepatutnya. Oleh yang demikian, setiap GPK perlu mengambil tahu bidang tugas, tanggungjawab, peranan dan fungsi rakannya agar, ia tidak hilang punca apabila menghadapi sesuatu masalah nanti terutamanya masalah yang di luar spesifikasi jawatannya.

Guru Media pula dipertanggungjawabkan untuk membantu ke tiga-tiga GPK dan Guru Besar terutamanya, dalam bidang kesetiausahaan. Guru Media juga merangkap Guru Data Sekolah, Guru EMIS Sekolah dan juga sebagai Timbalan Lead Auditor dalam sistem SKPM di sekolah ( SKPP9(2) ini. Kepada mereka semua, diucapkan selamat menjalankan tugas, tanggungjawab, peranan, fungsi dan amanah yang telah diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana Tuhan yang maha berkuasa.

GURU BESAR BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP :
Guru Besar selaku Ketua Profesional dan Pentadbiran tugasnya dibantu oleh:-
1.???? Guru Penolong Kanan 1 ( Kurikulum & Pentadbiran )
2.???? Guru Penolong Kanan I I ( Hal Ehwal Murid )
3.???? Guru Penolong Kanan Kokurikulum
4.???? Guru Penyelaras Pendidikan Khas
Tugas-tugas yang dijalankan secara keseluruhannya adalah menguruskan perjalanan pentadbiran am sekolah, menyelia pelaksanaan kurikulum supaya selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelaksanaan program pendidikan tambahan dan khidmat bantu, memajukan kegiatan ko-kurikulum, memberikan pimpinan profesional kepada semua guru dan memupuk kerjasama antara sekolah dengan masyarakat melalui pertubuhan-pertubuhan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Ahli Lembaga Pengurus Sekolah.


1.   KURIKULUM
1.1 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
1.2 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Lima Tahun Sekolah
1.3 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Buku Pelajaran Sekolah ( SPBT /Buku tambahan )
1.4 Mewujudkan sistem pengurusan dan penyeliaan kurikulum yang berkesan
1.5 Merancang dan -menggalakkan penyeliaan, pembuatan alat pengajaran dan pembelajaran serta mengawal pembelian
1.6 Mengadakan kursus-kursus dalaman berkaitan dengan kurikulum dan profesionalisme.
1.7 Merancang pemilihan guru-guru untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan pihak-pihak lain.
1.8 Menentukan program kurikulum sekolah berjalan dengan licin dan lancar melalui pengesanan dan penilaian yang teliti.
1.9 Mengadakan program-program dan aktiviti pendidikan bagi meningkatkan prestasi termasuk pemulihan dan bimbingan.
1.10 Menentukan supaya rancangan Radio dan TV Pendidikan diikuti oleh semua murid
1.11 Memastikan Pusat Sumber Sekolah berfungsi sepenuhnya.
1.12 Mewujudkan iklim akademik yang memberangsangkan di sekolah.
1.13 Mengajar sekurang-kurangnya lima waktu seminggu.

2.  KOKURIKULUM
2.1 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kokurikulum sekolah.
2.2 Memastikan perancangan dan pelaksanaan kokurikulum berjalan dengan berkesan.
2.3 Mengadakan program-program dan aktiviti kokurikulum bagi meningkatkan prestasi termasuk pemulihan dan bimbingan.
2.4 Meluluskan peruntukan kewangan untuk kegiatan dan pembelian alatan.
2.5 Menimbang untuk memberi persetujuan kepada tenaga pengajar kegiatan kokurikulum yang datang daripada pihak luar.

3.? PERKHIDMATAN TADBIRAN :
Perjawatan
3.1?Memastikan dengan apa jua cara supaya tiap-tiap orang guru mempunyai Surat Kebenaran Mengajar dan Perakuan Pendaftaran Guru ( yang mana berkenaan ) dengan seberapa segera atau lain-lain perakuan.
3.2?Menentukan rekod-rekod peribadi dan data guru dan kakitangan sentiasa dalam keadaan kemas kini.
3.3 Melaporkan kekosongan dan memohon pengisian jawatan guru dan kakitangan sekolah.
3.4 Memaklumkan dan memproses permohonan kenaikan pangkat dan permohonan ke jawatan-jawatan lain daripada guru-guru dan kakitangan.
3.5 Menjadi Penilai Semula Laporan Nilai Prestasi untuk guru dan kakitangan yang telah dinilai oleh penilai pertama dan menjadi penilai pertama kepada Laporan Nilai Prestasi Guru-guru Penolong Kanan / Penyelia Petang / Guru Cemerlang / Guru Time Base.
3.6 Menyalurkan maklumat-maklumat Peperiksaan Am Kerajaan / Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kepada guru-guru dan kakitangan yang terlibat.
3.7 Menyemak dan menandatangani Penyata Perubahan Gaji guru dan kakitangan (akibat dari: Cuti Tanpa Gaji, Pertukaran, Tindakan Tatatertib, Pengesahan Jawatan, Pengesahan Perlantikan, Pertukaran Kategori dan lain-lain).
3.8 Menimbulkan kenaikan gaji tahunan guru-guru dan kakitangan dan meluluskan mana-mana yang layak.
3.9 Menimbangkan Pengesahan Jawatan guru-guru dan kakitangan dan memperakukan Sijil Pengesahan yang mana layak.
3.10 Menjadi Pengerusi Pelapor Lembaga Tatatertib sekolah.
3.11 Memperakukan permohonan ke Jawatan Berpencen guru-guru dan kakitangan.
3.12Menimbangkan permohonan cuti sambilan guru-guru dan cuti tahunan kakitangan dan meluluskan yang mana layak.
3.13 Memproses dan melanjutkan permohonan cuti guru-guru dan kakitangan.
3.14 Menguruskan proses pencen guru-guru dan kakitangan.
3.15 Melanjutkan permohonan perletakan jawatan guru-guru dan kakitangan.
3.16 Merancang, mengurus, mengarah dan menyelia segala aktiviti sekolah supaya berjalan dengan licin dan lancar.
3.17 Melaksanakan proses penghapuskiraan harta benda sekolah mengikut prosedur yang telah ditentukan.
3.18 Menimbangkan dan melanjutkan permohonan menggunakan harta benda sekolah daripada pemohon luar.

Pembangunan dan Bekalan

3.19 Merancang pembangunan projek-projek baru dan kemudahan asas di sekolah dari masa ke semasa.
3.20 Menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan / gantian dari masa ke semasa.

Kewangan
3.21 Menjadi Pengerusi Kewangan dan Pemegang Amanah Harta Tetap sekolah.
3.22 Memastikan penyeliaan gaji dan elaun mengikut arahan Jabatan.
3.23 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan.
3.24 Mengurus dan mengawal kutipan Wang Suwa sekolah.
3.25 Menyediakan tuntutan Wang Bantuan Kerajaan.
3.26 Mengawal dan mengemaskini buku akaun sekolah.
3.27 Menyelesaikan pembayaran segaja perbelanjaan sekolah.
3.28 Menentukan setiap penerimaan, dan pembayaran dibuat mengikut prosedur kewangan.
3.29 Menyediakan Laporan Akaun Sekolah yang belum beraudit.
3.30 Mengambil tindakan Laporan Audit.
3.31 Menyelenggarakan panjar wang runcit mengikut peraturan yang ditentukan.
3.32 Menguruskan hapuskira hutang yuran murid dan hutang lapuk sekolah.

Hal Ehwal Murid

3.33 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Murid.
3.34 Menjadi Pengerusi Jawatan kuasa Disiplin Sekolah dan mengawasi supaya undang-undang dan peraturan sekolah sentiasa dipatuhi oleh murid-murid.
3.35 Mewujudkan kemudahan–kemudahan yang maksimum untuk membantu  pembelajaran murid.
3.36 Memastikan supaya hal-hal kebajikan dan sosial murid seperti kesihatan, rawatan kecemasan dan lain-lain kesulitan yang dihadapi oleh murid sentiasa di titik beratkan.
3.37 Menyedia dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan di sekolah.
3.38 Mengadakan kemudahan kesihatan di sekolah.
3.39 Memastikan supaya rekod–rekod laporan kemajuan, disiplin dan kesihatan murid-murid sentiasa dalam kemaskini.
3.40 Meneliti dan mclanjutkan permohonan murid-murid yang layak mendapat bantuan biasiswa dan bantuan lain.
3.41 Merancang program lawatan sambil belajar dan mempastikan lawatan itu menghasilkan pembelajaran kepada :urid-murid.
3.42 Mewujud dan mengekalkan iklim fizikal sekolah yang balk.
3.43 Mewujudkan perhubungan yang baik di kalangan anggota masyarakat sekolah.
3.44 Mewujudkan kerjasama dan perhubungan dua hala yang baik dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
3.45 Mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang erat dengan sekolah-sekolah.
3.46 Mewujudkan suasana perhubungan yang baik dengan agensi–agensi kerajaan dan swasta setempat.
3.47 Melibatkan diri dalam aktiviti–aktiviti masyarakat (mana yang sesuai).
3.48 Menjadi Setiausaha Lembaga Pengurus Sekolah / Ahli Pengawal Kewangan

4.  AM
4.1 Memastikan pekeliling dan siaran diteliti, dibincang dan disampaikan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
4.2 Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Pengarah Pendidikan Negeri atau ,dari Kementerian Pendidikan dari masa ke semasa.

SENARAI TUGAS HARIAN GURU BESAR
1.
???????????? Melaksanakan peranan, tugas dan tanggung jawab Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi dengan berkesan agar apa yang patut ada mesti ada, hendaklah berfungsi dan sentiasa dalam keadaan bersih. Menjalinkan jaringan kerja dengan Stake holder, lain-lain organisasi Kerajaan dan Bukan Kerajaan dan juga anggota masyarakat setempat dan rakyat Malaysia amnya.
2.
???????????? Mengutamakan perihal ehwal setiap aspek pengurusan Kurikulum, yang menjadi tonggak kepada kerja utama di sekolah dengan dibantu oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum.
3.
???????????? Memantau pelaksanaan aktiviti dan pengurusan Kokurikulum di sekolah yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
4.
???????????? Memastikan pengurusan Hal Ehwal Murid yang dipandu oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM ) berjalan dengan licin dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan.
5.
???????????? Memberikan perhatian yang amat teliti dalam hal ehwal Pengurusan Kewangan sekolah dan memastikan pembudayaan segala urusan kewangan dan perakaunan sekolah dituruti dengan mematuhi prosedur-prosedur yang dikuatkuasakan.
6.
???????????? Sama ada Guru Besar hadir atau sebaliknya, Guru Besar bertanggungjawab memastikan setiap hal ehwal Pengurusan Pejabat berjalan lancar dengan pematuhan kepada setiap peraturan yang diguna pakai dan berkuat kuasa.
7.
???????????? Guru Besar hendaklah memperuntukkan sebahagian daripada masanya untuk menguruskan perjalanan Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal sekolah agar pembangunan prasarana dan kemudahan fizikal dapat selari dengan "Core Business" di sekolah iaitu pengurusan Kurikulum.
8.
???????????? Memantau perkembangan hal ehwal Kebajikan dan Kerjaya anggota warga sekolah yang di bawah kawalannya agar setiap perkembangan pengurusan anggota berada di dalam pengetahuan Guru Besar.
9.
???????????? Memperuntukkan sedikit perhatian dalam perjalanan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah bagi memastikan P.I.B.G. dapat berfungsi dengan berkesan membantu sekolah.
10.
???????? Memikirkan masa hadapan kendiri melalui Laluan Kerjaya, keanggotaan dalam badan profesional dan Kesatuan, pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat, amalan kehidupan beragama dan melaksanakan tanggungjawab sosial yang dalam kemampuan pelaksanaannya.

SESEORANG GURU BESAR BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA TERHADAP :

1) Pentadbiran pengurusan dan ikhtisas sekolah. (Ketua Eksekutif Pentadbiran Sekolah Rendah)
2) Visi, Misi, Matlamat dan Objektif sekolah mengikut Polisi Kementerian Pendidikan dan Negara.
3) Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah.
4) Peraturan keselamatan harta dan nyawa di sekolah.
5) Pembangunan fizikal, ketenteraman, keselamatan, keceriaan, kebersihan sekolah dll.
6) Perancangan dalam semua bidang dan aktiviti di sekolah.
7) Proses bimbingan kepada semua anggota warga sekolah.(Guru, murid & AKS ).
8) Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum dan Ko-kurikulum Sekolah Rendah.
9) PengerusiJawatankuasaKewanganSekolahRendah.
10)Pengerusi Lembaga Tatatertib dan Disiplinmurid-murid di sekolahnya sendiri.
11)Pendaftaran Persatuan / Kelab yang wujud dan diluluskan penubuhannya di sekolahnya.
12)Perhubungan ‘Mesra Pelanggan’ dengan pihak di luar dan dalam dunia pendidikan.
13)Menjadi Ketua Protokol bagi semua acara yang wujud di sekolah rendah khususnya ..
14)Setiap perjawatan yang dilulus dan diwujudkan di sekolahnya.
15)Semua surat-menyurat antara sekolahnya dengan pihak di luar sekolah.
16)Mewakili sekolahnya secara RASMI dalam apa sahaja Majlis yang menuntut kehadirannya.
17)Mengurus Asrama jika ada.
18)Keanggotaan dalam Pertubuhan Ikhtisas bagi Guru-Guru Besar seperti Majlis Guru Besar (MGB).
19)Ex-Officio Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ). (Kerana Perjawatannya sebagai seorang Guru Besar = Penasihat P.I.B.G.)
20)Lain-lain tugas yang diarahkan oleh ‘Stake Holder’nya iaituPPD, JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia dari masa hingga ke semasa.


A
BIDANG TANGGUNGJAWAB: PENGURUSAN  AM  SEKOLAH
KEPIAWAIAN

KETUA EKSEKUTIF kepada Pentadbiran, Perjawatan, Kewangan dan fizikal sekolah.

Bertanggungjawab menyediakan; Falsafah Pendidikan Sekolah, Piagam Pelanggan, Cogankata, Visi, misi, Matlamat, objektif, nilai-nilai murni, carta organisasi, pelan tindakan keselamatan dan kebakaran, Format SKT (Sasaran Kerja Tahunan), Format SKM (Sasaran Kerja Mingguan), Format ikrar dan akujanji murid, ibubapa / penjaga dan guru dan senarai buku-buku dan rubber stamp yang perlu ada di sekolah.Lihat ( Lampiran : A)

Merancang, melaksana dan menilai program-program Jawatankuasa-jawatankuasa Kurikulum dan Kokurikulum dan Kewangan Sekolah dan Majlis Quality Sekolah.

Memantau dan menilai setiap program bagi setiap Jabatan Bidang yang diketuai oleh Ketua-ketua Jabatan masing-masing.

Merancang, menyusun dan menyiapkan taqwim sekolah bersama-sama GPK-GPK dan Ketua Jabatan Bidangnya.
Menguruskan permohonan dan pertukaran guru dan kakitangan sekolah.
Merancang, melaksana dan menilai Perkembangan Staf sekolah.

Memantau dan menilai pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan pengurusan lain-lain bilik yang ada di sekolah.

Memastikan setiap aktiviti sekolah dijalankan dengan terancang dan teratur.

Menjalankan tanggungjawab perhubungan dengan masyarakat luar.

Berakauntabiliti ke atas setiap aktiviti di sekolah.
Dicetak, dipamerkan dan dijilidkan sebagai bahan rujukan dan panduan untuk kegunaan semua warga sekolah pada bila-bila masa.

1 program setiap jawatankuasa dilaksanakan 100 % .
1 program untuk setiap jabatan dilaksanakan 100 %.

Siap sebelum sekolah dibuka.
Pada waktu yang diperlukan.
Sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 90 % mematuhi spesifikasi.


Didokumenkan.

Ketua protokal di sekolah.