லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

SENARAI TUGAS BARISAN PENGURUS SEKOLAH

SENARAI TUGAS GURU BESAR
1. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran pengurusan dan ikhtisas.
2. Bertanggungjawab terhadap polisi dan objektif sekolah mengikut Polisi KPM.
3. Perancangan semua bidang tugas dan gerakerja di sekolah.
4. Ketua penilai perancangan dan hasil-hasil usaha kakitangan dan pelajar-pelajar sek.
5. Ketua bimbingan kepada semua anggota kakitangan, guru dan bukan guru.
6. Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
7. Pengerusi Lembaga Tatatertib kakitangan sekolah.
8. Pengerusi Lembaga Tatatertib pelajar sekolah.
9. Pengerusi Jawatankuasa Ko-kurikulum.
10. Bertanggungjawab terhadap kewangan dan akaun sekolah.
11. Pendaftar Persatuan / Kelab yang wujud dan diluluskan oleh sekolah.
12. Ketua pegawai Perhubungan di antara sekolah dengan orang ramai, Jabatan-Jabatan Kerajaan, di antara kakitangan dgn pelajar & di antara mana-mana kumpulan di bawah bidang kuasa sek.
13. Ketua protokol bagi semua acara sekolah.
14. Bertanggungjawab ke atas peraturan keselamatan harta / nyawa di sekolah.
15. Penyelaras semua surat menyurat antara sekolah dan pihak luar.
16. Ex-Officio Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah.
17. Mewakili sekolah dalam upacara-upacara rasmi.
18. Bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal sekolah, ketenteraman, keselamatan dan sebagainya.
10. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh JPNJ dari semasa kesemasa.

SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN 1
1. Tugas Profesional :
    1.1 Kurikulum
    1.2 Perpustakaan Sumber
    1.3 Perkembangan Staf

1.1 Kurikulum
1.1.1 Merancang program pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun
1.1.2 Memeriksa dan mengesahkan rancangan pengajaran mingguan dan harian guru semasa ketiadaan pengetua dan apabila diarahkan oleh beliau.
1.1.3 Sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
1.1.4 Menyelaras Sukatan dan Rancangan Pelajaran.
1.1.5 Menyediakan Jadual Waktu, pengagihan tugas mengajar & jadual waktu guru ganti harian.
1.1.6 Menyelia pelajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
1.1.7 Merancang dan menyelia kelas-kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti kurikulum.
1.1.8 Mempastikan pengajaran dan pembelajaran mengikut Sukatan Pelajaran Kementerian Pelajaran dan selaras dengan  kehendak negara.
1.1.9 Merancang dan mentadbir perjalanan peperiksaan awam dan ujian dalaman seperti ujian bulanan, ujian penggal dan lain-lain.
1.1.10 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan awam dan ujian bulanan.

1.2 Perpustakaan Sumber
1.2.1 Merancang, melaksana dan menyelia perjalanan dan kegiatan dan perpustakaan sumber sekolah.
1.2.2 Memilih & mengklasifikasikan bahan-bahan, buku-buku dll bg kegunaan Pusat sumber sekolah .
1.2.3 Mewujudkan satu suasana budaya membaca.
1.2.4 Menguruskan Buku-buku Stok alat-alat Pusat Sumber.
1.2.5 Menyelaraskan keperluan alat bantuan mengajar termasuk alat / bahan elektronik semua matapelajaran.
1.2.6 Menilai kesesuaian bahan pengajaran.
1.2.7 Menyelia penggunaan dan penyimpanan alat/bahan pengajaran dan mengesan rekod penggunaannya.
1.2.8 Menyelia Pusat Sumber sekolah seperti penyediaan Jadual Penggunaan.
1.2.9 Merancang dan mencadangkan pembelian bahan-bahan Pusat Sumber.
1.2.10 Menyediakan anggaran belanjawan perpustakaan sumber.
1.2.11 Mengatasi masalah semasa.
1.2.12 Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 1.3 Perkembangan Staff
    1.3.1 Merancang, melaksana program perkembangan staf.
    1.3.2 Merancang mengadakan ‘in house training’ untuk kakitangan.
    1.3.3 Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

2. Tugas Pentadbiran, Perjawatan dan Perkhidmatan Membantu Guru Besar menjalankan tugas :

2.1 Perjawatan dan Perkhidmatan
2.1.1 Urusan penyediaan gaji, terutama sekali Kew. ‘S’, Sijil Gaji Akhir dan Penyata Perubahan Gaji dll.
2.1.2 Menyelia dan menyemak Buku Tunai Wang Kerajaan / SUWA pada masa-masa  yang telah ditetapkan.
2.1.3 Merancang Anggaran Belanja Mengurus Tahunan Sekolah.
2.1.4 Menyelia bil-bil, invois-invois dan resit-resit perbelanjaan sekolah.
2.1.5 Menyelia penyara audit.
2.1.6 Menguruskan kutipan yuran murid dan urusan mengkreditkan wang sekolah ke dalam bank.
2.1.7 Menyelia dan menyemak tuntutan/tunggakan dan lain-lain untuk guru-guru dan kakitangan.
2.1.8 Menyelia hal-hal berkaitan dengan KWSP, Cukai Pendapatan, Biro Angkasa dll.
2.1.9 Menyelia dan menyelenggara fail-fail kewangan sekolah.
2.1.10 Menguruskan urusan Pesanan Bahan.
2.1.11 Menyediakan Perangkaan.      
2.1.12 Menyediakan Penyata Bulanan / Tahunan.
2.1.13 Mengurus Laporan Nilai Prestasi Guru dan kakitangan bukan guru.
2.1.14 Mempastikan pekeliling-pekeliling Kementerian, Jabatan & Daerah diedarkan & disimpan.
2.1.15 Mengurus Permit Mengajar .
2.1.16 Mengurus Pengesahan Jawatan Guru dan kakitangan bukan guru
2.1.17 Sebagai Ahli Lembaga Tatatertib Sek & menguruskan rekod tindakan tatatertib.
2.1.18 Menentukan senarai tugas, giliran bertugas & cuti guru & kakitangan bukan guru.
2.1.19 Menyelia pengawalan kakitangan sekolah.
2.1.20 Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

2.2 Pentadbiran
2.2.1 Menguruskan Jadual Kedatangan guru, pekerja dan pelajar-pelajar.
2.2.2 Menentukan keperluan perjawatan guru dan kakitangan sekolah.
2.2.3 Menyelia kantin sekolah.
2.2.4 Menguruskan pertukaran dan kemasukan murid.
2.2.5 Menyemak laporan guru bertugas harian dan mingguan.
2.2.6 Menyelenggara semua Buku Stok sekolah.
2.2.7 Menguruskan proses hapus kira buku-buku dalam Skim Pinjaman Buku Teks..
2.2.8 Merancang dan menyelenggara bangunan dan keselamatan harta benda sekolah.
2.2.9 Menyelaras semua aktiviti sekolah seperti Hari Ucapan, Mesyuarat Agung PIBG dan lain-lain.
2.2.10 Mengurus penerbitan majalah sekolah.
2.2.11 Mengurus Keceriaan sekolah.
2.2.12 Mengurus Koperasi.
3. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dll pihak yang berkenaan dari semasa.

SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN (HAL EHWAL MURID)
1. Bimbingan dan Kaunseling.
1.1 Menentukan fail yang kemaskini setiap orang pelajar.
1.2 Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar-pelajar.
1.3 Mengawasi perangkaan corak kehadiran pelajar-pelajar untuk tujuan kaunseling.
1.4 Menyediakan maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar. Bagi pelajar-pelajar yang lemah, usaha mengadakan kelas bimbingan diadakan.
1.5 Mengadakan kajiselidik dan menjlnkan usaha membantu pelajar ke arah mencapai kemajuan yang lebih sempurna.
1.6 Mengumpul, menyediakan dan menyebarkan maklumat kerjaya, Pusat Pengajian Tinggi, Vokasional, Latihan dan pelajaran kepada pelajar-pelajar.
1.7 Mengelolakan lawatan sambil belajar.
1.8 Merancang & menyelaras aktiviti-aktiviti bimbingan kelompok yg boleh menggalakkan perkembangan kendiri.
1.9 Mengadakan pertemuan dengan ibu bapa / penjaga bagi tujuan menyelesaikan masalah pelajar serta memberi kefahaman  tentang bimbingan dan kaunseling.
1.10 Membantu pelajar memilih karier pada masa yang akan datang serta berusaha mengadakan cara-cara bagi pemupukan minat mereka.
1.11 Merancang aktiviti kaunseling peribadi.

2. Mencegah Penyalahgunaan Dadah :
2.1 Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu / kelompok kearah menanam sikap bencikan dadah.
2.2 Mengadakan kempen-kempen yg berkesan di sek supaya pelajar-pelajar memahami mengapa dadah perlu dijauhi.
2.3 Memberi bantuan / pertolongan kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan rawatan pemulihan sekiranya mereka telah mengambil dadah.
2.4 Memberi bantuan kepada pelajar yang keluar daripada pusat pemulihan supaya dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan dan masyarakat.
2.5 Membuat penilaian dan membuat laporan kepada pihak sekolah dan seterusnya ke peringkat Pejabat Pelajaran Daerah,  Jabatan Pelajaran Negeri serta KPM.
2.6 Menyediakan fail-fail yg kemaskini mengenai kes-kes pelajar yang terlibat dalam hal penyalahgunaan dadah.
2.7 Memastikan semua panduan, pekeliling dan surat-surat mengenai kes kes dadah dimiliki dan digunakan secara berkesan.Mengesan penyalahgunaan dadah.

3. Hal-hal disiplin
3.1 Mengemaskini peraturan disiplin sekolah berdasarkan situasi dan kondisi sekolah.
3.2 Mengadakan usaha memberi kefahaman mengenai peraturan disiplin sekolah kepada pelajar, guru,ibu bapa.
3.3 Merangka tatacara hukuman yg dikenakan kepada pelajar yg melanggar peraturan sekolah sesuai dgn kehendak -kehendak pekeliling Kem Pelajaran. Tatacara  hukuman itu hendaklah dijelaskan kpd pelajar, guru/ibu bapa
3.4 Menyimpan rekod pelajar yang dikenakan hukuman.
3.5 Mengadakan kumpulan-kumpulan dinamik atau kursus pengukuhan diri bagi membentuk peribadi yang baik.
3.6 Berusaha menanam sikap cintakan sekolah, hormatkan guru, ibu bapa, orang tua dan rakan sebaya di kalangan pelajar.
3.7 Mengadakan aktiviti-aktiviti yg menuju kearah pembentukan perilaku kendiri yg baik.
3.8 Berusaha memberikan penerangan kepada semua kakitangan sekolah supaya bersama mengambil berat tentang displin pelajar.
3.9 Mengadakan progam penerangan kepada ibu bapa/penjaga supaya terlibat sama mengawal dan memperbaiki displin pelajar.
3.10 Menanam sikap kesedaran kpd pelajar supaya memahami dan menghayati akan pentingnya hidup berdisplin.

4. Pengurusan Biasiswa
4.1 Mengenalpasti pelajar-pelajar yang layak mendapat biasiswa.
4.2 Mengawal kewangan biasiswa pelajar yang untuk kepentingan pelajaran mereka.
4.3 Membantu pelajar-pelajar yang manerima biasiswa supaya prestasi pelajaran mereka sentiasa meningkat dan membolehkan biasiswanya berterusan .

5. Pengurusan Buku Teks
5.1 Membuat kajian pelajar-pelajar yang berhak mendapat bantuan buku teks.
5.2 Menyediakan senarai buku teks yang diperlukan oleh sekolah setelah dikaji dengan teliti dan dinilai oleh sebuah jawatankuasa pemilih.
5.3 Membereskan urusan pesanan buku teks.
5.4 Bertanggungjawab menguruskan pembahagian buku teks.
5.5 Membuat penilaian tentang buku-buku teks yang dipesan.
5.6 Mengemaskinikan maklumat, penyimpanan, pengagihan, pengambilan buku teks.
5.7 Membuat syor-syor memperbaiki sistem pemberian buku teks.

6. Melaksanakan lain-lain tugas yg diarahkan oleh Guru Besar dan lain-lain pihak yang berkenaan.
  
SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1. Mengendalikan kegiatan Ko-kurikulum
    1.1 Permainan dan Olahraga :
         1.1.1 Merancang program tahunan, penggal dan bulanan.
         1.1.2 Menguruskan pengagihan tugas.
         1.1.3 Menjalakan latihan-latihan mingguan dan penggal persekolahan.
         1.1.4 Mengelola pertandingan-pertandingan antara rumah dan sekolah.
         1.1.5 Mengelola sukan tahunan.
         1.1.6 Menyediakan dan menentukan alatan-alatan sukan supaya mencukupi.
         1.1.7 Menguruskan Buku Stok alatan permainan dan olahraga.
         1.1.8 Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan, permainan dan olahraga.
         1.1.9 Menggunakan pemilihan, penyertaan dan kebajikan pelajar-pelajar yang mewakili sekolah kejohanan MSSD, MSSJ,     dan MSSM.
         1.1.10 Menyediakan laporan prestasi setiap pemain diakhir pertandingan / kejohanan.
    1.2 Pakaian Seragam :
         1.2.1 Menentukan kewujudan setiap unit pakaian seragam sekolah bersesuaian dengan keadaan dan situasi.
         1.2.2 Mengadakan perlembagaan.
         1.2.3 Merancang aktiviti tahunan.
         1.2.4 Menentukan ahli.
         1.2.5 Melantik guru-guru yang sesuai untuk memimpin berdasarkan latihan yang diterima.
         1.2.6 Menentukan peralatan yang mencukupi.
         1.2.7 Mengadakan ‘in house training’ utk guru-guru yang tidak mempunyai kemahiran di bidang tugasnya.
         1.2.8 Merekodkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
    1.3 Kelab dan Persatuan :
         1.3.1 Merancang, menubuhkan dan mengawal kegiatan-kegiatan kelab & persatuan.
         1.3.2 Menentukan segala rancangan dan aktiviti dilaksanakan.
         1.3.3 Menguruskan kira-kira dan akaun kelab dan persatuan.
         1.3.4 Menentukan kegiatan dan aktiviti kelab dan persatuan mengikut peraturan-peratuan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
         1.3.5 Menyelia dan memimpin aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab & persatuan.
         1.3.6 Berusaha untuk menambah kelengkapan kelab dan persatuan.
    1.4 Hobi dan Rekreasi :
         1.4.1 Menubuhkan kelab, hobi dan rekreasi.
         1.4.2 Menggalakkan penyertaan pelajar-pelajar.
 1.4.3 Mengenalpasti minat pelajar untuk menggalakkan penyertaan mereka di dalam satu-satu kelab, hobi dan rekreasi.
         1.4.4 Menyelia perjalanan kelab.
         1.4.5 Membuat laporan.

2. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dll pihak yg berkenaan.