லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

SENARAI TUGAS GURU

SENARAI TUGAS GURU BIASA
Tugas utama bagi seseorang guru itu adalah untuk mengajar dan mendidik. Walaubagaimanapun, berikut disenaraikan tugas-tugas lain sebagai panduan guru

1. Dari Segi Profesion:
1.1 Tugas-tugas mengajar:
1.1.1 Mengajar mata-mata pelajaran yang layak sejumlah waktu yang ditetapkan
1.1.2 Menyediakan matapelajaran tersebut termasuk menyimpan Buku Persediaan Mengajar
1.1.3 Penyediaan alat-alat mengajar
1.1.4 Penyampaian matapelajaran
1.1.5 Mengajar mengikut rancangan-rancangan pelajaran yang berdasarkan Sukatan Pelajaran
1.1.6 Memeriksa Latihan-latihan pelajar
1.1.7 Pengantian tugas-tugas bagi lain-lain guru
1.1.8 Menepati masa
1.2 Pentadbiran bilik darjah
1.2.1 Menyimpan daftar kelas
1.2.2 Mengawal dan menyelia keadaan dibilik darjah
1.2.3 Hubungan surat menyurat dengan ibu bapa/penjaga
1.2.4 Kutipan segala yuran(Yuran Penggal Sekolah, Peperiksaan Dalaman, Peperiksaan Luar, MSSJ, Majalah Sekolah, Projek Sekolah,DermaPIBG dan lain-lain pungutan )
1.2.5 Kad 001/Fail Peribadi pelajar
1.2.6 Buku Penyata Kemajuan Pelajar/Kad Ujian Bulanan
1.2.7 Buku Pelaporan Ko-kurikulum
1.2.8 Penyedian urat-surat akaun dan sijil
1.3 Peperiksaan Dalaman
1.3.1 Penyediaan soalan-soalan ujian/peperiksaan(bulanan/penggal/tahunan)
1.3.2 Pengawasan peperiksaan
1.3.3 Memeriksa, memberi markah dan memproses skrip
1.3.4 Pengredan markah
1.3.5 Penganalisaan keputusan
1.4 Peperiksaan Luar
         1.4.1 Borang-borasng kemasukan peperiksaan pelajar
         1.4.2 Kutipan yuran
         1.4.3 Pengawasan peperiksaan
1.5 Penjagaan Disiplin
         1.5.1 Membantu pengawasan disiplin pelajar-pelajar pada amnya
         1.5.2 Perhubungan dengan ibu bapa/penjaga
         1.5.3 Memeriksa kebersihan peribadi dan pakaian pelajar-pelajar
         1.5.4 Menasihati dan menunjuk ajar
         1.5.5 Kebersihan bilik-bilik darjah dan kawasan sekolah
1.6 Pentadbiran Sekolah
         1.6.1 Koordinasi skim-skim kerja dalam berbagai kelas atau matapelajaran
         1.6.2 Jadual waktu
1.6.3 Membantu mentadbir bilik-bilik khas(makmal, bengkel, bilik ERT, bilik Pendidikan seni, bilik sukan, bilik  rawatan,pusat sumber dan lain-lain)
         1.6.4 Buku-buku teks
         1.6.5 Biasiswa dan kebajikan
         1.6.6 Perpustakaan
         1.6.7 Bimbingan dan kerjaya
1.7 Aktiviti-aktiviti kokurikulum
1.7.1 Menjalankan aktiviti-aktiviti di dlm premis sekolah mengikut peraturan-peraturan yg telah ditetapkan.
1.7.2 Merancang,melaksana,menyelia,merekod, melaporkan setiap aktiviti ko-kurikulum.

 2. Tugas-tugas Separa Profesional:
      Tugas-tugas ini adalah tugas-tugas yang mempunyai hubungan secara tidakan lansung dengan pelajar-pelajar:
2.1 Aktiviti-aktiviti di luar sekolah(lawatan kesatu-satu tempat, permainan-permainan/ perlawanan sukan,  pertandingan diantara sekolah-sekolah dsb)
2.2 MSSD, MSSJ, MSSM, PSKPPJ
2.3 Kegiatan-kegiatan pendidikan dan profesion yang diselenggarakan olih Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah.
2.4 Projek-projek pembangunan sekolah
2.5 Perayaan-perayaan awam/upacara-upacara khas
2.6 PIBG
2.7 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan profesion dari semasa kesemasa

3. Tugas-tugas bukan Profesional:
3.1 Penjagaan bangunan sekolah
3.2 Pembersihan dan keceriaan sekolah
3.3 Penyeliaan kerja-kerja pekerjaan yang berkenaan
3.4 Melawat rumah-rumah pelajar jika keadaan memerlukan
3.5 Penjualan buku-buku teks/buku-buku latihan kepada pelajar(sekiranya perlu)
3.6 Pengurusan sekolah
3.7 Mengawal lalulintas diluar kawasan sekolah
3.8 Mengawal keselamatan sekolah dan pelajar-pelajar

 4. Lain-lain Tugas:
      Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa.

SENARAI TUGAS GURU DARJAH
1. Pentadbiran:
1.1 Penyempurnaan Daftar Kedatangan Harian Pelajar dengan lengkap.
1.2 Mengisi daftar kedatangan pelajar setiap hari (tentukan guru sendiri yang mengisinya)
1.3 Menutup daftar kedatangan pelajar pada akhir bulan
1.4 Menyelia buku penyata kemajuan pelajar
1.5 Daftar keputusan peperiksaan
1.6 Melengkapakn rekod peribadi pelajar
1.7 Memungut dan mengeluarkan resit bagi semua jenis yuran seperti berikut :
1.7.1 Yuran khas/ yuran penggal
1.7.2 Yuran peperiksaan
1.7.3 Lain-lain pungutan/bayaran(sekiranya ada)
1.8 Kad 001.
1.9 Mengisi nama dan butir-butir pelajar baru kedalam buku pendaftaran sekolah
1.10 Memaklumkan kes-kes ponteng dan sebarang pelanggaran peraturan sekolah kpd GPK(HEM)
1.11 Mengesan pejajar-pelajar yang ponteng sekolah serta menghantar surat kepada ibu bapa/penjaga sekiranya pelajar tidak hadir 3 hari berturut-turut,5 hari atau lebih dalam satu bulan atau telah melebihi 10 hari keseluruhannya
1.12 Mengedar,mengumpulkan semula dan menyemak borang-borang permohonan biasiswa, SPBT,peperiksaan serta lain-lain borang atau maklumat yg diperlukan berkaitan dgn pelajar- pelajar dari semasa ke semasa.
1.13 Menyediakan borang-borang sijil berhenti sekolah (pelajar-pelajar darjah 5 dan mereka yg  berhenti sek)
1.14 Mengendalikan penyerahan dan penerimaan buku-buku SPBT utk pelajar-pelajar kelasnya
1.15 Membantu guru biasiswa mendapatkan calon-calon yang layak
1.16 Membereskan borang-borang SPBT untuk tindakan selanjutnya
1.17 Menyediakan senarai nama pelajar untuk tingkatan tahun berikutnya

 2. Pengawasan bilik darjah
2.1 Perlantikan ketua kelas dan penolongnya serta penubuhan jawatankuasa
2.2 Menentukan bilangan kerusi/meja pelajar mencukupi untuk pelajarnya
2.3 Menentukan kebersihan kelas dijaga dengan sempurnanya
2.4 Menentukan alat-alat pemadam, kayu pembaris, bakul sampah dan lain-lain dijaga dgn baik
2.5 Menentukan kerusi meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga dengan sempurna oleh pelajar
2.6 Menentukan jadual waktu tingkatan,jadual giliran bertugas dan kenyataan lain digantung
2.7 Seelok-eloknya dapatkan sebuah kalender untuk digantung didalam kelas
2.8 Menentukan pelajar-pelajar mengetahui dan memahami peraturan-peraturan sekolah
2.9 Setiap papan kenyataan,hendaklah digunakan dengan sempurna dan sepenuhnya.
2.10 Memeriksa dan menentukan keseragaman pakaian dan kesihatan pelajar-pelajar  seperti :
2.10.1 Rambut
2.10.2 Kuku
2.10.3 Pakaian
2.10.4 Kasut
2.10.5 Gigi
2.10.6 Lencana Nama

3. Am
3.1 Memaklumkan dan menjelaskan kepada pelajar-pelajar tentang pemilihan matapelajaran, kegiatan ko-kurikulum dan sebarang arahan sekolah
3.2 Mewujudkan suasana yang harmoni supaya tersemai rasa hormat menghormati antara pelajar dengan guru dan  pelajar dengan pelajar
3.3 Menentukan pelajar-pelajar mempunyai adapsopan dan tingkah laku yang baik.
3.4 Mengetahui serba sedikit latar belakang pelahjar-pelajar dan kesihatan luar mereka.
3.5 Mengambil berat tentang kemajuan pelajr-pelajar
3.6 Merujuk pelajr-pelajar yang bermasalah kepada guru penolong kanan (HEM)/Guru Bimbingan dan Kerjaya
3.7 Mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar-pelajar yang lembam, miskin, menghadapi  masalah keluarga dan sebagainya
3.8 Menjalankan tugas-tugas yg berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa

PANDUAN TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. Mengelolakan dan memastikan perhimpunan mingguan diadakan dalam suasana senyap, licin dan teratur
2. Semasa perhimpunan, salah seorang guru bertugas hendaklah bertuindak mengumumkan apa juga aktiviti atau  pengumuman lain yang hendak disampaikan kepada murid-murid
3. Hendaklah berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal daripada waktu pertama waktu  belajar dan balik lebih lewat daripada guru-guryang lain. Tujuannya ialah untuk memastikan keadaan sekolah senantiasa terkawal sepanjang hari bertugas.
4. Bertanggungjawab menjalankan tugas yg ditetapkan sepanjang minggu berkenaan (termasuk hari sabtu)
5. Guru bertugas juga hendaklah memberikan lasporan secara ringkas dlm perhimpunan pada minggu yg berikut.
6. Seorang guru bertugas hendaklah berada dikantin pada waktu rehat untuk mengawasi murid-murid dan menulis  laporan keadaan kantin di dalam buku yang disediakan.
7. Semua bilik darjah dan tandas hendaklah diperiksa dan apa juga kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru  yang menjaga bangunan/penyelia petang/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan 1/Guru Besar.
8. Semasa ujian lisan, amali tau peperiksaan bertulis dijalankan, guru-guru bertugas hendaklah membantu menjaga  disiplin sekolah supaya tidak bising dan sebagainya.
9. Membawa murid yang sakit ke hospital(jika perlu).
10. Semasa membuat pemeriksaan di bahagian tertentu seperti tandas dan lain-lain, sekiranya terdapat keadaan yang  tidak memuaskan umpamanya bau yang busuk, tandas tidak dicuci dan sebagainya, tindakan serta merta mestilah  diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
11. Bersikap peka dan bertanggungjawab ke atas setiap apa yang berlaku di kawasan sekolah yang memerlukan  tindakan mengatasinya sepanjang haari bertugas pada minggu yang berkenaan.
12. Menyediakan laporan lengkap pada setiap hari pada buku laporan guru bertugas dan menyerahkan kepada Penolong Kanan HEM untuk disemak dan diambil tindakan segera. Buku laporan tersebut hendaklah diserahkan pada akhir minggu bertugas berkenaan.
13. Membantu guru-guru disiplin mengawasi perkaaara-perkara berikut:
13.1 Pelajar datang lewat
13.2 Pertukaran kelas
13.3 Perilaku pelajar semasa perhimpunan, waktu balik dan waktu rehat
13.4 Pelajarkeluar/masuk kelas dan lain-lain pelanggaran disiplin
14. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGERUSI PANITIA MATAPELAJARAN
1. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini
2. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yg kemaskini.
3. Bertanggungjawab menyediakan Rancangan Pelajaran Mingguan,Bulanan &Penggal.
4. Menyelaraskan penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan ujian bulanan serta pemeriksaan kertas-kertas  jawapan
5. Menganalisa keputusan peperiksaan dalam dan luar bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkajinya serta mencari  jalan untukmemajukan taraf pencapaian dari semasa ke semasa seperti mengadakan :
        5.1 Kelas Tambahan
        5.2 Ceramah-ceramah menjawab soalan
        5.3 Peraduan-peraduan tertentu
        5.4 Kuiz, bahasa dll
6. Mengadakan/mengambil segera terhadap setiap perubahan baru yang diperlukan seperti Sukatan Pelajaran Baru,teknik/pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru, format soalan yang baru dan sebagainya.
7. Menentukan jenis-jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan atau rujukan guru.
8. Mengkaji dan menilai buku-buku teks yang baru untuk dipilih dan digunakan oleh sek.
9. Memberikerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan.
10. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan @ alat-alat untuk pameran(jika ada)
11. Mengumpulkan sekurang-kurangnya 2 salinan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan luaran untuk semakan dan rujukan di perpustakaan.
12. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi pelajar-pelajar di dalam pelajaran.
13. Mengadakan dan memastikan pelaksanaan peraturan-peraturan panitia matapelajaran masing-masing.
14. Mengadakan mesyuarat panitia matapelajaran sekurang-kurang sekali sepenggal atau lebih kerap untuk membincangkan apa sahaja yang berkaitan dengan pengajaran/pembelajaran.
15. Mengemaskinikan penyimpanan stok(jika berkenaan)
16. Memastikan pelaksanaan Rancangan Program Sekolah yang dirancangkan pada setiap tahun dan membuat penilaian pada setiap akhir penggal.
17. Mengadakan sessi perkembangan staff
18. Menyediakan senarai alat bantuan mengajar bagi mata pelajaran berkenaan.
19. Menubuhkan bank soalan.
20. Menjalankan tugas-tugas yg berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa.

SENARAI TUGAS PENYELARAS TINGKATAN
1. Membantu pihak pentadbiran dalam mengedar / mengumpul borang/pekeliling kepada pelajar-pelajar atau  sebaliknya.
2. Berkerjasama dgn guru penasihat Kebajikan Pelajar dalam pungutan derma dan seumpamanya
3. Memberi maklumat pelajar-pelajar yg melanggar disiplin utk tindakan Lembaga Disiplin Sek.
4. Membantu guru-guru ting mengenalpasti pelajar bermasalah untuk rujukan guru bimbingan dan kaunseling.
5. Mengumpul borang-borang data/analisa diserahkan kpd S/U Peperiksaan Dlm/Luar bila-bila masa diperlukan.
6. Mengurus dan menyelaras apajua tugasan mengenai pelajar-pelajar di kelas berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN AWAM/DALAMAN
1. Menguruskan segala arahan dan kehendak yang berkaitan dengan ujian/peperiksaan termasuk peperiksaan percubaan UPSR.
2. Membantu menyediakan kalender peperiksaan dlm utk guru-guru dan pelajar-pelajar.
3. Mengurus penyediaan jadual waktu ujian/peperiksaan dan jadual pengawasan peperiksaan dalaman.
4. Membantu menyelaras urusan-urusan ujian bulanan sekolah bagi bulan-bulan yang diperlukan.
5. Membantu menentukan tarikh penyiapan dan penyerahan kertas-kertas jawapan pelajar, borang markah  dan penyata kemajuan pelajar.
6. Mengendalikan urusan penyiapan dan pengedaran kertas-kertas soalan ujian/peperiksaan.
7. Menyelaras pengumpulan keputusan ujian/peperiksaan bagi setiap ujian/peperiksaan.
8. Mengumpul, menyusun dan menyimpasn dua set soalan setiap ujian/peperiksaan.
9. Mengedar, mengumpul dan menyelaraskan borang-borang analisa, rekod prestasi dan laporan peperiksaan dalaman daripada semua guru mata pelajaran.
10. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa.