லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

SENARAI TUGAS GURU PENGAWAS DAN DISIPLIN

SENARAI TUGAS GURU PENGAWAS DAN DISIPLIN
1.     Memimpin Lembaga Disiplin Pengawas/Disiplin Sekolah atas nasihat dan arahan Guru Besar
2.     Menentukan pelajar-pelajar sentiasa mematuhi dan mengamalkan peraturan sekolah dan lain-lain peraturan, misalnya persatuan, kelab, sukan dan permainan,bilik makmal, perpustakaan dan sebagainya.
3.     Mempastikan peraturan sekolah dan gambarajah tentang pakaian dan potongan rambut pelajar dipaparkan di tiap-tiap kelas di tempat-tempat tertentu.
4.     Menentukan senarai tugas Pengawas disediakan mengikut jadual dan sentiasa dipatuhi.
5.     Menentukan adanya kerjasama daripada guru-guru lain dalam usaha melaksanakan segala peraturan/undang-undang sekolah yang dikuaatkuasakan.
6.     Menguruskan perlantikan pengawas-pengawas sekolah melalui temuduga daripada calon-calon yang layak yang dikemukakan oleh guru-guru.
7.     Memberi maklumat kepada guru-guru dalam hal pengawalan disiplin pelajar
8.     Menyelaras penyediaan laporan dan pengumpulan data-data berkaitan dengan perlanggaran disiplin untuk sekolah.
9.     Menyelesaikan masalah-masalah yang menyentuh peraturan sekolah untuk pelajar-pelajar yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas-pengawas atau ketua tingkatan.
10. Membantu Guru Besar untuk mengesan dan mengesahkan kesalah-kesalahan besar yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah sesuai dengan kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Dalam hal ini,guru disiplin atas nasihat Guru Besar boleh memanggil mesyuarat tergempar Lembaga Disiplin Sekolah untuk membincangkan kes-kes yang berat mengenai disiplin.
11. Membuat perakuan mengenai hukuman-hukuman rotan yang dikenakan oleh Guru Besar ke atas pelajar-pelajar yg melanggar peraturan-peraturan/undang-undang sekolah dan sebagainya.
12. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar .
13. Berkerjasama dengan guru-guru pengawas dan pengawas-pengawas sekolah untuk maksud menguruskan kawalan pelajar-pelajar pada waktu perhimpunan, kecemasan, perbarisan diluar sekolah, Hari Ibu Bapa, Hari Terbuka, Hari Guru, Hari SukanSekolah dan sebagainya.
14. Mengadakan dan menyemak rekod-rekod disiplin pelajar seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
15. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai. Berusaha menanam semangat patuh dan taat kpd undang-undang sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
16. Merancang dan mengendalikan kursus kepimpinan pengawas atau peningkatan disiplin dari semasa ke semasa.
17. Bertanggungjawab ke atas imej sekolah dengan menentu dan memastikan kelakuan pelajar-pelajar sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak-kehendak masyarakat di sekelilingnya.
18. Sebagai penasihat, senantiasamemikirkan dan mengawasi kewibawaan pengawas-pengawas,kemajuan akademik dan kebajikan mereka.
19. Menghadiri sebarang masyarakat berkaitan dengan disiplin apabila diarahkan oleh Guru Besar .

20. Menjalankan tugas-tugas lain yg berkaitan yg diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa.

SENARAI TUGAS GURU KEBAJIKAN PELAJAR
1. Bertanggungjawab mewujudkan satu tabung untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar.
2. Mendapatkan wang dari sumber yang sesuai untukmengisi tabung kebajikan pelajar .
     Antaranya ialah:
    2.1 PersatuanIbu Bapa Dan Guru
    2.2 Bilik Guru
    2.3 Derma dari Pelajar-pelajar
    2.4 Projek-projek tertentu
    2.5 Lain-lain
3. Membantu pelajar-pelajar yg ditimpa kemalangan atau kesusahan seperti pelajar yg rumahnya terbakar, kehilangan yuran peperiksaan dan lain-lain.
4. Melancarkan pungutan derma kilat dikalangan guru-guru dan pelajar-pelajar sekiranya ada ibu bapa atau penjaga atau pelajar yang meninggaldunia dan menyerahkan derma itu kepada pihak pelajar atau penjaga.
5. Memberi lain-lain bantuan yang diperlukan dan sesuai mengikut pertimbangan.
6. Mengawasi dan mengambil berat terhadap kebajikan pelajar-pelajar keseluruhannya.
7. Menjalankan tugas-tugas lain yg berkaitan yg diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa.

SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Mengadakan ‘rudingcara’ dengan pelajar-pelajar yang mengalami masalah peribadi.
2. Mendapatkan butir-butir pelajar yg cacat yg ketinggalan/lain budaya dan yang tidak beruntung.
3. Mengadakan penyiasatan latarbelakang pelajar dengan menemui penjaga sekiranya terdapat pelajar yang menimbulkan masalah berat pada sekolah. Hasil penyiasatannya hendaklah direkodkan dan dirahsiakan. Tindakan sewajarnya diambil selepas penyiasatan yang rapi itu dijalankan.
4. Membimbing pelajar-pelajar mengenai cara belajar yang bersistem berdasarkan keadaan mereka.
5. Membimbing pelajar-pelajar memilih mata pelajaran dalam peperiksaan sekiranya ada yg menghadapi masalah.
6. Membimbing pelajar-pelajar mengembangkan bakatnya dalam bidang-bidang tertentu.
7. Mengumpulkan maklumat-maklumat berhubung dengan bimbingan dan kerjaya.
8. Menyampaikan maklumat-maklumat bimbingan & kerjaya kpd pelajar melalui papan kenyataan.
9. Memberi bimbingan kerjaya secara peribadi kepada pelajar dengan cara:
9.1 Membimbing pelajar-pelajar memilih sekolah atau institusi untuk tempat melanjutkan pelajaran berdasarkan kecenderungan dan kelulusan yang telah diperolehi.
9.2 Membimbing pelajar-pelajar memilih kerja,cara memohon kerja, cara mendapatkan dan mengisi borang dan seterusnya memberi panduan mengenai cara-cara menghadapi temuduga.
10. Menyelia rombongan atau menyelia/mengurus ceramah-ceramah yang berkaitan dengan kerjaya.
11. Menghadiri kursus-kursus, bengkel-bengkel atau seminar apabila dikehendaki dan melaksanakan apa  yg dipelajari.
12. Melengkapkan data-data atau laporan-laporan yang dikehendaki oleh Guru Besar , Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dari semasa ke semasa.
13. Membimbing ibu bapa atau penjaga pelajar memahami hal-hal berkaitan dengan pelajaran dan persekolahan sekiranya ada yang memerlukannya.
14. Menjadi perantaraan di antara guru dengan penjaga yang datang ke sekolah utk menyelesaikan sesuatu masalah.
15. Menentukan bimbingan dan kerjaya dapat dijalankan dengan berkesan dengan mengadakan jadual pertemuan dengan pelajar-pelajar.
16. Menentukan tugas-tugas guru-guru penolong Bimbingan dan kaunseling dan membantu serta membimbing mereka supaya khidmat Bimbingan dan Kaunseling dapat dijalankan dengan berkesan.
17. Menjalankan ‘survey’ terhadap pelajar-pelajarmengenai:
        17.1 Keluaarga danadik-beradik
        17.2 Latarbelakang
        17.3 Kawasan dan jarak tempat tinggal dari sekolah
        17.4 Ponteng dan datang lewat dan sebagainya
                Salinan laporan ‘survey’ ini hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.
18. Bekerjasama dengan guru disiplin dan guru-guru lain atas perkara-perkara yang berhubung dengan rekod disiplin tiap-tiap pelajar.
19. Mengurus dan melengkapkan bilik Bimbingan dan Kaunseling sebagai bilik ‘rundingcara’ dan tempat menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan dan maklumat-maklumat berkaitan dengan Bimbingan dan Kerjaya, Kad 001, Penyata Kemajuan, Fail Peribadi Pelajar dan sebagainya.
20. Melaksanakan tugas-tugas lain yg berkaitan yg diarahkan oleh mengisi borang dan seterusnya memberi panduan mengenai caaara-cara menghadapi temuduga.atau sepertimana yang ditetapkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling,Jabatan Pelajaran Negeri dr semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS GURU SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
1. Bertanggungjawab melaksanakan SPBT di sekolah dengan cekap dan sempurna.
2. Mendapatkan, menyimpan dan meminjamkan katalog-katalog dan naskah-naskah contoh buku-buku teks kepada Pengerusi Panitia Mata Pelajaran untuk dikaji sebelum membuat sebarang penilaian.
3. Memproses cadangan menukar buku-buku teks untuk dikemukakan kepada pihak yg berkenaan.
4. Menerima dan merekodkan semua buku teks yang dibekalkan Biro Buku-Buku Teks.
5. Menguruskan surat menyurat yang berhubung dengan SSPBT.
6. Mengedarkan borang-borang permohonan pinjaman(SPBT 1) kepada pelajar-pelajar melalui guru-guru tingkatan dan kemudian mengumpul serta memproses borang-borang tersebut untuk pengesahan
7. Membuat Senarai nama pelajar-pelajar yang layak dan tidak layak diberi buku-buku pinjaman serta difailkan.
8. Mengisikan maklumat buku-buku ke dalam borang SPBT2 dan 3.
9. Menguruskan pengagihan buku-buku teks di awal tahun dan kemudian memungutnya di akhir dengan menggunakan borang SPBT yang ditentukan.
10. Membuat laporan pembahagian dan pemulangan buku-buku teks di bawah rancangan SPBT kpd Guru Besar sebelum dihantar kepada Pengarah Pelajaran Negeri dan salinannya kepada Pemeriksa kira-kira sekolah dan Biro Teks dengan menggunakan borang SPBT yang ditentukan.
11. Mengemaskinikan stokbuku-buku teks mengikut arahan Biro Buku Teks.
12. Mengagihkan buku-buku teks yg berlebihan kpd sek-sek lain apabila perlu seperti yang diarahkan oleh Biro Buku Teks.
13. Menentukan keselamatan buku-buku teks yang tersimpan.
14. Melaporkan kepada Guru Besar tentang kerosakan, kehilangan dan buku-buku teks yang tidak dipulang oleh pelajar-pelajar.
15. Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan buku teks SPBT untuk pelajar-pelajar.
16. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berhubung dengan buku-buku teks sepertimana yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS GURU PENASIHAT MAJALAH SEKOLAH
1. Bertanggungjawab terhadap penerbitan majalah sekolah tiap-tiap tahun.
2. Melantik sidang pengarang dengan pengagihan tugas-tugas yang tertentu.
3. Menggalakakkan semuapelajar membeli majalah dengan kerjasama guru-guru darjah.
4. Merekodkan peristiwa harian sekolah untuk dimuatkan dalam majalah.
5. Menggalakkan pelajar-pelajar menyumbangkan bahan-bahan untuk dimuatkan ke dalam majalah serta menyediakan hadiah-hadiah, jika perlu, melalui guru-guru penasihat dan guru-guru kelas n.
6. Menerima, menyemak dan menapis semuabahan untuk menentukan bahan-bahan yang dimuatkan ke dalam majalah adalah berkualiti.
7. Menentukan hari dan mengelolakan pengambilan gambar setiap aktivitiyang dijalankan di sek sepanjang tahun.
8. Mengelolakan pengambilan gambar guru-guru dan pelajar-pelajar dan sebagainya seperti yang telah ditetapkan dalam takwim sekolah.
9. Mendapatkan sebut harga untuk majalah dari pencetak.
10. Menghantar ke percetakan dan membaca proof bagi menentukan mana-mana kesalahan dapat diperbetulkan.
11. Berusaha mendapatkan iklan untuk menampung sebahagian daripada kos percetakan.
12. Menentukan reka bentuk dan cara persembahan majalah.
13. Mengedarkan majalah kepada pelajar-pelajar melalui guru-guru tingkatan seerta kepada guru-guru, pengiklan-pengiklan dan pihak-pihak yang berkenaan.
14. Menentukan laporan-laporan untuk majalah dihantar melalui saluran-saluran seperti berikut:
14.1 Laporan sukan dan permainan melalui Setiausha Sukan
14.2 Laporan pasukan-pasukan pakaian seragam
14.3 Laporan akademik melalui Pengeusi Panitia Mata Pelajaran
14.4 Laporan kelab dan persatuan melalui Guru Penyelaras Ko-kurikulum
15. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa.


SENARAI TUGAS GURU KESELAMATAN/KAWAD KECEMASAN KEBAKARAN
1. Membantu
    1.1 Kebakaran
    1.2 Kecurian
    1.3 Kerosakan
    1.4 Kehilangan
    1.5 Anasir-anasir jahat/subversif
2. Mengadakan dan menyelia kawadkecemasan kebakaran.
3. Membantu Guru Besar menyediakan peraturan-peraturan berhubung dengan keselamatan kawad kecemasan kebakaran atau lain-lain kecemasan dan seterusnya mengambil langkah-langkah positif untukmengatasi keadaan jika perlu.
4. Membantu Guru Besar menentukan tempat-tempat untuk berlindung dan jalan-jalan yang akan dilalui bila kawad kecemasan kebakaran diadakan. Satu peta/pelan bagi maksud ini hendaklah disediakan dan dipamerkan.
5. Mempastikan alat-alat pemadam api lengkap dan boleh digunakan.
6. Mempastikan keadaan pagar dan lain-lain tindakan bagi mengawal keselamatan sek dlm keadaan yang sentiasa baik.
7. Melaporkan kepada Guru Besar dan pihak-pihak yg tertentu dgn serta merta sekiranya berlaku terdapat kebakaran, kecurian, kerosakkan atau tanda-tanda unsur subversif di kawasan sekolah.
8. Bertindak terhadap orang-orang luar yg masuk ke kawasan sekolah yang keadaannya meragukan.
9. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa.

SENARAI TUGAS GURU PENDAFTARAN DAN DAFTAR KEDATANGAN PELAJAR
1. Menyemakdan memastikan guru-guru tingkatan mengisi dan melengkapkan butir-butir diri pelajar ke dalam Buku Pendaftaran dan Daftar Kedatangan.
2. Menyemak dan memastikan guru-guru tingkatan melengkapkan dan menutup Daftar Kedatangan pada akhir bulan dan juga akhir tahun.
3. Memaklumkan kepada guru-guru darjah sebarang kekurangan atau kesilapan yang terdapat dalam Buku Pendaftaran atau Daftar Kedatangan supaya dapat dibetulkan segera.
4. Mengumpulkan perangkaan kedudukan pelajar(enrolment) setiap kelas dari guru-guru tingkatan pada setiap akhir bulan dan menyerahkannya ke pejabat untuk tindakan selanjutnya.
5. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
  
SENARAI TUGAS GURU PENYELIA KANTIN
1. Membantu Guru Besar dalam usaha perancangan pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan perjalanan kantin
2. Bekerjasama dgn guru bertugas utk mengawal pelajar-pelajar di waktu rehat semasa membeli makanan di kantin
3. Memaklumkan kepada pihak kantin tentang hari-hari persekolahan dan hari cuti
4. Memaklumkan dan menentukan pihak kantin menjual makanan pada hari-hari peperiksaan dan pada hari-hari tertentu yang lain yang diperlukan
5. Mendapatkan kerjasama pihak kantin supaya menjaga kebersihan kantin, meja-meja, bangku, alat-alat makan minum, mutu makanan dan minuman serta tatatertib pelayan kantin.
6. Menentukan kakitangan kantin telah diperiksa oleh pegawai perubatan dan mempunyai sijil akaun kesihatan
7. Jika perlu membuat cadangan kpd pihak kantin tentang bahan-bahan makanan atau minuman yg baik utk dijual
8. Menasihatkan serta mengawasi agar pihak kantin tidak menjual barang-barang larangan kpd pelajar-pelajar sepertimana yang dinyatakan dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1976.
9. Menerima sebarang aduan dari pihak kantin, pelajar-pelajar dan guru-guru dan melaporkan kepada Guru Besar .
10. Memastikan agar pelajar-pelajar tidak makan merata-rata tempat sehingga boleh mengotorkan kebersihan sekolah. Dalam hal ini, bertanggungjawab meminta pihak sekolah membekalkan tong-tong sampah yang cukup untuk kegunaan kantin dan kawasan sekolah.
11. Mendapatkan kerjasama dari pengawas-pengawas sekolah, guru pengawas dan guru bertugas untuk menjaga disiplin pelajar-pelajar dan menjamin kebersihan kantin.
12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

BIDANG TUGAS GURU KEDAI BUKU SEKOLAH
1. Mengatur rancangan untuk kegiatan kedai buku setahun serta menentukan pelaksanaannya.
3. Menyediakan giliran bertugas AJK utk menjaga Kedai Buku dan mempastikan mereka menjalankan tugas dgn baik.
4. Bertanggungjawab
4.1 Menjaga semua wang yang diterima oleh Kedai buku dan membuat pembayaran mengikut keputusan AJK
4.2 Menyimpan semua wang yang diterima oleh kedai buku ke dalam bank atas namakoperasi dalam masa 24 jam.
4.3 Menyimpan wang tunai dalam tangan bila-bila masa untuk perbelanjaan tidak lebih daripada RM 20.00
4.4 Menyediakan semua resit voucer dan lain-lain kenyataan yang dikehendaki menurut   Jawatankuasa.
4.5 Menyimpan dengan sempurna buku-buku berkaitan dengan kedai buku
      4.5.1 Daftar-daftaar nama ahli
      4.5.2 Buku Wang Tunai
      4.5.3 Lejar-lejar
      4.5.4 Buku Stok Barang-barang
      4.5.5 Minit-minit Mesyuarat
5. Menjadi penasihat dalam hal-hal pembelian dan penentuan harga barang
6. Membuat laporan kpd Guru Besar sekiranya berlaku apa-apa penyelewengan dalam kedai buku sekolah.
7. Membuat laporan ringkas dlm bentuk bertulis atau lisan kepada Guru Besar mengenai perjalanan kedai buku sekolah dari semasa kesemasa
8. Menyediakan laporan bertulis untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan.
9. Mengadakan mesyuarat AJK pada masa yang difikirkan perlu dan Mesyuarat Agung Tahunan sekali setahun dan salinan minit/laporan itu hendaklah diserahkan kepada Guru Besar .
10. Mewakili Guru Besar dalam hal-hal bersangkutan dengan Kedai Buku apabila diperlukan.
11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.