லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

SENARAI TUGAS GURU PERABOT SEKOLAH dan PENJAGA STOK

SENARAI TUGAS GURU PERABOT SEKOLAH
1.      Menyimpan maklumat mengenai alat-alat perabot yang ada di dalam bilik-bilik darjah, bilik kelas, pejabat dan sebagainya.
2.      Memastikan tiap-tiap kelas mempunyai bil kerusi, meja & papan hitam yg mencukupi   sepertimana yg diperlukan.
3.      Menomborkan & memastikan kerusi & meja berada di dalam bilik-bilik yang telah ditetapkan.
4.      Menyimpan perabot yang rosak ditempat/bilik yang dikhaskan.
5.      Mengenalpasti perabot yang rosak dan menyelaraskan kerja-kerja membaikpulih perabot oleh pekerja-pekerja.
6.      Menerima dan menentukan alat-alat perabot yang dibekalkan adalah dalam keadaan yang baik dan betul bilangannya dan seterusnya merekodkan butir-butir yang berkenaan ke dlm buku stok.
7.      Mengemaskinikan tugas-tugas lain yg berkaitan yg diarahkan oleh Guru Besar dr semasa kesemasa.

SENARAI TUGAS PENJAGA STOK
1. Selain dari kakitangan pejabat yang berkenaan guru-guru berikut bertanggungjawab menyimpan buku stok:
1.1 Semua Pengerusi Panitia
1.2 Guru Perpustakaan
1.3 GuruPusat Sumber
1.4 Guru Sukan dan Permainan
1.5 Guru SPBT
1.6 Guru Penyelaras Naskah Guru
1.7 Penyelaras Bilik Gerakan KBSM
1.8 Guru Perabot
2. Penjaga stok adalah bertanggungjawab tentang buku stok masing-masing.
3. Semua barang/peralatan di bawah jagaan/kelolaan masing-masing hendaklah direkodkan dan dicatatkan ke dalam bil-bil pembelian segala rujukan yang diperlukan.
4. Setiap barang/peralatan yang baru dibeli/diterima hendaklah direkodkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
5. Sebarang barang/peralatan yg dikeluarkan hendaklah ditandatangan oleh penerima/pengguna.
6. Penerima/pengguna adalah bertanggungjawab di atas barang/peralatan yang  dikeluarkan.
7. Barang/peralatan yg berupa pinjaman barang-barang yg mesti dikembalikan semula hendaklah dikembalikan semula sebaik-baik sahaja selesai penggunaannya.
8. Penjagaan stok hendaklah mempastikan barang-barang/peralatan dalam simpanan sentiasa dlm keadaan baik dan sempurna. Pemeriksaan yg kerap hendaklah dibuat.
9. Penjaga stok hendaklah mengawasi semua barang-barang/peralatan kegunaan harian seperti peta-peta dan alat-alat mengajar sentiasa dikembalikan ke tempat simpanannya selesai saja penggunaannya.
10. Penjaga stok hendaklah menguruskan satu sistem tentang urusan pinjam meminjam yang kemas lagi teratur.
11. Barang-barang/peralatan yang betul-betul rosak dan tidak bolih digunakan langsung jika perlu dimusnahkan, kebenaran Guru Besar hendaklah diperolehi terlebih dahulu dan satu laporan ringkas mengenainya disediakan.
12. Penjaga-penjaga stok hendaklah menyemak stok masing-masing pada tiap-tiap akhir penggal persekolahan dan menyerahkan buku stok kpd pejabat untuk pemeriksaan oleh Guru Besar.

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa.